lama dah tk bercerita kat sini. lately angin tk berapa baik. ada jer mende yg menganggu mood aku yg mana akan buat aku marah. susah nak kawal perasaan, sometimes aku 'ter'kasar ngn sesaper di sekeliling. taktau camner nak ubah dah perangai huduh aku nih. cepat melenting. terkadang, rasa menyesal bila dah marah. tapi, bila pk secara rasional, sume mende yg buat aku marah, ada penyebab. bukan aku yg bengong sesajer nak marah. ader jer mende yg menyakitkan ati.
nih, aku dh ada rasa nk marah lagi. aku rasa meluat ngn bos aku. hangin jer. drpd. last week dia buat aku hangin. nih buat hal lagi. aku dh booked hotel dr last week lagi utk g kuching esok. br kejap td, dia call, suh aku book hotel lain plak.cari yg murah, kununnya takde duit nak bayar memahal. mmg ada rasa nak menyumpah dah nih. dia ingat aku nyer keje asik nak layan dia jer ker? pala hotak betul. bkn mahal pun, aku amik crown plaza kat kuching, RM112 per pax. apa lagi yg dia nak. mmg bangang tak bertempat lah. mmg aku tgh marah nih. nama jer gred 48, menyusahkan aku macam budak tadika.
dah ler sepanjang last week aku bengang ngn dia. menyakitkan ati jer. aku tau ler dia peserta bengkel, aku plak organizer. apa barang dia nak menyusahkan aku all d time. yg sebenar2nya, peserta bengkel last week 40 orang. sume pegawai2 gred 48 and above. ramai lagi yg gred 54. tp, takde lah nyusahkan aku mcm dia. org lain sume diam jer. dia plak yg lebih2. sikit2 nak salahkan organiser. pala hotak dia lah. dia lupa agaknya organiser nih pun anak buah dia. bodoh betul. tp aku mmg puas hati bila ada pengarah lain sound dia masa dia salahkan urusetia. pengarah tu siap sound, "Mentang2 jd peserta, sedap2 jer salahkan urusetia yer". Yes, bebeh. i like it. mmg puas hati sesangat ms tu. rasa mcm nk tepuk tangan kuat2. hahaha.
dah lah, malas nk cerita pasal bos aku yg bodoh tu. citer lain plak..
last week, start selasa hingga jumaat aku berkampung kat EVERLY Resort Melaka. best gak hotel tu, tp tak smpt nk menghayati keindahan pantai dia. bz sesangat ler plak. tp, mmg bnyk sgt trouble happened ms tu. since 1st day lagik temperature aku mmg naik. bule kena sakit jantung lah. mlm yg 1st tu, suppose ada taklimat pkl 8.30pm. tp, disebabkan bos aku yg bodoh tu, taklimat terpaksa dilewatkan ke pkl 9.30pm. next day tu plak, clerck aku plak buat hal. dia bwk printer, tp kabel nyer plak takde. camno nak print. aduh, mmg sakit ati lah. aku suh driver aku g pinjam kat PPN. mujur dapat pinjam. ngn big bos aku pun, sakit otak gak. dia ngadu bilik tak sejuk, so, bila aku suh tukar bilik tkmo plak. sudahnya, since 1st day smpi last day dia merungut. aku pekak kan telinga jelah. bila jumaat tiba, aku lah yg paling gumbira.
ptg tu, aku g umah akak. layan anak2 buah aku yg ganas2 tu. siap tertidur kat umah akak lagik ms tgu dia packing brg utk blk kg ngn aku. penat sgt ler tu. sian akak aku tgu, 2 jam baru aku bgn tido. sori ye kak. lagipun, ms tu abang ipar aku tkde. tu yg aku bersenang ati tido kat umah dia. klu abang ipar aku ada, sorilah. mau aku cabut awal2 kot. heeee.
sabtu pagi, jd baby sitter. jaga anak akak yg ganas tu. akak n hubby dia g sekolah. bz ler plak cikgu2 nih. huh, mmg penat giler layan bebudak yg ganas tu. skali lagik temperature aku naik. ptg tu, g tesco, bwk mak n abah beli barang dapur.
ahad plak, bwk mak g masjid tanah. 2 kali tau g masjid tanah. memula g htr dapur gas utk diservis n cari lauk. pastu balik umah n memasak. tghari, skali lagi g amik dapur gas yg dh di servis plak. mmg penat teramat. mujur sempat tido. bgn tido pkl 4.00pm, sempat basuh kete eh. jgn tak caya. pkl 6pm baru gerak balik putarajya. mujur jalan okeh. pkl 7.30 smpi ptrajaya.
arini, g keje. tp, ada unsur2 malas skit. sbb dh lama tak masuk opis. pagi td, sepagi kat JPA. ada taklimat. pkl 1.00pm abis, balik opis. nih baru nak start buat keje. sok plak nak fly ke Kuching. letih lah..
No comments:
Post a Comment