arini nk citer pasal health & medical lah. wah, macam doktel la plak. hahah. ada gak impian masa kecik2 dulu nk jd doktel, tp tk kesampaian la plak. sbb nya, ms form 4 takleh nak join kelas sains. cikgu suh aku teruskan kelas agama. layankan ajer subjek syariah, quransunah & bahasa arab. huh, mujur tak jadi ustazah. hehehe
last tuesday, ada kempen derma darah kat opis. dalam ati, terdetik gak nk menderma. tapi, takleh nk amik risiko sbb ptg tu aku dh janji nak kuar ngn adik g KL. kang tetiba aku pitam plak, tk pasal2 jerk. so, aku isi borang utk derma darah then queue utk blood test & amik berat badan. lps tau jenis darah aku terus blah g kaunter check tulang plak. oh, darah aku jenis B yer. so, klu anything happen 2 me after this, sesaper rasa nk derma darah tu bule la. oh, tp sy dh ada donor seumur idup. inceek tunang la. dia darah jenis O.
eh, jap. nak attach kan sifat peribadi seseorang based on jenis darah..
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
hahah, klu refer pada notes yg aku jumpa tu, mmg ada gak persamaannya. so, utk inceek tunang, tolong la pahami saya. tunang mu ini mmg dilahirkan utk berdarah B yg mmg terkenal ngn SEMPOInya. hikhikhik..
ohow, continue plak citer pasal check tulang tadi. result pas buat check tulang tu, dikatakan keadaan tulang aku okeh lagi. blm smpi tahap negatif pun. cuma nya, bilamana usia aku dah mencecah 30-an nih, kena maintain kan la rate 0.5 tu. sbb klu tak jaga, ada harapan bule dapat osteoprosis. itulah ayat incek hensem yg mengeksplenkan kat aku aritu. so, advice dari dia, aku kena minum susu 2 gelas sehari, banyakkan exercice, kurangkan minuman berkafein & lakukan pemeriksaan tulang secara berkala. oh, tak sia2 aku g wat check up aritu. dapat gak ilmu pasal nk jaga tulang nih. tapi, bab nk minum susu tu ada rasa macam nk nangis skit la..i hate susu too much u know. camner nak minum susu 2 gelas nih. hadoiiii..masa kat tadika dulu, aku siap buang lagik secawan susu yg aku dapat masa break (tiap2 ari plak dapat susu, tak suka tau). tu jugak la antara sbb aku lari dari tadika. sbb kena paksa minum susu oleh makcik garang yg gumuk. sbb dia garang & gumuk tu la buatkan aku yg cekeding masa tu menjadi takut yg amat, smpi kan aku lari dari tadika.poyo ah.. takmo..takmo minum susu. nih, umur dah 30 pun kena minum susu. tulun2. camner nih. kena mulakan azam baru la nmpk nya nih.
takper2, skrg nih aku tgh cuba susu anlene pek kecik tu. ha, nk minum mende tu pun ada syarat tau. susu tu mesti susu perasa cokelat, pastu kena masuk peti ais dulu. kuar peti ais masa sejuk2 tu jugak kena minum. klu idak, no.. no.. no.. no..
banyak songeh kan aku nih. tapi, tu aa, org jenis darah B nih mmg SEMPOi..kihkihkih..
moral of d story, sila lah minum susu klu takmo dapat osteoprosis..huahuahua
No comments:
Post a Comment