seminggu yg berlalu penuh ngn suka duka. ada perkara yg indah utk dikenang, tak kurang juga perkara duka yg bila dikenang mampu mengundang kesedihan. itulah yg dinamakan kehidupan. semakin meningkat usia semakin bnyk cabaran yg harus ditempuh. tanpa iman dan ilmu, tak mungkin dapat ku hadapi semua cabaran..
ptg isnin yg menggusarkan..sedey sbb takleh nk cuti even cuti dh approved. ada meeting plak. mujur dlm senja yg sunyi aku jumpa dokumen yg hilang. syukur tak terhingga kepadaNya atas nikmat yg diberikan..
malamnya, usai diner ngn tunang tersayang, ada episod sendu yg berlaku. tak pasti apa puncanya, tiba2 keadaan menjadi tegang. keduanya seakan tk mahu mengalah. aku pulang dengan kehampaan. terkadang terlintas difikiran, salahkah menjadi seorang aku? apakah aku yg mudah alpa @ org diluar yg mudah membuat kesimpulan ttg siapa aku sbnrnya..tiap kali sesudah solat, aku tk pernah lupa berdoa kepadaNYa moga aku tk lupa diri. moga dia sentiasa menjadikan aku seorang yg ikhlas dan jujur pada sebuah penghidupan. aku cuba sedaya upaya menjadi yg terbaik buat semua hinggakan ada kalanya hati terluka. namun, itu tk pernah cukup. terkadang apa yg ku lakukan semuanya menjadi tk kena. inilah yg dinamakan cabaran dalam hidup. selagi bergelar manusia, selagi itu bakat kesabaran harus dipamerkan. biar mata yg melihat mengagumi apa yg ada pada zahirnya sedang dihati terpendam kedukaan..
kamis ptg, saat yg ku tunggu tiba jua akhirnya..alhamdulillah syukur tak terhingga apa yg aku impikan selama ini menjadi kenyataan. usahaku selama ini membuahkan hasil. juga terima kasih tak terhingga buat semua yg bnyk membantu aku selama setahun setengah ini. juga terima kasih tk terhingga buat dia yg menjadi sebab utama penghijrahan aku..
masih segar diingatan, 3 tahun nan lalu..tatkala bercerita ttg masa depan, dengan gaya bersahaja dia berkata yg dia tkmo menjadi teman hidupku sekiranya aku dan dia masih dibawah bumbung yg sama..aku akur dengan permintaan dia. waktu itu, antara tersepit ngn desakan kedua orang tua dan rasa kasih yg mendalam terhadap dia, buatkan aku berazam melakukan yg terbaik..itulah aku..dan akhirnya pada hari ini,inilah apa yg berlaku padaku..mungkin agak terlewat utk aku memulakan sesuatu dalam hidupku, namun bak kata pepatah, it's better late than never..so, that's why i'm here...
hari ini..aku masih aku yg dulu. seorang insan yg dikurniakan dengan pelbagai perasaan. terkadang ada rasa bahagia yg menjelma. jadilah aku seorang periang. namun, pabila rasa duka mendatang itulah aku yg penuh kedukaan. dalam bahagia, aku masih tercari2 sesuatu.. terasa hidup masih belum sempurna. apakah aku terlalu muda utk menikmati kesempurnaan itu @ sememangnya kesempurnaan itu terlalu jauh utk ku gapai..
Selagi bergelar manusia, selagi itu pencarian belum smpi ke penghujungnya..
1 comment:
Sayang...feeling nyer...abg akui salah abg...mohon ampun dan maaf jika menguris keceriaan dan kegembiraan sayang...
Post a Comment