our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

m.e.l.a.k.a.w.o.n.d.e.r.l.a.n.d

mood holiday lagik sbnrnya..
tapi, demi sesuap nasik, ku tahankan juga JEBAT!!!
eceh, drama la plak..

arini baru masuk opis stlh cuti utk 2 hari.
trip ke hatyaai sabtu hingga isnin (3D2N).
smlm adalah waktu santai wt incik asben terchenta.

(idak santai manapun, ada jer keje nyer dari pagi smpi ke malam..huahuahua)

nak citer ttg trip ke melaka wonderland bersama2 ahli rombongan melibatkan 3 keluarga.
hishyy, macam ramai sgt bunyi nyer yerk..

20.5.2012 (AHAD)

Seawal 10.00am dah bergerak ke lokasi berkenaan.
ekcely melaka wonderland nih adalah tpt utk membasahkan badan.
lebey kurang taman tema la. macam yg dah femes sunway lagoon @ desa water park tu.
cumanya, tpt nih kira taman tema junior.
masih jauh la klu nk compare ngn sunway lagoon yg mmg heibatt tu, kan..
(tetiba rasa nak g dating ngn incik asben kat sunway lagoon plak. heee)

nih kat entrance..sangat bising hokeh ngn bunyik dinasour.
bule bikin stress gua. hahah

@ entrance
saja2 jer pasang munyik dinasour sbb mmg ada wild life park pun kat dpn tu.
tapi, daku n family idak la masuk itu tpt sbb kena bayar lain plk.
tak kosek aii nk ngabiskan duit sesajer.
tiket nih pun dibeli ngn rege diskaun.
rm18.00 sorang rasanya. beli dalam dealmates.
klu rate sbnr, rm30.00 per entry.
mahal, kan?

ini adalah sebahagian daripada ahli rombongan.
amik gambar dari jauh jer. heheh


rombongan cik kiah
ramai kan? huru hara g ramai2 nih.
macam2 kerenah ader.
mcm biasa, daku ngn asben layankan jelah. hehe


fee masuk adalah spt berikut;

ngk dinasour tu? ceria eh
 so, ngn rege rm18.00 yg kami bayar tu, rasa berbaloi2 la, kan..
lagipun, tak lama mana kat dalam tu. separuh hari jer.
agak rushing sbb ptg tu jugak mau balik ptrjy.

kat dalam melaka wonderland nih, ada 3 bhgn la kira2 nyer..
1st, ada kolam yg siap ada wave tu.
agak besar la jugak kolam wave tu.
tapi, daku ngn asben tak g situ pun.
sangat panas lor cuaca. daku tak tahan..

atas skit, ada tpt yg macam longkang tu.
daku naik boya dalam tu n incik asben tukang tolak. kihkihkih

atas lagik, ada tpt main air utk seisi keluarga la kiranya..
ada papan gelungsur sumer.
ramai bebudak kat sini la.
mak apak pun ramai jugak.
daku ngn asben tak terkecuali.

paling atas, ada gelungsur besar sumer tu.
daku temankan incik asben jer.
dia main tikar gelungsur tu. nama dia KAMIKAZE RACER..

ni lah KAMIKAZE RACER tu..

daku takmo. PENAKUT!! hahah

tapi, disebabkan cuaca yg mmg panas, menjadikkan daku cepat itam.
sangat tak tahan lor.
by 1.00pm dah berehat dah.

sumer pakat mandi & tukar baju, then pkl 2.30pm dah kuar dah dr tpt itu..
g layan mcDonald jap.
pastu g makan nasik ayam.
pastu balik umah & siap2 nak balik ptrjaya.

sangat rushing lor. haiya. very tired!!

ekcely, melaka wonderland nih baru dibuka april 2010.
sbb tu la macam so so jer taman tema dia.
maybe bnyk lagik yg blm siap kot..

Dirasmikan oleh CM
apa2 pun, I LUV MELAKA most..
melaka memang haibat lah!!!




Friday, May 25, 2012

k.u.c.h.i.n.g

cerita yang sudah agak basi untuk dikongsikan.

muahahaha...aku adalah sangat pemalas.
lebih suka membaca blog org lain dari menulis.

yg sbnrnya, sibuk menggugel blog utk dapatkan info nak travel nyer pasal.
kali nih, akan ke oberse plak.
idak jauh mana pun.
idak la sbrg laut pun.

cuma, akan melepasi sempadan antara negara.
insyaallah, akan ke hatyaai utk weekend nih.
program cuti2 bersama incik hubby terchenta.
moga perjalanan kami nnti dipermudahkanNYA..insyaallah

nak citer pasal trip to kuching lah..

ekcely trip to kuching nih melibatkan ramai orang. rombongan cik kiah la gamaknya..
so, bila dah ramai orang tu, akan ada bermacam ragam la kan.
mmg jauh la beza klu nak compare ngn trip laki bini ke KK last month tu.
tapi, takper la. apa2 pun, biar sume jadik kenangan.
mmg agak huru hara tapi, at least dapat buat org lain gumbira apa salahnya..

Hari Pertama : 11.5.2012 (JUMAAT)

flight ke Kuching pkl 9.45am. so seawal 8.00am dah gerak ke airport.
macam biasa la parking kete kat tune hotel.

9.45am dah ada dlm perut pesawat. baca majalah + baca newspaper + main2 skit = smpi la kat kuching around 11.15am gitu..
kat kuching, adik nyer biras dah tgu.
mereka ini sangat berjasa.
banyak bantu. dari carikan transport + homestay + bawak jalan2 + sediakan laksa sarawak lagik..
memang terbaik lah noks..
agaknya akak ipar aku pun tak mmpu nak buat camgitu kot..
hahaha (aku ada kakak ipar ker? ...pk jap)

so, disebabkan melancong secara berjemaah, maka kami menyewa van prego utk 2 hari ngn kadar RM500.00.
homestay yg agak selesa plak, RM380.00 untuk 3D2N..
siap ada 3 bilik lagik, ada aircond + astro + dapur (bule masak2) + mesin basuh..perghhh, mmg berbaloi2..

advantage jalan reramai, bule tong2 duit.
idak la pening pala kan.
adikku yg bijak itu sudah menetapkan setiap org kena sediakan rm200.00.
maka, 7 kepala akan menghasilkan RM1400.00
maka, akan terbayar lah apa yg perlu.
siap bule bayar makan lagik + duit parking kat airport lagik.
bijak..bijak.
dan banker tak bertauliahnyer adalah haku..

RM500.00 duit van
RM380.00 duit umah
RM120.00 duit parking kat airport
RM104.00 duit diner
RM100.00 duit petrol
+ + + duit lain2 lagik

hari akhir, mmg ada baki RM28.00 kot dalam tangan aku
so, duit lebih tu sedekah kat budak2 kecit 5 orang tu jelah..

okeh. disebabkan biras adik dah buatkan laksa sarawak, maka utk hari pertama tu mmg makan laksa la utk lunch.

ptg tu, dalam pkl 5.00pm gerak ke santubong.
g lepak2 @ pantai damai.

Sepetang @ Damai Beach

agak mengujakan bagi mereka yg pertama kali.
cth : mak n family akak.
aku plak, tak eksited langsung kot.
udah brp kali datang kuching pun tak bley nk kira udah.
dulu lah, hal keje nyer pasal.

Gunung Santubong
mereka2 teruja ngk gunung santubong dari atas jambatan.
aku plk, jadik pemandu pelancong la kan. apalagik..
aku pernah naik bot kat muara sungai tu..
daripada pengkalan perikanan sampai lah bawah jambatan tu..
masa tu g keje la kan..klu tak sebab keje, tak merasa jugaklah..

malam tu, g makan kat food court area kg gersik.
siap tapau kek lapis lagik..
pastu, g jalan2 area bandar kuching.
g carik susu utk baby adik. sabo jelah mama tu.
berjalan bukannya nk bwk stok susu banyak2.
mujur tak kebulur itu budak..

Hari Ke -2 : 12.5.2012 (SABTU)

Seawal pagi dah bergerak ke Sarikin.
Sorga soping bagi sume2 pelancong yg datang ke Kuching.
Tempat ini merupakan sempadan ngn kalimantan.
sangat hampir dgn garisan khatulistiwa.
makanya, cuaca adalah tersangat panas.

daku adalah sangat tidak tahan panas.
baru pkl 9.00am tetapi terasa bagaikan sudah pkl 12.00noon.
mmg sangat2 tidak selesa.
cuma soping sehelai handbag LV..(terasa2 macam siti..ahaks)
utk mak plk, daku hadiahkan beg balik kg juga jenama LV.
hurmmm, jgn memain!!

tghari tu, akak sponsor pizza utk lunch..
makan berjemaah kat umah sambil ketiduran..
ptg, ajak sume2 kuar g bandar kuching.

Sungai Kuching yg tenang

hajat hati mau ajak bergambar, sekali ujan la plk.
sudahnya, just g pasar satok jelah.
soping fridge magnet jerk.
hajat hati mau sambar t-shirt sehelai bersama hubby, tapi suasana tidak mengizinkan..

malam tu, g layan diner @ area matang jaya.
not bad la kedai tomyam abg man..
sangat kenyang!!

pastu, g kg gersik cari kek lapis utk dibawa pulang.

Hari Ke -3 : 13.5.2012 (AHAD)
 

last day sudah..
flight balik pkl 2.30pm.


pagi2 buta dah kuar g bandar kuching..
sesi bergambar la, kan. apalagik..

pastu, laju2 g satok..perut sudah lapo..
siap breakfast lagik kat dayang cafe.
siap tapau lauk utk mkn tghari..
harga yg berpatutan & sedap.
pastu g pasar satok..
cari ikan terubuk la, kan..

mercu tanda KUCHING


hotel mewah..pernah bermalam disini


so, balik umah dlm pkl 10.30 tu, daku masak nasik.
pkl 12.00noon, sume dah siap2 nak gerak ke airport..


ouh, di airport spt biasa air asia amatlah sengal.
sesuai dgn nama tambang murah makanya mausti mencari duit lebey.
setiap org hanya bule 1 hand luggage yg beratnya dalam 7kg sahaja.
tak pasal2 melayang duit haku rm40.00 kot.
stress sekejap masa tu. huhu


pkl 4.00pm lebey kurang, touch down @ LCCT.
pkl 5.00 gitu, smpi sudah putrajaya.


abis suda citer trip to kuching..

mahu datang lagik rasanya tapi nak g berdua2an ngn incik hubby jer..
bley???


pasnih nnti nak citer psl:


a) melaka wonderland
b) hatyaai....


baiklah..wink..wink



Wednesday, May 23, 2012

n.e.b.e.s

sangat nebes pagi tadi kot.
tetiba bila nk start kete lampu alarm menyala lip lap lip lap.

haisyyyhh..

terus tahu jawapan.(musti keje incik asben tekan alarm nih)

tipon incik asben ngn nada marah sbb takbley nak off kan alarm.
incik asben suh bukak bateri.

so, baru la sibuk cari skrewdriver. huh, mujur jumpa kot kat bonet blkg.
pas bukak bateri, baru benti menyala.

tapi.............................

bila try pasang balik bateri, nyala lagik!

ini mendatangkan nebes nih. 
udah la mau g keje. huh, cair make up.

incik asben call, terus kata mau balik umah.
dalam nebes tu, daku yolahkan ajer.

try jugak tipon talian hayat.

talian hayat 1 : (tipon adik lelaki)
Aku : "bang, ko tau tak camner nak off kan alarm?"
Dia : ntah la, jap try tnya orang lain. klu tau kang sms jwpn.
Aku : "ok lah."

talian hayat 2 : (tipon member opis yg pakai wira gak)
Aku : "ko tau tak camner nak off kan alarm?"
Dia : "ko cari button kat bawah stereng tu jer"
Aku : "tak jumpa lor. takpe lah. daku masuk opis lambat skit yer"
Dia : "Baiklah"

*** tetiba, ada sorang jejaka yg concern datang kat kete daku.

Dia : "naper kete nih?"
Aku : "alarm takleh off"
Dia : "ada button kat bwh dashboard tu (sambil mencari button yg dimaksudkan)" tak jumpa tapi.

Aku : "cari dah tadi, tak jumpa. takpe la incik. sy tgh tgu asben balik. jap lagi dia smpi"
Dia : "ok. nnti terus off kan jer alarm. takyah pakai dah"
Aku : "yelah, mekasih incik"

 *** kringggggggggg..sms masuk.

dari adik lelaki. "tekan button merah @ hitam kat bawah stereng belah kanan.nnti alarm tu diam la"
daku reply, "takpelah. tgu asben balik jap"
adik lelaki msg : "try la tekan button tu"
daku, "button pun tak jumpa" (buat muka sengal!)


talian hayat 3 : (tipon adik pompuan plak)
Aku : "Yang, kete buat hal lor"
Dia : "la, naper plk?"
Aku : "Alarm takleh off"
Dia : " ko nyer kete tu, kan nak off kan alarm ada wayar kat bonet depan. dekat ngn hon tu"
Aku : "tahu, pernah ngk pomen buat ms kat workshop. tapi tatau nak cabut wayar yg mana. banyak lor"
Dia : "macam2 la u nih. mau i amik ka?"
Aku : "takper la, incik asben dah otw"
Dia : "sian dia, jauh tu nak balik"


sebaik smpi jer incik asben, sekali dia tekan punat alarm kat kunci kete yg ada pada dia, terus masalah selesai.

huh!!! sabo jelah.
saja nk buat hal kete nih pepagi nih. haishyyy

sian incik asben balik umah semata2 sbb alarm.
udah la opis dia jauh bangat.
terus aku terpikir, apsal la aku tak naik bas jer g keje. tinggalkan kete kat parking.
mengong gak la aku nih. huhuhu

sorry sangat2 ye abang atas kesengalan wifey kamu nih.
 




Wednesday, May 16, 2012

@ L.E.X.I.S

tersangat lah lama kot tak hupdate blog ini.

ouch, arini daku keseorangan sebab incik asben outstation ke taiping.
sampai ati dia erk, meninggalkan isteri terchenta nih. sob..sob..

dah masuk bulan ke -7 perkahwinan. satu tempoh yg panjang utk kami berdua. but, still in honeymoon mode.
masih berDUA. smlm, dapat kabar member dah preggy, terus ada rasa hiba.
bila la plak turn diri ini? sangat sedey hokeh..

kadang2 rasa macam nak berhenti berharap, tapi keinginan itu masih kuat.
kini daku dah mengerti rasa hati pasangan yg tidak dikurniakan cahaya mata.

daku yakin dgn takdir dariNYA..
HE knows what's best for both of us.

okeh2, takmo dah citer sedey.

ada bnyk mende yg ter'pending' n masih blm diceritakan nih.

1) holiday @ LEXIS, Port Dickson
2) holiday @ KUCHING

so, kita start ngn yg no. 1 tu.

21.4.2012 (SABTU)
daku ngn incik asben ke LEXIS, Port Dickson.
Smpi kat hotel dalam pkl 3.00pm jugak la.
sblm ke PD, sempat amik kek eskrem kat puchong dulu.

LEXIS pujaan hatiku..

ekcely, percutian nih merupakan sesi bersama kawan2 daku.
nak meraikan besday kawan bln 3 & 4 gitu.
siap bawak adiah bagai la kan.

LEXIS tu merupakan nama baru bagi waterchalet.
hotel yg hebat!
daku sangat suka lor eventhough tak berkesempatan nk duk kat waterchalet.
dapat duk kat main building pun sudah sangat seronok. jadik la beronok2. haha


view dari bilik @ level 11
                                                           

water chalet yg tak mampu diduduki

spnjg kat LEXIS mmg aktiviti santai habis la.
ptg tu, just g sauna. incik asben plk swimming.
pastu g amik2 gambar bagai then lepak bilik.

senja @ LEXIS
                                                                 
malam plk, g diner ngn kawan2 sume sambil clbrte besday.
potong kek pun bawah pokok jer.
potong kek laju2 & makan laju2 sbb hari nk ujan.
besday gal malu nak potong kek kat kedai makan. bley?
layankan ajerlah.
udah la kek tu agak terpenyek sbb daku ngn incik asben buat spoilt. haha
sabo jelah.


kek yg terpenyek!!

balik dari diner, hajat hati daku mau ngk tv tapi rerupanya tv yg layan daku.
sangat chumel, kan.

22.4.2012 (AHAD)

seawal pagi udah bgn sbb dah janji ngn minah2 bujangan nk g bekpes sesama.
tapi, rerupanya diorang lagi lambat.

sangat syiok eh layan bekpes di hotel. mmg abis la diet i utk 2 hari tu..
mmg ahad yg santai la kiranya.
lepak kat hotel smpi pkl 1pm, pastu checkout.

ekcely, rate sbnr hotel nih agak mahal. mmg tak mampu la den.
mujur ada salah sorang member ada kabel yg membolehkan dapat diskaun.
so, rege bilik hanyalah rm150.00 pernite.
sangat murah lol utk hotel 5 star camgitu. chewah.

before balik ptrjya, incik asben bawak daku pusing2 bandar PD jap.
sempat layan roti bakar @ kedai kopi pak lang.
sedap..sedap dan sedap.. tak rugi lor layan roti kat situ.

Kedai kopi Pak lang yg heibatttt!!

buku menu yg sempoi!!


inilah roti yg dihidang utk kami. sedap sangat!!!

overall, saya sangat berpuas hati dengan percutian ini biar hanya di PD.
hooyeeh. mekasih incik asben ku sayang!!

Monday, April 23, 2012

h.o.l.i.d.a.y.

day 4 = last day @ KK

ahad (15.4.2012)
last day @ KK. sangat sedey lor.
KK adalah bandar yg best bagi aku kecuali makanan nyer yg tak best. hahah. apakah?

ok, bgn pun idak la awal sgt. dalam pkl 7.00am gitu dah gerak kuar dari bilik.
misi hari ini adalah sesi briskwalk ke jesselton point bersama incik suami terchenta.
rasa idak la jauh sgt. lagipun i nih kan gagah perkasa. hahah

sambil berjalan, sempat menyinggah2 amik gambar. banyak gak gambo yg berjaya disnap.
tapi muka idak la cun sbb dah berpeluh2. penat kot..
bila dah sangat penat, daku smpi tak bley nak senyum dah waktu bergambar. hahah
sangat takde stamina ini orang sbb dah sangat gemuk!!
nih, gambar di waktu pagi @ KK..


yg kat atas tu mmg gambar pemandangan solely drpd kamera pink yg santek kepunyaan daku..
gambar ikan yg kat bawah tu plak daku pinjam dari mr. google..hehe. Mekasih!

setelah bergambar bagai @ jeselton jetty, gerak utk mencari tamu plak.
tatau kat mana tamu tu. mmg takde idea langsung.
mujur la incik asben ternampak khemah tamu diantara bangunan yg we all lalu tu, so terus singgah.

tamu nih kira macam pasar malam la klu kat semenanjung.
kat KK disebut tamu n mmg ada setiap hari ahad pagi.
macam2 barang yg dijual termasuklah binatang hidup spt, ikan, arnab, ayam dan juga anjing.
terperanjat jugak la daku menengok barang jualannya kan.
rasa nak gelak pun ader. macam comel jer jual anjing kat tamu. hehe

we all just jamu mata jerk, tak beli apa2 pun kat tamu tu.

pastu, gerak ke pasar philiphina semula, belikan ikan kering utk MIL n udang kering utk my mom.
pastu, terus jalan balik hotel n singgah bfast jap kat kedai bawah hotel tu.
serius nyer lapar kot.. huhu

dalam pkl 11.00am dah check out & bergerak ke beaufort ngn bantuan GPS.
ekcely, nak ke umah mak angkat daku di papar tapi asben ajak ke beaufort dulu nak layan sate brunei.

nih antara bulatan yg terpaksa ditempuh utk smpi beaufort.
perjalanan amik masa 2 jam gak la.
tp tak susah mana pun, setiap kali jumpa bulatan, amik pukul 12. sila baca signboard yerk. heheh

inilah dia kedai satay brunei yg femes tu. memula tak jumpa jugak, berpusing2 smpi daku nak marah dah.
last2, suh asben g tnya kat budak di petrol pam.
tercapai gak hajat nak makan sate nih. sedap jugak lor..

then, gerak ke umah mak angkat di papar.
saja tak bgtau awal2, buat surprise kunun.
terperanjat sangat diorang. hehe
puas lepak2 dalam 2 jam jugak, then gerak ke airport.

otw balik, singgah beli ikan bilis kat tepi2 jalan tuh.
oh yer, papar mmg pengeluar bilis utama + kuih cincin yg best yerk..

sampai kat airport dalam pkl 6.00pm gitu.
sementara tgu incik asben pulangkan kete, daku masuk terminal utk check in.
tetapi airasia mmg banyak songeh yer.
mmg la syarikat penerbangan tambang murah tapi, dari hari ke hari daku ngk semakin banyak songeh..
bayangkan daku tak dibenarkan print boarding pass kat kiosk sbb dikatakan dah check in sblm nih which is daku pun tatau.
so, bila daku g kaunter utk drop bag sbb mmg dah beli online utk 20kg, minah tu nak bertekak ngn aku.
sbb daku tak provide boarding pas. so daku cakap kat dia, daku dah g kiosk nak check in tp takbley sbb dikatakan dah check in.
so, nak print boarding pas tak bley.
so, minah tu kata kena bayar sorang rm12 sbb tak print boarding pas. meaning daku kena bayar rm24 semata2 nk dapat 2 helai kertas boarding pas yg dia bule tlg printkan kat pc dia tu..

apalagik, daku takmo la. siap tunjuk muka tak puas ati.
sudahnya, dia mintak no bb sbb nak send barcord ke bb supaya daku bule scan barcode kat machine bg dapatkan boarding pas.
udah la masa tu asben tak settle2 lagik uruskan kete. daku dah nak hangin dah.
daku plak takde hp. nak guna tipon public, dua2 tak bley pakai.
setakat buat pameran jelah  public phone kat KKIA 2 tu gamaknya.

                                     ini lah dua public phone yg HAMPEH!!!!hahaha

last2, asben ku muncuk jugak. terus ajak g scan barcode kat machine & print boarding pas.
terus g drop bag. then g toilet sekejap, pastu terus masuk balai berlepas.

setelah melalui saat2 getir, akhirnya pkl 10.30pm daku n asben selamat smpi ke LCCT.

moral of d story, berhati2 lah kpd semua yg menggunakan khidmat AIRASIA.
tidak bermaksud utk boikot sbb daku mmg gunakan airasia jugak klu nak holiday.
CUMA, kena berhati2. make sure klu nak check in online, print boarding pas.
klu takmo check in online, sila ke kiosk di terminal utk check in sbb klu check in di kaunter nnti kena charge rm10 per person.
kaunter hanya berfungsi utk drop bag sahajer.
satu lagik, klu nak tukar seat, kena charge rm6.00 per person. (mmg mengade kan. klu beli dua tiket, confirm la nak duk bersama kan. ini tidak, sajer jer air asia susun seat lenlain. tak kose mak nk bayar rm12 plak semata2 nak tukar seat. sudahnya masa penerbangan pergi aritu, duk berasingan ngn asben. SABO jelah)






Wednesday, April 18, 2012

h.o.l.i.d.a.y.

sambungan cerita yg belum berkesudahan..

ceritera ttg percutian yg sangat mengujakan di Kota Kinabalu..

Sabtu (14.4.2012)
bangun early morning semata2 nak ngk puncak gunung kinabalu. seawal 5.30am udah bgn.
siap solat subuh, terus ajak incik suami cari hotspot terbaik utk merakamkan pemandangan.

so, destinasi adalah di pekan kundasang.
Alhamdulillah, nampak ngn jelas puncak kinabalu depan mata.
amat kagum dgn ciptaanNYA..
terus ada rasa teruja nk ajak asben daki gunung kinabalu.
tapi, masih tidak mendapat persetujuan yerk.
katanya, nk tunggu khurus dulu br bley panjat gunung.
sabo jelah..

apa2 pun, sangat puas ati dapat layan nice view of mountain..


tak cukup setakat kat pekan kundasang, siap ajak incik asben naik bukit ke arah BTN tu semata2 nak cari view lagik cantik.
sangat poyos kan ini orang.
puas ati lor. kalu ada kamera canggih lagi santek lah.
tapi, kamera pink saya mmg amat membantu. yeay!!
mekasih kamera..

dah penat bergambar, ajak incik asben cari breakfast.
masih awal agaknya, kedai pun blm bukak.
so, just beli dari stall tepi2 jalan jerk.
sangat murah plak harga makanannya.
rasa pun bule tahan.
daku beli nasi lemak + bihun (dah siap bungkus dalam plastik RM1.00 per pack)
kuih muih RM1.00 = 4 biji
siap beli kuih donat, cakoi, kuih bijan tu lagik. mmg marveles lor
paling tak tahan siap beli air nescafe bungkus lagik. not bad plak rasanya.
saya SUKA lah pekan kundasang!! hahah

then, lps siap2 bfast & kemas2, lebey kurang pkl 10.00am check out dr hotel.
selamat tinggal hotel yg best.
cumanya tk dapat ngk view mountain dr hotel.
sbb hotel facing membelakangkan mountain (fahamkah?).
so, klu nk ngk mountain dari hotel, hotel terbaik adalah perkasa hotel (ada nama baru tp tak ingat lor).
hotel nih yg daku citer berdekatan ngn BTN tadi. terletak atas bukit.
sgt hebat!!

then, gerak utk balik KK.
sempat singgah ke kinabalu park. tak jauh sgt pun ngn hotel daku tu.
entrance fee adalah rm3.00 per person.
ada pelantar utk melihat mountain gak tapi...
sbb matahari dah meninggi, hanya nampak kabus yg memutih lor..
nak g timpohon gate plak tak berjaya sbb jammed.
ada episod merajuk disitu. harharhar..

setelah sesi bergambar ala kadar (sebab MAJUK), meneruskan perjalanan ke KK.
siap singgah kat tamparuli sbb nk bergambar di jambatan gantung yg femes itu..
sangat puas hati sbb selama nih tertanya2.
si masya AF la punya pasal nih, nyanyi lagu tu ms AF.
tak pasal2 sumer teruja, kan. termasuk la haku nih..


okeh, ekceli dulu jambatan gantung nih merupakan penghubung utama utk penduduk tamparuli namun, skrg nih dah dibina dah jalan kat bawah tu yg bule digunakan oleh kereta.
so, jambatan gantung nih hanya digunakan oleh pejalan kaki sahajer lor..

then, nak ke rumah terbalik plak, tetapi tidak tahu lokasi sbnr.
try tnya local people, tak paham plak. haishyyy.
sudahnyer, balai polis adalah lokasi terbaik. hahah
inilah balai polis yg telah memberikan direction utk ke rumah terbaik.
terima kasih kakak polis!!
eh, ker abang polis?
tatau sbb incik asben yg masuk balai.
daku duk jaga keta jer. heheh

akhirnya, dapat jugakla berjumpa ngn rumah terbalik.
baru jer bukak pun umah nih.
dalam tahun nih jugak.
entrance fee rm10 per person wt mykad.
foreigner rm18.00.
dapat masuk plak, hanya 10 minit kot.
macam tk berbaloi plak bayar mahal2, kan..
heheh

kat dalam umah tu, sumer terbalik. tergantung jelah.
dah nama pun terbalik, kan.
susah agaknya nak siapkan umah nih, kan.
nak gantung segala macam termasuklah peti ais, mesin jahit, kusyen, dll.
tak bley amik gambar.
pengunjung plak hanya bule lalu kat karpet merah jer.
bnyk plk pantang larang nyer yerk..


sesudah itew, bergegas ke KK.
check in kat cititel express.
rm112.00 per nite. ini pun daku bayar guna AGODA.
klu rate biasa mahal lagik rasanya.
bilik yg agak sempit. nak solat pun cukup2 jer space.
sangat tak best bila air dari bilik mandi masuk ke dalam kawasan bilik.
mujur satu malam jer kot. malas nak komplen bagai.

niat dihati mau ke papar lps selesai check in, tetapi hujan turun dgn lebatnya.
maka nya, menjalankan aktiviti bersiar2 di bdr KK.
siap beli kuih cincin + amplang.
pokcik tu siap packing kan lagik.
mekasih pokcik penjual!!

pastu, ajak incik asben g tanjung Aru.
slalu dgr citer jer, kali nih daku smpi udah tpt nih.
ouh, hanya la sebuah kawasan pantai yg ada tempat makan.
macam kat pantai klebang la klu kat melaka tu..

sekali lagik daku hampa sbb nasik goreng tidak la menepati selera tekak ku.
harapkan mahal jer. huhu
pastu, asben beli kopok lekor plak. + jagung manis.
agak tidak selera mengingatkan saluran air yg amat hitam pekat.
huhuh, kombang tokak den!!
silalah jaga kebersihan wahai penjual2 sekelian.

sesudah itu, balik hotel & merehatkan diri.
pkl 8.30pm, daku dah zzzzzzzzzzzzzzzz..

bule plak bngn pukul 1.00am semata2 nak layan jagung manis itew..
apakah aku ini? hahahha

Tuesday, April 17, 2012

h.o.l.i.d.a.y

merindukan saat2 gumbira waktu holiday ngn hubby. sangat syiok lor..

okeh, last week daku ngn incik asben bercuti 4 hari 3 malam ke Kota Kinabalu. ini memang percutian yg telah dirancang sejak last year lagik, even tiket flight dah dibeli b4 kawen lagik kot. sangat ambitious kan..terbaiklah.

kamis (12.4.2012)
fly from LCCT to KK ambik masa 2 jam setengah lebey kurang.
dari umah @ ptrjy, incik asben mendriving smpi LCCT.
we all parking kete kat tune hotel. bayaran yg agak relevant, just rm20 per day.
so 4 hari = rm80.00
malas nak amik bas @ ERL sbb balik nnti flight malam. takut susah la plak.
klu amik cab dr airport ke putrajaya pun kena charge rm70 - rm80 kot.
so, better parking kete kan..

pkl 1.30ptg camgitu, touch down kat terminal 2 KKIA. terus amik airport cab. bayar rm30.00. so, within 15 minutes smpi hotel dah.

check in kat De Galleria hotel. daku booking hotel nih through AGODA.
harga pernite rm87++ termasuk tax bagai.
kalau rate kat hotel, standard room paling murah rm88.00.
so, lebey kurang jelah.
cumanya bila booking through AGODA, siap dah bayar through online maka dapat memendekkan process check in.


bilik dia pun quite ok. sesuai utk couple yg prefer budget package macam daku nih. klu utk family tak bape sesuai la sbb bilik nyer agak kecil. toilet plak guna pintu kaca yg agak2 transparent so, agak berbahaya kepada anak2 kecil. hahah

sepanjang petang menidurkan diri. jetlag la kunun.
incik asben yg demam tapi daku plak yg lebey2 tido. haha

lebey kurang pkl 5.30pm gitu baru kuar. jalan kaki jerk. sangat dekat okeh..
jalan2 kat pasar philiphine. survey2 mutiara. sekali, ujan la plak.
so, dah bnyk kali sgt pusing nyer pusing dlm pasar, daku ngn incik asben memborong la brooch + butang baju melayu..ujan nyer pasal. hehe

bila ujan dah reda, g minum kat restoran berdepan ngn pasar philiphine tu.
daku order roti canai, tapi kuah dia tak capai target tekak daku. hurmmm, dah lapar. so layankan jelah. ouh, harga makanan kat KK ini adalah mahal klu compare ngn kat semenanjung.
nasi goreng sume rate rm6.00 - rm9.00.
tak jumpa la nasik grg harga rm4.50 mcm kat semenanjung.
so, poket kena penuh lor klu nak ke KK..

malam plak, g layan pasar malam kat area sinsuran tu. berdepan jer ngn pasar philipine tu.
borong brooch lagik.
siap beli cekak rambut ada mutiara lagik.
macam bebudak daku nih!!

penat jalan, ajak asben balik bilik & zzzzzzzzz..
agak risau ngn keadaan incik asben sbnrnya sbb dia tak sihat sgt.
udah la ujan ms kat pasar malam tu.
dalam ati tak putus doa moga dia sembuh.
udah la esok nak jalan jauh...

************************************************
jumaat (13.4.2012)
lebih kurang pkl 9.30am, dapat keta udah. yeay!! keta baru lagi tuh. baru sebulan kuar kedai. masih bau kedai deng. haha. mode sangat gumbira.
daku sewa keta viva jerk ngn harga yg amat affordable.
just rm70 per day. mmg paling murah kot.
sbb nya, kebanyakan harga kete sewa kat KK adalah rm90.00 - rm120.00
nih, daku cari dalam mudah.com.
memang amat murah. berbaloi2..
siap bule antar lambat lagik tu. tanpa bayaran plak.
memang terbaiklah..tuan punyer keta yg sporting. tima kasih incik ZAM..

lepas bfast, gerak ke Kundasang. perjalanan amik masa dua jam lebey jugak la.
perjalanan yg berbukit2 mmg mencabar kewibawaan incik drebar. hehe
tapi, demi nak ngk kinabalu kita layankan sahajer..


otw, singgah pekan nabalu.
siap shoping lagik. mmg harga barang murah la klu compare ngn kat KK.
so, daku telah menghabiskan duit membeli t-shirt I LOVE KK. hehe
siap beli utk adik ngn anak buah lagik. hamik ko. perasan kayo.
(mentang2 dah dapat elaun kerahan tenaga..)
kat sini jugak ader menara tinjau.
suppose bule nampak gunung kinabalu.
tapi, daku tak bernasib baik.
tak nmpk pun puncak gunung. ditutup kabus yg tebal.

smpi Kundasang dalam pkl 1 lebey, terus check in kat hotel strawberry garden.
rate per nite rm80.00. bilik yg ok jugak.


no aircond yerk sbb kwsn kundasang adalah dingin macam kat cameron tu.
kat kaki gunung kinabalu la katakan..


lps solat terus ke pekan kundasang. amik2 gambar kat hotspot yang santek.
pastu, gerak ke pekan ranau utk makan & sesi ziarah.


pekan ranau adalah pekan yg besar klu nak compare ngn kundasang.
jaraknya dalam 20km la dari kundasang.
bnyk kemudahan termasuklah bank spt maybank & cimb.
siap ada the store milimewa lagik.

layan nasik goreng kat ranau. tapi.....
sekali lagik, tidak menepati citarasa. idak pedas la wei.
sangat frust kot. huhuhu
mujur ada sup yg sedap. bule gak makan..

pastu, sesi ziarah ke rumah saudara angkat incik asben.
sesi berborak2 abis dalam pkl 7.00pm.
takmo balik lambat sbb takut jalan berkabus.
udah la gelap, kan. huhuhu

sampai hotel lebey kurang 8.00pm.
lepak2 + makan2 + layan tv.

pastu terus zzzzzzzzzzzzz..

***********************

utk hari yg ketiga, nanti la sambung erk..