our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 27, 2009

d.i.l.a.m.a.r

aku br balik dr bilik big bos. dia bgtau aku, org Kementerian (MOA)nak lamar aku. baru sekejap td Pengarah PSM MOA datang jmpa big bos. offer kat big bos 2 orang PTD M41 yang baru lantik. so, sbgai tukaran nyer, aku n sorang lagi M41 yang buat kewangan di hantar ke MOA. excited gak aku dgr.

tapi sayangnya, bos aku tak bg. dia tkmo org lain sbb dia kata both of us gud in performance. siap Pengarah PSM MOA tu counter check ngn bos, bgtau yg dia nak bg officer lelaki, we all yg pompuan nih akan cuti bersalin bila dh kawen. bos aku ngn penuh confident bgtau we all blm nak kawen lagi..hahaha. klakar gak bos aku nih. bos aku bgtau lah, sbnrnya MOA nak amik we all sbb diorang dh tgk markah prestasi 2008 we all. tu yg diorang interested nak amik.

moral of d story, both of us akan remained kat DOF lah. big bos takmo lepaskan we all. cuma, big bos pesan kat aku, suh blajar2 gak hal kewangan. dia nak aku tau bnyk mende. aku tkde rasa mende pun. keje kt mana2 pun sama, akan berdepan ngn bnyk perkara. cuma, kesian kt PTD M41 yang buat kewangan tu. dia mmg pernah bgtau yg dia nk blah dr DOF. tak tahan ngn keje katanya. tp, dh big bos tak benarkan. yg penting, layaannnn...

n.o.t.s.o.g.o.o.d

lama dah tk bercerita kat sini. lately angin tk berapa baik. ada jer mende yg menganggu mood aku yg mana akan buat aku marah. susah nak kawal perasaan, sometimes aku 'ter'kasar ngn sesaper di sekeliling. taktau camner nak ubah dah perangai huduh aku nih. cepat melenting. terkadang, rasa menyesal bila dah marah. tapi, bila pk secara rasional, sume mende yg buat aku marah, ada penyebab. bukan aku yg bengong sesajer nak marah. ader jer mende yg menyakitkan ati.

nih, aku dh ada rasa nk marah lagi. aku rasa meluat ngn bos aku. hangin jer. drpd. last week dia buat aku hangin. nih buat hal lagi. aku dh booked hotel dr last week lagi utk g kuching esok. br kejap td, dia call, suh aku book hotel lain plak.cari yg murah, kununnya takde duit nak bayar memahal. mmg ada rasa nak menyumpah dah nih. dia ingat aku nyer keje asik nak layan dia jer ker? pala hotak betul. bkn mahal pun, aku amik crown plaza kat kuching, RM112 per pax. apa lagi yg dia nak. mmg bangang tak bertempat lah. mmg aku tgh marah nih. nama jer gred 48, menyusahkan aku macam budak tadika.

dah ler sepanjang last week aku bengang ngn dia. menyakitkan ati jer. aku tau ler dia peserta bengkel, aku plak organizer. apa barang dia nak menyusahkan aku all d time. yg sebenar2nya, peserta bengkel last week 40 orang. sume pegawai2 gred 48 and above. ramai lagi yg gred 54. tp, takde lah nyusahkan aku mcm dia. org lain sume diam jer. dia plak yg lebih2. sikit2 nak salahkan organiser. pala hotak dia lah. dia lupa agaknya organiser nih pun anak buah dia. bodoh betul. tp aku mmg puas hati bila ada pengarah lain sound dia masa dia salahkan urusetia. pengarah tu siap sound, "Mentang2 jd peserta, sedap2 jer salahkan urusetia yer". Yes, bebeh. i like it. mmg puas hati sesangat ms tu. rasa mcm nk tepuk tangan kuat2. hahaha.

dah lah, malas nk cerita pasal bos aku yg bodoh tu. citer lain plak..

last week, start selasa hingga jumaat aku berkampung kat EVERLY Resort Melaka. best gak hotel tu, tp tak smpt nk menghayati keindahan pantai dia. bz sesangat ler plak. tp, mmg bnyk sgt trouble happened ms tu. since 1st day lagik temperature aku mmg naik. bule kena sakit jantung lah. mlm yg 1st tu, suppose ada taklimat pkl 8.30pm. tp, disebabkan bos aku yg bodoh tu, taklimat terpaksa dilewatkan ke pkl 9.30pm. next day tu plak, clerck aku plak buat hal. dia bwk printer, tp kabel nyer plak takde. camno nak print. aduh, mmg sakit ati lah. aku suh driver aku g pinjam kat PPN. mujur dapat pinjam. ngn big bos aku pun, sakit otak gak. dia ngadu bilik tak sejuk, so, bila aku suh tukar bilik tkmo plak. sudahnya, since 1st day smpi last day dia merungut. aku pekak kan telinga jelah. bila jumaat tiba, aku lah yg paling gumbira.

ptg tu, aku g umah akak. layan anak2 buah aku yg ganas2 tu. siap tertidur kat umah akak lagik ms tgu dia packing brg utk blk kg ngn aku. penat sgt ler tu. sian akak aku tgu, 2 jam baru aku bgn tido. sori ye kak. lagipun, ms tu abang ipar aku tkde. tu yg aku bersenang ati tido kat umah dia. klu abang ipar aku ada, sorilah. mau aku cabut awal2 kot. heeee.

sabtu pagi, jd baby sitter. jaga anak akak yg ganas tu. akak n hubby dia g sekolah. bz ler plak cikgu2 nih. huh, mmg penat giler layan bebudak yg ganas tu. skali lagik temperature aku naik. ptg tu, g tesco, bwk mak n abah beli barang dapur.

ahad plak, bwk mak g masjid tanah. 2 kali tau g masjid tanah. memula g htr dapur gas utk diservis n cari lauk. pastu balik umah n memasak. tghari, skali lagi g amik dapur gas yg dh di servis plak. mmg penat teramat. mujur sempat tido. bgn tido pkl 4.00pm, sempat basuh kete eh. jgn tak caya. pkl 6pm baru gerak balik putarajya. mujur jalan okeh. pkl 7.30 smpi ptrajaya.

arini, g keje. tp, ada unsur2 malas skit. sbb dh lama tak masuk opis. pagi td, sepagi kat JPA. ada taklimat. pkl 1.00pm abis, balik opis. nih baru nak start buat keje. sok plak nak fly ke Kuching. letih lah..

Monday, April 20, 2009

w.e.e.k.e.n.d.i.n.h.i.s.t.o.r.y

tak best lah weekend smlm. kena keje plak. kat kuala kedah okeh. berapa ratus km tu? ntah, aku pun tak pasti. mmg haru lah weekend aku smlm sbb takleh nk rilek 2 kt umah.

spt yg dijadualkan, sabtu pagi, dlm pkl 11.30am, aku dh bertolak ke Lumut ngn kete opis. tujuan utama kuala kedah senornya, tp kena singgah Lumut sbb bos aku kena bagi talk kat PULAPEL. pkl 3.00pm br smpi Lumut. sementara tgu bos aku settle keje dia, aku melepak2 jer kat PULAPEL tu. tak g mana2 pun. panas lah cuaca kat tepi laut tu. abis muka aku nanti. dlm pkl 6pm bertolak ke alor star. pkl 10.00pm br smpi. terus layan char kue teow. huh, sodap beb. layan kat depan hotel regency. kedai tepi jalan jer, tp best bangat lah. siap makan terus check in n tido. siang tu ada mamat mms gmbr kt aku. pelik lah plak. aku nk amik gmbr dia ms kt LCCT aritu tkmo. macam mahal sgt lah muka tu kan, pastu tetiba mms gmbr kt aku plak. anyway, makasih lah inceek..

ahad pagi, after bfast terus shoot g kuala kedah. layan PTK utk kump. sok. II kat sana. smpi pkl 3.00pm baru abis. so, lps melawat kawasan kat PPN Kedah, terus gerak balik putrajaya. takleh lengah2. sok keje beb. anyway, dlm rushing tu, sempat gak singgah kuala sepetang. bos aku nak layan mee udang. mmg ramai giler org kt kedai tu. mcm majlis kawen plak gamak nya. yg aku tau, kedai tu mmg famous. pernah masuk tv3 pun. so, aku pun layan lah mee udang tu. disebabkan aku tak suka udang, so aku idak ler excited mana nak layan mende tu. ada 12 ekor udang okeh dlm mangkuk mee tu. aku sedekahkan sume kat orang2 disekeliling aku. ada takde pun, aku amik satu jer, just nak rasa. pada aku lah kan, tak sedap mana pun lah mee udang tu. best lagi mee banjir yg mak buat. heheheh. udah ler tpt dia tk menarik ati. aku nih cerewet skit okeh klu bab2 cari kedai mkn. klu kedai tu mcm tk bersih, mula ler aku mcm tk puas ati. mmg penuh org kt kedai tu tp, kotor lah. aku mmg tk suka. rasa geli ler plak. udah ler depan kedai ada longkang besar yg bnyk smpah. dlm kedai plak, atas lantai bnyk sampah2 tisu yg tak dikutip. fuh, tu blm kira servis lagik. udah ler lmbt. adeh2. mujur mood aku bule dikontrol. heheheh..

pkl 12.30am td baru smpi umah. letih lah. tak pasal2 aku keje 7 ari seminggu tau. bos aku ler nyer pasal nih. pepandai jer letak date PTK kat Kedah ari ahad. hangin aku. dah rugi ari cuti. tp, tu laa, dia kan bos. aku nih kuli. so, layan je lah.

sok plak nak g melaka smpi jumaat. pastu aku plan nak blk kg terus lah. amacam? macam best jer kan. mcm mende kat bwh nih.. heheh

Thursday, April 16, 2009

e.x.h.a.u.s.t.e.d

really exhausted lately. last entry, aku kata nk bercuti. sememangnyer aku g holiday ngn family. lokasi nyer, kat sinih..



mmg best sesangat dpt bercuti ngn family. sume nyer bershoping sakan. aku jer yg idak. sebabnya bnyk nk guna duit. sepanjang 2 bln nih aku bnyk outstation. sudahnyer, aku tak beli mende pun. ada takde pun, aku menge'pau' adik, mintak kipas. heheh, sebabnyer teramat lah panas kat langkawi tu. cair make up aku. nih kipas aku tu, comei sgt sbb warna biru..heheh



smpi LCCT pagi ahad, dlm pkl 12.30am. smpi umah, terus tido. next day nyer, aku tak larat nak bangun wat bfast, so g layan bfast kat kedai mamak. hehe, 1st time tau bwk family g bfast kat kedai. slama nih aku masak sendiri. letih nyer pasal..

ptg ahad tu gak, aku fly ke K. tganu. ada PTK 2 hari. aku jd panel interview. landing jer kat airport K.T, dah ada org tunggu. ingat nk terus g tpt penginapan utk tido, bos aku plak ajak layan ICT (ikan celup tepung daa..) hehehe. klakar gak dgr nama ICT tu. 1st time layan mende nih, best gak. cuma, tak baik utk kesihatan lah. sesangat lah oily nyer.heheh. senin pagi, aku belayar ngn kapal ke Pulau Kapas. bkn g hooliday okeh, tp g buat ujian praktikal utk kelasi kapal lah pulak. mujur aku tak mabuk laut. sihat walafiat. siap bule layan nasik ayam hasil masakan chef dlm kapal tuh. (nasik tu kira ujian praktikal gak tau). selera aku makan walaupun kapal tu dilambung ombak. bos aku mmg dah out dah. nih kira 1st xperience aku gak. enjoy lah. banyak mende yg aku blajar. slasa mlm, pkl 12pm baru aku smpi umah.

rabu pagi, masuk opis jap. pastu terus g glami lemi. ada majlis APC kat sana ari kamis. aku jd urusetia. kena susun sijil lah, conduct rehearsal lah. penat tak terkira. mlm, check in kat klana resort sban.layan tido jelah. pagi tadi, terus shoot g glami lemi. alhamdulillah, majlis berjalan lancar. KP pun puji organizer. aku punya risau, yang amat. sbbnyer, takut kena marah ngn bos. bos aku tu suka berleter tak bertempat. hehehe..

pkl 4.30pm, smpi presint 9 udah. letih sesangat rasanya. ptg td, kuar mamam ngn inceek hensem tu. lama dah tak jmpa dia. windu lah plak. ikut plan, dia nak dtg jmpa aku jumaat mlm, sbb aku majook nyer pasal, dia muncul kat putrajaya ptg nih td. hehehe. sorry my dear, jgn pening layan saya yerk.

esok nak g opis. bnyk sgt mende yg tak setle nih. sabtu nak g alor star smpi ahad. layan PTK lagik. senin plak, g melaka. huh, mmg kesian sesangat kat momok ku yg terchenta tu. asik kena tinggal jer. takleh nk manja2 ngn dia. letih lah..rasa macam nak terpengsan pun ader nih..heheh

Wednesday, April 8, 2009

e.k.s.i.t.e.d.n.a.k.c.u.t.i




rasa eksited nak cuti nih. ha la, lama dah tk amik cuti. nih pun patut cuti smpi senin, tp bos suh cancel. so, aku cuti kamis & jumaat sajork. esok mau g langkawi ngn family. kira family trip yg terakhir lah kot b4 aku kawen. (KAWEN? insyaallah, klu ada rezeki). not 2 say aku nk kawen next week, tp pasni tkleh nak buang2 duit dah. kena start saving. cuma nyer, klu pasni ada sesaper ajak g jenjalan, aku on jerk, yg pasti bkn aku yg sponsor lah mcm g langkawi nih. hihihi..akak ada ajak g singapore. aku suh dia sponsor, diam plak minah tu. klu nk i sponsor, mcm tak dapek jer.nak simpan duit lah, mau kawen nih.


next week aku mcm tkde hari utk bersukaria. ahad mlm aku akan amik flight ke K.Tganu smpi slasa. panel interview utk PTK. pastu rabu plak, kena ke glami lemi. stay kat sana 1 mlm. khamis ada majlis APC kt sana. jumaat baru leh lepak skit. sabtu ptg plak, kena amik flight g alor star. balik mlm ahad. senin tu plak, shoot ke melaka smpi kamis. ada bengkel PTK. weekend tu aku plan mau g pesta buku. ada ker org nak temankan aku nih? ntah, adik cam takleh. minah tu nak exam dah. nnti aku pikir eh, saper bule teman aku nih?

ujung bln tu, selasa smpi kamis, aku kena g kuching. layan interview PTK lagi. letih lah, asik travel. takleh layan tv kat umah..sian momok aku tu. takde org nk temankan dia. sian kat aku gak. takleh nk peluk momok dah..

Monday, April 6, 2009

w.e.e.k.e.n.d.y.g.i.n.d.a.h

aku describe kan smlm sbg. weekend yg indah. sbbnya aku dpt jmpa n lepak bersama schoolmate aku ms kt alauddin dulu. syiook sgt. saturday aritu, aku ngn member lagik 2 orang nih g mid valley. jmpa member we all yg keje kt jusco. lepak2 ngn dia kat pizza. penuh selera aku makan. abis diet tau. pastu g memory lane. belikan adiah utk member aku yg sorang tu. br clbrate sebeday yg ke-29 last thursday. tak lupa gak, aku belikan something utk somebody yg tk pernah aku lupa walau sesaat. cuma nya bila dh beli, terpikir plak, bila bule bagi dia mende tu eh? ntah. tkde jawapan.

maghrib br blk putrajaya ngn minah yg 2 org nih. mlm tu aku masak sardin spesel utk sebeday girl sbb dia ngidam nak layan sardin. selera aku makan reramai gitu. abis diet lagik. mlm tu, aku tido pkl 4am sbbnya aku bc novel yg member aku br beli. (nih satu lagi perangai buruk aku, klu dh bc novel takleh berenti)..

sunday morning, pas wat bfast, we all lepak2 kat umah. aku smpt qada tido yg tk cukup tu..heheh. pastu masak utk lunch plak. teruja kengkawan aku ngk aku memasak. aku plak teruja nengok they all mkn. lps zohor, g jusco balakong. cari adiah kawen utk member yg nak kawen next week. sedey gak aku tk dpt g majlis tu nanti. tp takper lah. hopefully ms aku kawen nanti dia bley dtg. ptg tu, lps minum2 kat serdang, we all pun berpisah. memasing blk ke tpt asal meneruskan idup yg blm sudah.

kengkawan aku sume still mcm dulu. perangai ntahapahapa mcm zaman school dulu. naughty, funny & ceria. aku benar2 happy. lama dh tk rasa happy cmni. kengkawan aku yg 2 org tu single mingle lagik. tp, aku kagum ngn they all. sbb hp they all asik bz jer. memasing bz layan sms. mcm tgh bercinta layak nya. sedangkan aku, jgn kan nk dpt incoming call, sms pun idak ader..mcm sedey kan? umpama mcm tkde org yg caring psl aku..tp, nkwat camner. ini lah yg dinamakan kehidupan. kita kena layan sume yg ada dpn mata smpi mata kita terpejam.

Thursday, April 2, 2009

o.l.d.f.r.e.n

lunch hour ms kat opis td aku jmpa old fren aku. merangkap best fren @ adik aku lah ms keje kt sban dulu. dia dtg ptrajaya sbb ada exam PTK. kebetulan opis dia pun berdepan jer opis aku.

suprisingly, minah tu semakin membesar. aku pun terkejut ngk dia. dia apatah lagi.. mmg terkejut bila ngk aku yg dh semakin ramping nih. aku plak layan kebaya arini, lagi lah teruja minah tu. sbbnya we all pun lama dah tk jmpa. last skali awal tahun 2008 kot ms majlis kawen anak x- bos aku. ms tu dia ramping lagik. agaknya senang hati sbb nk kawen, sbb tu jd sihat macam tu.. hehehe. skrg dia plak yg sibuk nk kuruskan badan. mcm tk caya plk.

tapi, aku betul2 terharu ngn dia. ingat lagi dia kat aku n sanggup spend masa nk jmpa aku walaupun sekejap. sedangkan aku dh bnyk kali g sban, tp tk pernah pun cari dia..hehehe..dasat gak aku nih eh..ntah lah, aku nyer keburukan mcm tu la kot. aku tk brapa gemar nk jmpa org, tp klu org dtg jmpa aku, aku akan entertain org tu ngn jayanya..heheh..

aku sangat2 hargai dia. ms kt sban dulu pun, dia baik ngn aku. bnyk share citer2 ngn dia, tak kisah lah, citer psl keje ker, pasal hati n perasaan ker..everything. dia jugak slalu ngn aku masa suka duka aku dulu.. dia nk kawen dah bln 6 nih. aku doakan moga dia bahagia ngn pilihan dia walaupun aku mcm tk brapa gemar ngn pilihan dia tu.. heheheh.. aku plak bila lagik? kekaburan lah plak..

buat bestfren aku kt P.D, hepi sebeday..arini besday dia.

td mak ada call. alhamdulillah, dia dh sihat seperti sedia kala..bagus lah.

Wednesday, April 1, 2009

t.e.r.k.i.l.a.n



aku rasa terkilan sesangat. bilamana mereka tidak memahami diriku, pendirianku dan caraku. telah ku cuba lakukan yang terbaik buat semua. aku sanggup pertaruhkan hidupku & masa depanku hanya utk dia. demi melihat kebahagiaan & ketenangan di dalam dirinya. sedangkan akhirnya aku dicemuh. dikatakan lupa diri dengan apa yang aku ada.

puas ku cuba merenung kembali segala yang telah ku lakukan. minda ku umpama sebuah layar yang menyaksikan sebuah lakonan kehidupan dan pelakonnya adalah aku sendiri. namun, sampai sudah aku tk dapat jawapan. jawapan kepada sebuah pernyataan yang amat menyakitkan. apakah aku yg terlena di dalam sedar atau aku yg alpa dgn kehidupan? salahkah aku menjadi diriku yg sebenar? salahkah aku mengutarakan pendapat hanya kerna aku perempuan? salahkah aku dengan pencapaian yang aku ada sekarang? mengapa dunia tak sudah-sudah menduga aku? apakah semua suka dan tertawa bilamana melihat aku berduka?

sampai bila harusku hadapi kedukaan ini? mengapa terlalu sukar pada mereka untuk memahami diriku ini..