our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 23, 2012

h.o.l.i.d.a.y.

day 4 = last day @ KK

ahad (15.4.2012)
last day @ KK. sangat sedey lor.
KK adalah bandar yg best bagi aku kecuali makanan nyer yg tak best. hahah. apakah?

ok, bgn pun idak la awal sgt. dalam pkl 7.00am gitu dah gerak kuar dari bilik.
misi hari ini adalah sesi briskwalk ke jesselton point bersama incik suami terchenta.
rasa idak la jauh sgt. lagipun i nih kan gagah perkasa. hahah

sambil berjalan, sempat menyinggah2 amik gambar. banyak gak gambo yg berjaya disnap.
tapi muka idak la cun sbb dah berpeluh2. penat kot..
bila dah sangat penat, daku smpi tak bley nak senyum dah waktu bergambar. hahah
sangat takde stamina ini orang sbb dah sangat gemuk!!
nih, gambar di waktu pagi @ KK..


yg kat atas tu mmg gambar pemandangan solely drpd kamera pink yg santek kepunyaan daku..
gambar ikan yg kat bawah tu plak daku pinjam dari mr. google..hehe. Mekasih!

setelah bergambar bagai @ jeselton jetty, gerak utk mencari tamu plak.
tatau kat mana tamu tu. mmg takde idea langsung.
mujur la incik asben ternampak khemah tamu diantara bangunan yg we all lalu tu, so terus singgah.

tamu nih kira macam pasar malam la klu kat semenanjung.
kat KK disebut tamu n mmg ada setiap hari ahad pagi.
macam2 barang yg dijual termasuklah binatang hidup spt, ikan, arnab, ayam dan juga anjing.
terperanjat jugak la daku menengok barang jualannya kan.
rasa nak gelak pun ader. macam comel jer jual anjing kat tamu. hehe

we all just jamu mata jerk, tak beli apa2 pun kat tamu tu.

pastu, gerak ke pasar philiphina semula, belikan ikan kering utk MIL n udang kering utk my mom.
pastu, terus jalan balik hotel n singgah bfast jap kat kedai bawah hotel tu.
serius nyer lapar kot.. huhu

dalam pkl 11.00am dah check out & bergerak ke beaufort ngn bantuan GPS.
ekcely, nak ke umah mak angkat daku di papar tapi asben ajak ke beaufort dulu nak layan sate brunei.

nih antara bulatan yg terpaksa ditempuh utk smpi beaufort.
perjalanan amik masa 2 jam gak la.
tp tak susah mana pun, setiap kali jumpa bulatan, amik pukul 12. sila baca signboard yerk. heheh

inilah dia kedai satay brunei yg femes tu. memula tak jumpa jugak, berpusing2 smpi daku nak marah dah.
last2, suh asben g tnya kat budak di petrol pam.
tercapai gak hajat nak makan sate nih. sedap jugak lor..

then, gerak ke umah mak angkat di papar.
saja tak bgtau awal2, buat surprise kunun.
terperanjat sangat diorang. hehe
puas lepak2 dalam 2 jam jugak, then gerak ke airport.

otw balik, singgah beli ikan bilis kat tepi2 jalan tuh.
oh yer, papar mmg pengeluar bilis utama + kuih cincin yg best yerk..

sampai kat airport dalam pkl 6.00pm gitu.
sementara tgu incik asben pulangkan kete, daku masuk terminal utk check in.
tetapi airasia mmg banyak songeh yer.
mmg la syarikat penerbangan tambang murah tapi, dari hari ke hari daku ngk semakin banyak songeh..
bayangkan daku tak dibenarkan print boarding pass kat kiosk sbb dikatakan dah check in sblm nih which is daku pun tatau.
so, bila daku g kaunter utk drop bag sbb mmg dah beli online utk 20kg, minah tu nak bertekak ngn aku.
sbb daku tak provide boarding pas. so daku cakap kat dia, daku dah g kiosk nak check in tp takbley sbb dikatakan dah check in.
so, nak print boarding pas tak bley.
so, minah tu kata kena bayar sorang rm12 sbb tak print boarding pas. meaning daku kena bayar rm24 semata2 nk dapat 2 helai kertas boarding pas yg dia bule tlg printkan kat pc dia tu..

apalagik, daku takmo la. siap tunjuk muka tak puas ati.
sudahnya, dia mintak no bb sbb nak send barcord ke bb supaya daku bule scan barcode kat machine bg dapatkan boarding pas.
udah la masa tu asben tak settle2 lagik uruskan kete. daku dah nak hangin dah.
daku plak takde hp. nak guna tipon public, dua2 tak bley pakai.
setakat buat pameran jelah  public phone kat KKIA 2 tu gamaknya.

                                     ini lah dua public phone yg HAMPEH!!!!hahaha

last2, asben ku muncuk jugak. terus ajak g scan barcode kat machine & print boarding pas.
terus g drop bag. then g toilet sekejap, pastu terus masuk balai berlepas.

setelah melalui saat2 getir, akhirnya pkl 10.30pm daku n asben selamat smpi ke LCCT.

moral of d story, berhati2 lah kpd semua yg menggunakan khidmat AIRASIA.
tidak bermaksud utk boikot sbb daku mmg gunakan airasia jugak klu nak holiday.
CUMA, kena berhati2. make sure klu nak check in online, print boarding pas.
klu takmo check in online, sila ke kiosk di terminal utk check in sbb klu check in di kaunter nnti kena charge rm10 per person.
kaunter hanya berfungsi utk drop bag sahajer.
satu lagik, klu nak tukar seat, kena charge rm6.00 per person. (mmg mengade kan. klu beli dua tiket, confirm la nak duk bersama kan. ini tidak, sajer jer air asia susun seat lenlain. tak kose mak nk bayar rm12 plak semata2 nak tukar seat. sudahnya masa penerbangan pergi aritu, duk berasingan ngn asben. SABO jelah)






Wednesday, April 18, 2012

h.o.l.i.d.a.y.

sambungan cerita yg belum berkesudahan..

ceritera ttg percutian yg sangat mengujakan di Kota Kinabalu..

Sabtu (14.4.2012)
bangun early morning semata2 nak ngk puncak gunung kinabalu. seawal 5.30am udah bgn.
siap solat subuh, terus ajak incik suami cari hotspot terbaik utk merakamkan pemandangan.

so, destinasi adalah di pekan kundasang.
Alhamdulillah, nampak ngn jelas puncak kinabalu depan mata.
amat kagum dgn ciptaanNYA..
terus ada rasa teruja nk ajak asben daki gunung kinabalu.
tapi, masih tidak mendapat persetujuan yerk.
katanya, nk tunggu khurus dulu br bley panjat gunung.
sabo jelah..

apa2 pun, sangat puas ati dapat layan nice view of mountain..


tak cukup setakat kat pekan kundasang, siap ajak incik asben naik bukit ke arah BTN tu semata2 nak cari view lagik cantik.
sangat poyos kan ini orang.
puas ati lor. kalu ada kamera canggih lagi santek lah.
tapi, kamera pink saya mmg amat membantu. yeay!!
mekasih kamera..

dah penat bergambar, ajak incik asben cari breakfast.
masih awal agaknya, kedai pun blm bukak.
so, just beli dari stall tepi2 jalan jerk.
sangat murah plak harga makanannya.
rasa pun bule tahan.
daku beli nasi lemak + bihun (dah siap bungkus dalam plastik RM1.00 per pack)
kuih muih RM1.00 = 4 biji
siap beli kuih donat, cakoi, kuih bijan tu lagik. mmg marveles lor
paling tak tahan siap beli air nescafe bungkus lagik. not bad plak rasanya.
saya SUKA lah pekan kundasang!! hahah

then, lps siap2 bfast & kemas2, lebey kurang pkl 10.00am check out dr hotel.
selamat tinggal hotel yg best.
cumanya tk dapat ngk view mountain dr hotel.
sbb hotel facing membelakangkan mountain (fahamkah?).
so, klu nk ngk mountain dari hotel, hotel terbaik adalah perkasa hotel (ada nama baru tp tak ingat lor).
hotel nih yg daku citer berdekatan ngn BTN tadi. terletak atas bukit.
sgt hebat!!

then, gerak utk balik KK.
sempat singgah ke kinabalu park. tak jauh sgt pun ngn hotel daku tu.
entrance fee adalah rm3.00 per person.
ada pelantar utk melihat mountain gak tapi...
sbb matahari dah meninggi, hanya nampak kabus yg memutih lor..
nak g timpohon gate plak tak berjaya sbb jammed.
ada episod merajuk disitu. harharhar..

setelah sesi bergambar ala kadar (sebab MAJUK), meneruskan perjalanan ke KK.
siap singgah kat tamparuli sbb nk bergambar di jambatan gantung yg femes itu..
sangat puas hati sbb selama nih tertanya2.
si masya AF la punya pasal nih, nyanyi lagu tu ms AF.
tak pasal2 sumer teruja, kan. termasuk la haku nih..


okeh, ekceli dulu jambatan gantung nih merupakan penghubung utama utk penduduk tamparuli namun, skrg nih dah dibina dah jalan kat bawah tu yg bule digunakan oleh kereta.
so, jambatan gantung nih hanya digunakan oleh pejalan kaki sahajer lor..

then, nak ke rumah terbalik plak, tetapi tidak tahu lokasi sbnr.
try tnya local people, tak paham plak. haishyyy.
sudahnyer, balai polis adalah lokasi terbaik. hahah
inilah balai polis yg telah memberikan direction utk ke rumah terbaik.
terima kasih kakak polis!!
eh, ker abang polis?
tatau sbb incik asben yg masuk balai.
daku duk jaga keta jer. heheh

akhirnya, dapat jugakla berjumpa ngn rumah terbalik.
baru jer bukak pun umah nih.
dalam tahun nih jugak.
entrance fee rm10 per person wt mykad.
foreigner rm18.00.
dapat masuk plak, hanya 10 minit kot.
macam tk berbaloi plak bayar mahal2, kan..
heheh

kat dalam umah tu, sumer terbalik. tergantung jelah.
dah nama pun terbalik, kan.
susah agaknya nak siapkan umah nih, kan.
nak gantung segala macam termasuklah peti ais, mesin jahit, kusyen, dll.
tak bley amik gambar.
pengunjung plak hanya bule lalu kat karpet merah jer.
bnyk plk pantang larang nyer yerk..


sesudah itew, bergegas ke KK.
check in kat cititel express.
rm112.00 per nite. ini pun daku bayar guna AGODA.
klu rate biasa mahal lagik rasanya.
bilik yg agak sempit. nak solat pun cukup2 jer space.
sangat tak best bila air dari bilik mandi masuk ke dalam kawasan bilik.
mujur satu malam jer kot. malas nak komplen bagai.

niat dihati mau ke papar lps selesai check in, tetapi hujan turun dgn lebatnya.
maka nya, menjalankan aktiviti bersiar2 di bdr KK.
siap beli kuih cincin + amplang.
pokcik tu siap packing kan lagik.
mekasih pokcik penjual!!

pastu, ajak incik asben g tanjung Aru.
slalu dgr citer jer, kali nih daku smpi udah tpt nih.
ouh, hanya la sebuah kawasan pantai yg ada tempat makan.
macam kat pantai klebang la klu kat melaka tu..

sekali lagik daku hampa sbb nasik goreng tidak la menepati selera tekak ku.
harapkan mahal jer. huhu
pastu, asben beli kopok lekor plak. + jagung manis.
agak tidak selera mengingatkan saluran air yg amat hitam pekat.
huhuh, kombang tokak den!!
silalah jaga kebersihan wahai penjual2 sekelian.

sesudah itu, balik hotel & merehatkan diri.
pkl 8.30pm, daku dah zzzzzzzzzzzzzzzz..

bule plak bngn pukul 1.00am semata2 nak layan jagung manis itew..
apakah aku ini? hahahha

Tuesday, April 17, 2012

h.o.l.i.d.a.y

merindukan saat2 gumbira waktu holiday ngn hubby. sangat syiok lor..

okeh, last week daku ngn incik asben bercuti 4 hari 3 malam ke Kota Kinabalu. ini memang percutian yg telah dirancang sejak last year lagik, even tiket flight dah dibeli b4 kawen lagik kot. sangat ambitious kan..terbaiklah.

kamis (12.4.2012)
fly from LCCT to KK ambik masa 2 jam setengah lebey kurang.
dari umah @ ptrjy, incik asben mendriving smpi LCCT.
we all parking kete kat tune hotel. bayaran yg agak relevant, just rm20 per day.
so 4 hari = rm80.00
malas nak amik bas @ ERL sbb balik nnti flight malam. takut susah la plak.
klu amik cab dr airport ke putrajaya pun kena charge rm70 - rm80 kot.
so, better parking kete kan..

pkl 1.30ptg camgitu, touch down kat terminal 2 KKIA. terus amik airport cab. bayar rm30.00. so, within 15 minutes smpi hotel dah.

check in kat De Galleria hotel. daku booking hotel nih through AGODA.
harga pernite rm87++ termasuk tax bagai.
kalau rate kat hotel, standard room paling murah rm88.00.
so, lebey kurang jelah.
cumanya bila booking through AGODA, siap dah bayar through online maka dapat memendekkan process check in.


bilik dia pun quite ok. sesuai utk couple yg prefer budget package macam daku nih. klu utk family tak bape sesuai la sbb bilik nyer agak kecil. toilet plak guna pintu kaca yg agak2 transparent so, agak berbahaya kepada anak2 kecil. hahah

sepanjang petang menidurkan diri. jetlag la kunun.
incik asben yg demam tapi daku plak yg lebey2 tido. haha

lebey kurang pkl 5.30pm gitu baru kuar. jalan kaki jerk. sangat dekat okeh..
jalan2 kat pasar philiphine. survey2 mutiara. sekali, ujan la plak.
so, dah bnyk kali sgt pusing nyer pusing dlm pasar, daku ngn incik asben memborong la brooch + butang baju melayu..ujan nyer pasal. hehe

bila ujan dah reda, g minum kat restoran berdepan ngn pasar philiphine tu.
daku order roti canai, tapi kuah dia tak capai target tekak daku. hurmmm, dah lapar. so layankan jelah. ouh, harga makanan kat KK ini adalah mahal klu compare ngn kat semenanjung.
nasi goreng sume rate rm6.00 - rm9.00.
tak jumpa la nasik grg harga rm4.50 mcm kat semenanjung.
so, poket kena penuh lor klu nak ke KK..

malam plak, g layan pasar malam kat area sinsuran tu. berdepan jer ngn pasar philipine tu.
borong brooch lagik.
siap beli cekak rambut ada mutiara lagik.
macam bebudak daku nih!!

penat jalan, ajak asben balik bilik & zzzzzzzzz..
agak risau ngn keadaan incik asben sbnrnya sbb dia tak sihat sgt.
udah la ujan ms kat pasar malam tu.
dalam ati tak putus doa moga dia sembuh.
udah la esok nak jalan jauh...

************************************************
jumaat (13.4.2012)
lebih kurang pkl 9.30am, dapat keta udah. yeay!! keta baru lagi tuh. baru sebulan kuar kedai. masih bau kedai deng. haha. mode sangat gumbira.
daku sewa keta viva jerk ngn harga yg amat affordable.
just rm70 per day. mmg paling murah kot.
sbb nya, kebanyakan harga kete sewa kat KK adalah rm90.00 - rm120.00
nih, daku cari dalam mudah.com.
memang amat murah. berbaloi2..
siap bule antar lambat lagik tu. tanpa bayaran plak.
memang terbaiklah..tuan punyer keta yg sporting. tima kasih incik ZAM..

lepas bfast, gerak ke Kundasang. perjalanan amik masa dua jam lebey jugak la.
perjalanan yg berbukit2 mmg mencabar kewibawaan incik drebar. hehe
tapi, demi nak ngk kinabalu kita layankan sahajer..


otw, singgah pekan nabalu.
siap shoping lagik. mmg harga barang murah la klu compare ngn kat KK.
so, daku telah menghabiskan duit membeli t-shirt I LOVE KK. hehe
siap beli utk adik ngn anak buah lagik. hamik ko. perasan kayo.
(mentang2 dah dapat elaun kerahan tenaga..)
kat sini jugak ader menara tinjau.
suppose bule nampak gunung kinabalu.
tapi, daku tak bernasib baik.
tak nmpk pun puncak gunung. ditutup kabus yg tebal.

smpi Kundasang dalam pkl 1 lebey, terus check in kat hotel strawberry garden.
rate per nite rm80.00. bilik yg ok jugak.


no aircond yerk sbb kwsn kundasang adalah dingin macam kat cameron tu.
kat kaki gunung kinabalu la katakan..


lps solat terus ke pekan kundasang. amik2 gambar kat hotspot yang santek.
pastu, gerak ke pekan ranau utk makan & sesi ziarah.


pekan ranau adalah pekan yg besar klu nak compare ngn kundasang.
jaraknya dalam 20km la dari kundasang.
bnyk kemudahan termasuklah bank spt maybank & cimb.
siap ada the store milimewa lagik.

layan nasik goreng kat ranau. tapi.....
sekali lagik, tidak menepati citarasa. idak pedas la wei.
sangat frust kot. huhuhu
mujur ada sup yg sedap. bule gak makan..

pastu, sesi ziarah ke rumah saudara angkat incik asben.
sesi berborak2 abis dalam pkl 7.00pm.
takmo balik lambat sbb takut jalan berkabus.
udah la gelap, kan. huhuhu

sampai hotel lebey kurang 8.00pm.
lepak2 + makan2 + layan tv.

pastu terus zzzzzzzzzzzzz..

***********************

utk hari yg ketiga, nanti la sambung erk..

Saturday, April 14, 2012

k.u.n.d.a.s.a.n.g

Day 3 : @ kundasang

Bangun seawal 5am semata2 mau ngk puncak kinabalu.
Siap jer solat subuh terus ajak incik asben kuar dari hotel.

Terus g kat pekan kundasang parking kete n terus snap gambar bnyk2.
Mmg excited sgt2. Subhanallah, ciptaan Dia mmg indah. Puncak kinabalu depan mata. Suka sangat2.

Terubat sedey smlm. Otw dari tamparuli nak ke kundasang langsung tak bley nmpk puncak kinabalu sbb kabus tebal.

Abis sesi bergambar terus ajak incik asben cari bfast. Tapau nasik lemak + bihun + kuoh muih. Siap pakej ngn nescafe panas. Jgn main2. Haha

Ouh, daku menginap di strawberry garden hotel. Standard rate la just rm80 pernite.

Lepas check out, ajak asben singgah jap kat kinabalu park. Tapi hajat nk ngk puncak kinabalu tak kesampaian. Tak nmpk langsung puncak.

Then, teruskan perjalanan ke tamparuli. Sempat layan jambatan gantung tamparuli.

Pastu g melawat rumah terbalik. Mmg menarik.
Entrance fee rm10 klu ada mycard.

Pastu check in kat cititel express.

Esok mau pulang suda..

Thursday, April 12, 2012

k.o.t.a.k.i.n.a.b.a.l.u

Day 1st at kota kinabalu.

Flight depart from lcct @ 10.20am. Parking kete kat tune hotel jer tadi.
Touch down @ terminal 2 KK pkl 1.10pm..
Terus amik taxi airport n moved to d'galleria hotel.

Teruja datang KK buat kali ke-2.
Last time datang masa ada program anak angkat.
This time datang ngn hubby. Consider animun la kot.
Tapi sian kat hubby, dia demam.
Dah masuk arini ke 3 tapi tak baik2 jugak..
Daku plak, tertinggal hp mahal kat umah. Huhu
Stress kot.

Sabo jelah kan..

Esok nak ke kundasang plak. Tak pernah g sana lagik. Hurmm takper..nnti kita tgk apa ader kat sana. Nak rehat. Sok nak jalan jauh..

Moga dipermudahkan perjalanan kami..insyaallah

Tuesday, April 10, 2012

h.a.m.p.a

sejak minggu lepas lagik dah bermimpi2 nak apply utk further study.
dgr kabar, 9.4.2012 - semalam kuar iklan. tapi, tunggu smpi ke petang tak kuar2 jugak iklan.
tunggu lagik, arini plak.

so, tghari tadi baru iklan kuar.
ngn bersemangat terus print surat edaran.
pastu, sambung lagik, nak download syarat permohonan plak.
sekali, ........................................

iii) Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang- kurangnya selama 3 tahun (lantikan selewat-lewatnya 1 Januari 2009) pada tarikh tutup permohonan;

sangat HAMPA hokeh. nampak sangat la daku nih tak layak nak apply sbb daku nih lantikan Ogos 2009. huhuh

mmg sangat frust. rasa macam nak nangis pun ader.

tapi, cepat2 pujuk diri, "ada hikmahnya nih, INSYAALLAH"..

tgu tahun depan la plak. nak try apply jugak. sbb klu nak blajar atas tajaan sendirik, macam tak mampu lor..

moga dipermudahkan segalanya..AMIN

g.a.m.b.a.n.g

weekend yg best tapi sangat penat lor.. (okeh, semedang jer penat eh ini orang! suda tua ka? haiya..)
dalam ati, "i need a rest!!! wuhuu"

sabtu lepas, seawal 5.30am dah bangun. siapkan breakfast + kemas umah + packing barang.
sebabnya, mau ke bukit gambang. join family day opis adik. tumpang jelah. nak harapkan opis sendirik, nan ado hokeh!



seramai 5 dewasa + 1 budak kecik, gerak ke gambang dalam pkl 10am gitu. perjalanan yg smooth. takde la jammed sangat. cuma kat MRR jer mmg tak bley blah. mujur sekejap jer jammed nyer.


sampai kat gambang around 1.00pm. tgu dapat bilik, dijamu ngn nasik ayam dulu. namapun tgh lapar, rasa sungguh sedap nasik itu yer. hehe


pukul 2.30pm gitu, dapat apartment dah.
memang puas ati, dapat apartment 2 bilik. besar hokeh.
musti mahal agaknya. klu nk g sendirik, mmg tak terpegi la kot.
tak mampu makcik nih ha..
terus masuk bilik & rehat2 sambil layan tv.
ikut plan asal mau g mandi manda kat water park tetapi cuaca amatlah panas. huhu. terus kensel. bincang punyer bincang, persetujuan pun dicapai, tiket ke water park akan digunakan kemudian..

ptg skit, dalam pkl 6.00pm, gerak ke bdr kuantan.
saja jalan2 cuci mata. pastu, sibuk mencari tpt utk diner. area tg lumpur. memandangkan we all sumer tak biasa ngn kuantan, GPS amatlah berguna. heheh.

dah jumpa port utk diner, tatau nak g mana. so, lepak jap tepi sungai.
pastu sambung lepak2 lagik kat kedai berhampiran + beli murtabak pekan yg femes tu, pastu baru la smpi waktu diner.

diner ngn makanan yg banyak tapi... mcm tak berapa nak makan pun.
share pinggan ngn incik asben, itupun tak abis kot.. naper eh?

balik apartment, sempat lagik layan daytona kat bawah tu. siap lumba ngn incik asben. huhu. serius lama kot tak layan daytona nih. last skalik, masa kat uia dulu


sbnrnya, daku start reti layan daytona nih masa skulah dulu lagik. masa form 4 kot. zaman2 kuar ke bandar secara berjemaah dulu. heheh. citer pasal kuar ke bandar, budak nakal nih pernah buat jahat, outing luar kawasan. daku nih duk asrama, so setiap 2 minggu skalik, ari sabtu dapat outing la kan. sepatutnya, area outing hanya sekitar pekan MT jerk. tak bley jauh2.
tapi, budak nakal nih udah g smpi bandar mlk eh. siap bawak baju + jeans dalam bag (ikut rules, pakaian utk kuar outing adalah baju putih skulah + kain warna cokelat + tudung hitam @ putih) pastu g tukar kat masjid. hehe. sangat nakal lor. g mlk naik bas, lepak2 kat mahkota parade (MP adalah tempat feberet budak skulah masa tu) pastu pkl 4.30 amik bas balik MT. smpi kat MT, g toilet tukar baju pakai baju skulah plak. hehe. sangat tidak senunuh daku nih. harap2 future kids tak ikut perangai mama yg tak senunuh nih. muahahaha..

opps, balik citer pasal gambang!!

dalam pkl 12 midnite daku dah berdengkur sblh budak kecik tu. incik asben plk yg kena tidokan budak tecit tu sbb parent diorang dah g karaoke. sangat berjimba yerk itu mama & papa..

***********************************

ahad pagi, pkl 7.30am dah layan bfast. agak heaven sbb buffet kot. abis diet i lor..
pastu gerak ke padang, layan sukaneka. tapi tak bnyk acara pun.
sangat tidak best lor klu compare ngn family day diorang ms tahun 2010 masa kat a famosa..(ouch, daku dah tumpang 2 kali eh family day nih..hehe)
tapi takper la. layankan sahajer. dapat g bukit gambang pun dah mujur kan.. hehe
berbaloi- baloi..

pastu, layan swimming kat pool hotel jerk. daku adalah org yg tidak mahu masuk pool memandangkan waktu tu dah pkl 10.30am. sangat panas!! takut itam ler tew. kehkehkeh

lps settle lunch dalam pkl 2pm gitu, gerak balik ptrajya.
slmt smpi ptrajaya dalam pkl 5.30pm.
terus layan bihun plak sbb perut sangat lapar. hehe

mekasih yg tak terhingga utk adik yg sudi membawa kakak yg sengal ini ke bukit gambang!!

mekasih jugak buat incik asben terhensem yg mendrive kereta ke sana!


LUV U all!!!

: menghitung ari utk ke KK plak.
here we come KK!!!

Thursday, April 5, 2012

b.l.o.g.w.a.l.k.i.n.g

semenjak duk opis baru nih, keja rilek skit. kadang2 jer bz.
idak la mcm masa kat opis lama, semedang nk kena berlari sana sini.
bz tahap gaban. hehe
kadang2 rasa syiok takde keje tapi.....
ada masanya daku rasa rindu kat opis lama.
better ada keje bnyk kot drpd jadik borink separuh giler. hehehe
rasa macam minda tak berkembang kot bila tak bnyk buat keje nih..

ouch, nak citer pasal blogwalking lor..
sejak duk opis baru nih, daku rajin buat blogwalking.
menjelajah ke serata blog lain dan membaca penulisan org lain. hehe
hobi saya sejak kecik dulu adalah MEMBACA..
baguskan? harap2 future kids saya akan follow saya. rajin membaca.
sbb, incik asben tak suka sgt membaca. daku tau itu. heheh

lately, blog yg jadik pilihan daku:

i) ttg percutian ke Kota Kinabalu (cari tips yg berguna. hehe. tak lama dah nk fly ke KK. animun ngn incik asben yg terhensem!)
ii) tips utk pregnant (yup, masih sedang berusaha. INSYAALLAH, usaha pasti jaya!)

klu ada org beranggapan kewujudan blog nih macam nk menunjuk2 @ nak membanggakan diri sendirik, bagi daku idak sama sekali. drpd blog then kita bley share bnyk ilmu ngn org lain. kan bagus tu..bule consider as fardu kifayah what. tak sume org tahu apa yg kita tahu. so, sharing is caring. hehe

:- ouch, tetiba windu kat incik asben..wuhuhuu

Wednesday, April 4, 2012

s.e.l.e.s.a.i

setelah berhempas pulas minggu lepas, akhirnya last saturday selamatlah adik lelaki kesayanganku menjadik tunangan orang.

sbgai kakak yg berwibawa, mmg daku n asben ditugaskan utk buat hantaran.
siap amik cuti jumaat lepas semata2 utk cik abang sorang tu..
memula adik bongsu ada gak membantu but, till d end hampeh.
dia just pandang jer.
mujur ader incik asben ku yg hensem menyudahkan hantaran.

daku plak, mmg letih giler.
mana taknya, jumaat tu la daku kena g cari ayam utk mjlis kenduri.
masa tu jugak la aku ngn asben kena jadik babysitter buat si apek comel tu.
mmg huru hara la jumaat tu..

7.30am, si apek sampai. memain ngn dia sbb dia takmo tido.
9.30am, bawak si apek g pasar cari ayam n udang utk kenduri hari ahad.
10.40am, sampai umah terus siang2 ayam yg ada 6 ekor tu.
bukan sikit kot. macam lipas kudung gak la aku cuba siapkan.
sbb daku tau by 12.30 incik asben nk g semayang.
tp, tak sempat gak siap.

sudahnya, daku cuba gak tidokan si apek tu.
bila dia start tido dari 12.45 - 2.30pm, apalagik mmg sedaya upaya aku cuba siapkan ayam.
bila dgr dia menangis, cepat2 aku lari ke ruang tamu.
sangat manja eh budak apek tu. takbley la bukak mata takde org sekeliling. terus meraung kot.

berjaya gak siapkan ayam akhirnya tapi...
si apeknyer pasal, daku ngn asben makan nasik bungkus.
incik asben tapaukan balik semayang. haha
haru, kan. camane la klu ada anak sendirik nanti..hurmmm

***********************

sabtu 31.3.2012

majlis tunang cik abang pkl 11.00am. so seawal 10.45am dah tiba kat area umah cik tunangan.
settle bergambar + makan sume dalam pkl 12 lebey la.
abah ngn rombongan balik awal.
kena la daku ngn adik menemankan cik abang perantin yg tak abis2 sesi bergambarnya tu.
siap mak apak mertua ku pun ado. jgn memain. hahah

ptg tu plak, bekejar blk mlk utk kenduri ari ahad.
smpi mlk lebey kurang 6.15pm.
6.30pm daku ngn incik asben dah ader kat pasar malam. cari tembikai.
haha. cari brg utk kenduri la kan..

malam, pkl 10pm dah ajak incik asben tido. seriusnyer tak larat lor..

*****************************

ahad 1.4.2012

APRIL FOOL la sangat.
hamek ko kena masak. haha
daku tlg buat bfast + masak nasik + grg tauhu
kenduri pkl 12.30noon..

mak apak mertua pun datang jugek.

tlg mak basuh pinggan + kemas2 sumer, pkl 3.30 br siap.
6.00pm, dah gerak balik ptrjya..

9.00pm smpi ptrajaya.
serius nyer penat.
kemas umah + basuh baju = pkl 12.00 midnite br tido..

*****************************

ISNIN PAGI.. yeay!! daku amik mc. hahah
tak larat bley? rasa ngantuk sangat2
lps incik asben g keje, sambung tido smpi pkl 11.30am.

layan tv + kemas umah + lipat baju + iron baju keje

ptg = g klinik, amik mc
doktel tulis dalam surat mc : viral fever
heheh, sbb daku takde simptom demam pun. kuikuikui

tp, serius rasa tak larat. tak tipu eh..

moral of d story : org lain yg bertunang, org lain yg mc.. apa daaa