seawal hari pertama ramadhan tahun nih, akal nakal aku dah berkata bahawasanya aku tidak akan bangun sahur memandangkan aku lebey sayangkan tido aku dari makan. bagi aku, adalah ujian yang agak besar utk membangunkan diri seawal jam 5 pagi sewaktu ayam masih tido utk bangun mengisi perut. huahuahua. bule ada rasa mau nangis la klu kena mangun sahur. akal nakal aku berprinsip sedemikian dengan confidentnya memandangkan tahun nih dah ada somebody yg bley menemankan adik utk bersahur.
klu tahun2 sebelumnya, sebagai kakak yang mithali, aku gagahkan mata yg tk berapa nak gagah utk mangun pepagi semata2 utk temankan adik bersahur. tak smpai ati beb nak biarkan minah tu sahur sensorang. kira aku nih kakak penyayang ler kan. duhai adikku, ko takkan terjumpa orang lain sebaik kakakmu ini. heheh..
so, mulai pagi pertama ramadhan, bilamana adik kejutkan aku utk mangun sahur, aku dah geleng pala tanda takmo mangun. itula sekali dia kejutkan aku. utk pagi2 yg lain, dia paham dah betapa kakak cumel dia nih mmg sayangkan tido dari makan. so, tak de dah dia kejutkan aku. sikap nakalku yg takmo mangun sahur nih membuatkan aku pernah tak terjaga langsung utk minum seteguk air. bukak2 mata dah pkl 7am. ngan hati yg kelat, aku hanya mampu pandang botol air keluaran tupperware bersama pandangan terkilan..sedey sangat tak smpt minum air tau..hukhukhuk
tetapi, betapa vangga nyer dalam diri bila aku berjaya membangunkan diri sewaktu bersahur ngan mak kat umah menjelang pagi ke-4 Ramadhan. ngan mata yg separuh terpejam, walaupun dah g cuci muka & gigi, aku gagahkan jugek utk menyuap nasik. sekali jer mak aku kejutkan aku dah terbangun. bukan apa, ikutkan ati yg rawan aku mau tido sampai ke pagi. tak makan pun takper beb. tapi, aku takkan bule tahan nyer dengar mak aku menyanyi. ayat chenta dia yg aku dah bule hafal dalam bulan ramadhan, " bukannya mak suh ko mangun masak, suh mangun makan pun payah"..hohoho, itu ayat chenta dia kuarkan bila aku liat mau mangun pagi. alhamdulillah, sepanjang 3 hari bersahur ngn mak kat umah, ayat tu blm terucap lagi.
aku dah jadi baik kan? huh, macam tak caya ngn diri sendiri. bukan apa, selain usia yg semakin dewasa (chewah, ayat tak hengat), sebenarnya tahun nih aku ada rasa tanggungjawab terhadap mak waktu nak bersahur. macam tahun2 sblm nih, aku ada adik yang akan mangun sahur ngn mudah. so, klu aku mangun lambat pun takde hal. dan dah jadi kebiasaan, adik akan tlg mak utk kejutkan aku klu mak nyer kejutan tak berhasil. tahun nih, disebabkan adik dah kawen, dia tak balik kg bersama aku. so, hanya aku sorang jer anak mak yg temankan mak & abah bersahur. sbb tu la aku terpaksa menggagahkan diri utk mangun walau ngn mata separa terbukak. heheh. waktu bersahur tu, terbit gak rasa sayu. yelah, takde saper pun yg temankan mak n abah. kalu hari bekerja, aku akur memasing bekerja, takde masa nak jenguk mak n abah. but, bila weekend pun, takde yang sudi nak balik utk temankan mak n abah bersahur & berbuka. ini lah agaknya yang dikatakan, "mak abah boleh besarkan anak 5 orang, tapi anak 5 orang tak mampu nak senangkan ati mak n abah" (bil. 5 orang digunakan merujuk kpd aku 5 beradik jerk)..
atas kesedaran itu jugak buatkan aku dengan rasa confident terus shoot ke kg lps waktu keje jumaat aritu. biarpun mata rabunku ini terpaksa melayan hujan dan kepekatan malam, aku gagahkan jugek. seboleh2nya aku takmo ada rasa sedey pada mak n abah. tapi, hati orang tua lagikan sensitip dari hati org yg sedang berchenta. sepanjang aku temankan mak n abah bersahur & berbuka kt kg, ada gak aku dgr mak mengeluh, "takde saper pun nak balik temankan mak berbuka. anak yang dekat pun tak sudi nak balik. klu ari keje lain lah. nih hari cuti pun tak bley nak balik.". aku tahu maksud kata-kata mak tu. cuma, aku bukanlah anak feveret mak yg mampu menggembirakan dia dengan kepulangan aku. aku pulang dengan harapan utk mengisi kesunyian dalam umah, tapi klu kepulangan aku tak memadai, apalah daya aku sebagai anak yg bukan feveret. sejak kecik dulu aku merupakan anak yg nakal, bukan anak harapan pun. baik dari segi pelajaran mahupun bab2 lain. kalu time mak abah kena g sekulah utk amik report card aku, confirm cikgu2 aku akan bgtau mak n abah yg anak pompuan dia nih nakal, tak concentrate pada pelajaran & banyak main2 dalam kelas. then, bila sampai umah, mak & abah akan berleter pada aku. mende tu aku masih ingat smpi sekarang. cuma, mungkin dah tertulis rezeki aku dapat menjejakkan kaki ke universiti dan dapat keje yg bagus.
utk mak n abah, maafkan anakmu ini sekiranya anakmu ini tak mampu membahagiakan mak n abah sebagaimana anak2mu yang lain..aku tak berdaya utk memaksa yg lain utk pulang menjenguk mak n abah klu memasing punya alasan tersendiri.
dalam situasi sebegini, aku tak salahkan takdir bilamana jodoh aku masih belum tiba..
No comments:
Post a Comment