belum puas aku nikmati bahagia suddenly mendung berarak jua. hati menjadi sayu tiba2. manakan tidak, dia membuat pernyataan bahawa betapa dia tak nampak keistimewaan yg ada padaku. ujarnya, dia dah biasa dengan kesempurnaan & kecantikan. lantaran itu, pabila bersama ku dia mengharapkan perkara yang sama.
ohh my god. mudah jer air mata mengalir saat itu. aku jadi hiba. mengapa perlu dipersoalkan keistimewaan ku sedangkan bagiku, tiada yg special ttg diriku ini. aku hanya seorang perempuan yg berusia 29 tahun yang sedang berusaha utk menggembirakan kedua mak n abah. aku lah insan yg blm ada kesempatan utk menikmati bahagia slps dia pergi satu masa dulu. hasratku ingin menumpang kasih padanya, namun tatkala dia menyatakan hakikat ttg kesempurnaan & kecantikan, tahulah aku betapa kerdilnya aku.
aku tidak memiliki kecantikan, jauh sekali kesempurnaan. apa yg boleh aku lakukan? nothing. it's beyond my control 2 be perfect & look beauty on his eyes. sudahnya, aku hanya mampu berserah. mengharapkan moga ada bahagia buatku..buat dia, maafkan aku di atas ketidaksempurnaan ini..
smlm, aku g Kangar. ada meeting kat sana. amik flight pkl 8am dari KLIA & balik semula putrajaya pkl 5.00pm. malam td, g dinner ngn dia. semuanya nampak seperti sediakala. antara kami bagaikan tiada apa yg berlaku walaupun mlm sebelumnya aku merasa terluka dgn pernyataan darinya ttg kesempurnaan. ah, klu 10 tahun yang lalu, mungkin aku dh melenting, bergaduh dgnnya. tp, malam tadi aku cuba cool. selaras dgn usia yg semakin meningkat, membuatkan aku semakin tenang & rasional. bagiku, tak perlu dipaksa andai hati tak suka. aku boleh paksa dia utk kawen ngn aku, ttpi aku tak boleh paksa dia utk suka kat aku. betul tak? terpulanglah. bagiku, aku terima dia seadanya. kasih aku padanya pun ikhlas..selebihnya, aku serahkan pada dia utk buat perhitungan..
No comments:
Post a Comment