our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 24, 2009

t.a.k.k.e.n.a.l

ahaha.ada apa ngn tittle tu?

ekcely smlm aku fly ke Kota Bharu. pkl 6.00am dh kuar umah. ayam pun blm mangun aku dh mangun tau. pkl 9.00am, aku dh smpi K.B. layan interview PKS kat sinun. alhamdulillah, tkde probs sgt. dlm pkl 2.00pm, settle sume nyer. pastu g mamam jap ngn geng2 opis K.B. pastu, aku bergegas ke airport ngn harapan yg tinggi melangit. kunun nya bule dpt flight pkl 4.35pm. aroud 3pm, aku g kaunter. awek kaunter tu suh aku daftarkan nama utk waiting dulu. "pkl 4pm dtg balik yer", kata minah tu kat aku. so, after solat n lepak2 jap kt surau, aku muncul semula kt kaunter. tgu nyer tgu, smpi pkl 4.30pm, tetiba dia bgtau, "sori cik, flight penuh"..wargh, hampanya harapan aku yg tinggi melangit tu..

so, aku terus bwk diri duk kat kerusi dpn kaunter. suddenly ada somebody yg dh separuh abad duk sblh aku. dia ajak aku sembang2 plk dah. aku pun layan jelah, demi menghormati org tua kununnya. borak nyer borak, tetiba dia tnya aku, "dari mana ni". so, aku jwb, "sy dr putrajaya". then, he asked me again, "keje kat mana?". aku jwb ringkas jer, "DOF".."oh, saya kat MOA", katanya."Really, which departmen?" layan aku lagik. "I, TKSU", dia jwb. dlm ati aku, oh, my god. betapa kecik nya dunia. apsal ler aku tak kenal TKSU sendirik. ahahah..mujur dia jenis slamba. klu idak, bule mati terbunuh aku. betapa aku tk kenal dia eh. klakar tul. pastu, aku terus layan magazine yg aku beli. malu dh nk borak ngn dia. ehehe..

moral of d story, lenkali @ bila2 pun, jgn try wat perangai tk senunuh dpn org yg tak dikenali. takut2 dia org yg hampir ngn kita..ahaks, mujur aku control ayu jer sepanjang layan borak ngn dia..

Tuesday, July 21, 2009

l.a.y.a.n

mlm td aku ngn inceek hensem tu layan dinner kat kelab tasik putrajaya. dia mengotakan janji nya nk banjer aku mamam sbb dh dpt increment. best gak layan mkn kat situ. layan mamam ikan siakap. sedapnyer..cuma, yg tk bestnya sbb baju aku tk cukup cantik. aku just pakai t-shirt & jeans. baju yg selayaknya utk g mamam kat kedai mamak.hehehe. aku pun taktau yg dia nk bwk aku g situ. klu tau, bule lah vogue skit..

inceek tu bgtau, dia dh bg kat mak dia cincin risik aku tu. mak dia komen katanya, "cincin tu mcm cincin tunang jer. tak mcm cincin risik pun." mak dia kata, "naper tk beli cincin belah rotan?". adeh2..alamak,kan dh kena soal bebanyak . nih yg maleh nih. nmpknya pasni klu nk beli brg apa2, kena ada inceek hensem tu lah. tkleh decide sendiri. mcm yg aku pernah kata, skrg nih bnyk hati yg perlu dijaga. aku takut kalau2 ada mende yg aku buat nnti, tk menyenangkan ati mana2 pihak..

mlm td, inceek tu janji nk jaga aku sampai akhir hayat. sebabnya, aku kata kat dia, aku pilih dia sbb aku yakin dia bule jaga aku.

moga bahagia ini berterusan hingga ke akhirnya.

Friday, July 17, 2009

o.u.t.s.t.a.t.i.o.n

outstation meaning aku akan berjauhan ngn dia. alah, mesti windu nyer..yup, i'm really miss him rite now.

aku bersiaran dari a'famosa resort melaka nih. ada retreat kat sini. mlm smlm check in. stay kat sini smpi sunday morning. arini td, dh seharian layan retreat. bnyk plk lagi mende yg tk siap. hohoho. ingatkan bule berehat. nmpknya idak lah plak. mlm ni kang sambung retreat lg.

tpt nih pun quite ok. tp, klu nak jadikan location 4 honeymoon, i dun think so lah. nice room but nothing interesting. no beaches lah. frankly speaking aku impikan honeymoon yg menarik jiwa. santai ngn hubby kt pantai, layan sunrise @ sunset. pastu lagi best klu leh wat aktiviti laut like round island ker, snorkling ker. hehe, macam reti swimming kan. apa daa..tp takper, aku condifent jer. sbb hubby aku nnti pandai swimming. nnti leh follow dia jer. aku pernah snorkling kat redang island. masa tu aku follow jer member aku yg pandai swimming so, bule lah aku layan gak keindahan dlm laut tu.. opps, apsal citer psl honeymoon plak nih..mcm tk lama dah eh?..hehe

tp, yg pastinya aku nk honeymoon kt australia. aku nk jadikan impian incek tu kenyataan. dia pernah bgtau perkara nih kat aku sblm nih. not sure samada aku yg bwk dia @ dia yg akan bwk aku. hehehhe..tak pun, bwk jer diri masing2 pun orait gak. ahahah..apa2pun, tertakluk pd ekonomi lah. klu ada rezeki, mmg aku berhajat ke australia. i want 2 make sure one day his dream will come true..

Wednesday, July 15, 2009

h.o.p.e


mlm td, g layan movie ngn inceek hensem tu. ice age 3. best lah citer tu, cuma aku kurang gelak dah. naper? ntah. maybe aku nyer momentum gelak dah kurang kot. org lain dlm panggung beria2 gelak, aku just senyum jer. gelak pun tk semeriah dulu. apsal?

abis movie, g diner. lepak ngn inceek tu sambil bual kosong. bnyk gak isu yg dibincangkan. antara nya mestilah berkaitan ngn our future life. satu mende yg buat aku terharu, pabila inceek tu kata, dia cuba cari seorang isteri yg bule jaga parent dia. then, when i asked him, "have u found that girl?" he said, "yes..". katanya, bila dia tgk cara aku jaga mak & abah, dia harap aku bule lakukan perkara yg sama utk parent dia.

oh my god..i'm really suprise wt him. that reason never come across my mind. rasa terharu sangat sbb dia letakkan kepercayaan itu pada aku. terasa besar tanggungjawab yg menanti aku di hari kemudian. aku pun, sbnrnya tknk parent dia rasa kehilangan. aku nak hadir dlm family mereka sebagai pelengkap, bukannya menjadi penyebab kepada kepincangan. i know that he's d one that his family rely on. so, i'm really hope that his family will accept me as a member of his family.

to him, dun wory my luv. i'll try my best 2 treat ur parent same as what i did to mine.

Tuesday, July 14, 2009

k.o.m.i.t.m.e.n



komitmen..meaning dia apa eh? ntah lah. tkleh nk pikir skrg nih. tp, aku rasa happy sesangat sbb inceek hensem tu dh mula menunjukkan komitmen nyer. haa, komitmen maksudnya serius daa. baru terpikir.

ahad lepas, inceek hensem telah memberanikan diri utk berjumpa ngn parents aku. dia dtg umah kununnya nk jmpa mak n abah. tp, abah ada hal plk terpaksa kuar. emak plak, malu2. ajak layan makan pun tkmo. sudahnya aku yg layan dia lunch. aku masak lauk simple2 jer. sebabnya, aku tak ready sangat lah sbb aku assume dia tk jd dtg. suppose dia contact aku utk confirm ari sabtu mlm, tp dia just call aku utk confirm at 10am sunday morning. so, nothing much can be prepared, yg ada lauk simple2 jelah.

lepas lunch, g pekan. kunun nak cari cincin utk majlis merisik 8.8. nih. kedai tutup plak. adeh2..sudahnya, incek hensem tu bg aku duit suh aku g beli sendirik ngn mak since smlm aku cuti. so, we all g umah akak sbb akak nk sgt ngk gerangan yg bertahta di hatiku yg chuumeel nih. akak kata, dia hensem, muka suci. hihihi..gelak aku dgr. tp, mmg betul pun dia hensem. klu nk banding ngn aku kira mcm tak padan pun. tp, nkwat camner. dah aku kurang kecantikan..what to do?

so, smlm, lepas temankan mak g check up kt specialist kat bandar, we all g cari cincin. dapat lah sebentuk cincin yg cantik. harga pun murah jer. baru rm215. tak abis duit rm300 yg inceek hensem bg tuh. cuma, aku ada sikit rasa terkilan lah. sebabnya inceek hensem takde sama utk bantu aku buat pilihan. mak plak, mmg lepaskan pd aku utk decide. aku tertarik gak ngn cincin bentuk butterfly tu, tp, takut inceek hensem kata aku tk matured plak. tp, takper lah. utk merisik jer. bg aku, tkyah mahal2 sgt. takut nnti jd kontroversi plak. bnyk pihak yg perlu dijaga hati skrg nih..

apa2 pun, mmg aku salute ngn inceek hensem. hebat gak dia. brani dtg jmpa mak n abah. klu aku pun, belum tentu aku sanggup buat camtu. aku nih penakut skit. frankly speaking, aku takut sbnrnya nak melalui 8.8.09. cemas lah plak.makin dekat tarikh tu, makin aku takut. sblm nih aku yg beria2 ngn penuh semangat. tp, bila inceek tuh dah ready, aku plak yg gabra. selalu gak aku terpikir, camner aku nk tempuhi 8.8.09 nih. huh, payah gak nih..

Thursday, July 9, 2009

b.z. a.g.a.i.n

lama jugak tak layan mende nih. komitmen membuatkan aku takde bnyk masa utk leisure. yup, jadual aku agak padat. ngn keje n also personal life. klu hari2 biasa aku sibuk ngn keje, klu weekend plak, asik blk kg. so, not enough time 4 own self.

oo yer, last friday sesudah merasa terluka ngn keadaan, aku rasa tenang kembali. semua nya akibat salah faham antara aku ngn dia. pabila bercerita ttg kesempurnaan & kecantikan, mmg aku surrender. mungkin aku yg sensitif @ aku yg tersalah phm ttg sms yg dihantar. but, no matter what, aku harap sume dapat menerima aku seadanya. terlalu bnyk kekurangan pada diriku.

last monday, aku fly lagi. again, aku ke alor star. lokasi utama, sintok. stayed at EDU UUM. not bad tpt tu. layan meeting kat sana. ptg nyer, sempat g bukit kayu hitam. my first visit lah. but, nothing interesting there. i didn't buy anything. on tuesday, they brings us 2 centre of fruit @ sintok utk layan local fruits. so many local fruits including durian, manggis, langsat n rambutan. oh my god, i don like all these fruits. in fact d smell make me..but, i have no choice. just sitting 2gether with all of them n watching.

tuesday evening, i reached klia. at nite, i used 2 have dinner wt him.

ekcely my mom ada kat umah. risau gak, takut dia rasa borink since my sister n me bekerja. anyway, today my sister take a leave. me plak, take leave tomorrow.

Friday, July 3, 2009

p.e.r.f.e.c.t & b.e.u.t.y

belum puas aku nikmati bahagia suddenly mendung berarak jua. hati menjadi sayu tiba2. manakan tidak, dia membuat pernyataan bahawa betapa dia tak nampak keistimewaan yg ada padaku. ujarnya, dia dah biasa dengan kesempurnaan & kecantikan. lantaran itu, pabila bersama ku dia mengharapkan perkara yang sama.

ohh my god. mudah jer air mata mengalir saat itu. aku jadi hiba. mengapa perlu dipersoalkan keistimewaan ku sedangkan bagiku, tiada yg special ttg diriku ini. aku hanya seorang perempuan yg berusia 29 tahun yang sedang berusaha utk menggembirakan kedua mak n abah. aku lah insan yg blm ada kesempatan utk menikmati bahagia slps dia pergi satu masa dulu. hasratku ingin menumpang kasih padanya, namun tatkala dia menyatakan hakikat ttg kesempurnaan & kecantikan, tahulah aku betapa kerdilnya aku.

aku tidak memiliki kecantikan, jauh sekali kesempurnaan. apa yg boleh aku lakukan? nothing. it's beyond my control 2 be perfect & look beauty on his eyes. sudahnya, aku hanya mampu berserah. mengharapkan moga ada bahagia buatku..buat dia, maafkan aku di atas ketidaksempurnaan ini..

smlm, aku g Kangar. ada meeting kat sana. amik flight pkl 8am dari KLIA & balik semula putrajaya pkl 5.00pm. malam td, g dinner ngn dia. semuanya nampak seperti sediakala. antara kami bagaikan tiada apa yg berlaku walaupun mlm sebelumnya aku merasa terluka dgn pernyataan darinya ttg kesempurnaan. ah, klu 10 tahun yang lalu, mungkin aku dh melenting, bergaduh dgnnya. tp, malam tadi aku cuba cool. selaras dgn usia yg semakin meningkat, membuatkan aku semakin tenang & rasional. bagiku, tak perlu dipaksa andai hati tak suka. aku boleh paksa dia utk kawen ngn aku, ttpi aku tak boleh paksa dia utk suka kat aku. betul tak? terpulanglah. bagiku, aku terima dia seadanya. kasih aku padanya pun ikhlas..selebihnya, aku serahkan pada dia utk buat perhitungan..