ekcely sumer dah dalam mood raya. kat opis, dh semakin sunyi. ptg nih tgk anak bulan, so b4 isyak mlm nih akan dapat tau la bila sbnrnya tarikh raya samada esok @ lusa. tahun nih aku tk excited nk beraya lah. naper erk? aku pun taktau. aku rasa biasa jerk. takde rasa excited nk balik kg pun. layan jer keje. jgn tak caya, tahun nih aku tak amik leave b4 raya. yup, aku akan bekerja smpi esok. lps keje baru balik kg..maybe sblm nih, masa apply cuti raya tu, aku kenangkan cuti yg dah tk bnyk. sbb tu sanggup keje smpi ari sblm raya. tapi, arini plak, aku ada rasa macam takmo balik udah. rasa jauh ati kot..hehe. macam tak caya jer kan, org yg ganas & sempoi mcm aku nih ada rasa jauh ati. nama jer ganas, hati pink beb. hikhikhik
aku hanya seorang manusia biasa yg dikurniakan olehNya dengan pelbagai rasa didalam. sbb tu, bila ada perkara yg bersangkutan dgn aku, aku jadi sensitif. tambah2 plak lps adik kawen. serius aku rasa sunyi. life aku dh tk macam dulu. klu dulu, aku slalu bergelak ketawa ngn adik. sumer citer we all bule share sesama, tapi skrg nih, klu balik umah pun aku bnyk abiskan masa utk diri sendiri. susah dah nk ngk aku bergelak ketawa dalam umah. ada tak ada pun, aku harapkan incik tunang utk buatkan aku bergelak ketawa.
ikutkan ati, mmg aku nk kuar sgt dah dr umah adik. nak menyewa sendiri. tapi, apakan daya. smpi arini aku masih blm dapat umah. segala usaha yg aku lakukan blm menampakkan hasil. ada waktunya aku rasa exhausted. tapi, aku tk bley nkwat apa.
last sunday, ari yg amat menyedihkan. aku rasa sedey sangat bila abah pertikaikan pasal plan cuti raya aku n adik. ekcely, adik nk balik rabu pagi, manakala aku akan balik ngn hubby adik kamis ptg. aku tak mempengaruhi sesiapa dalam buat keputusan nih. aku pun tk pernah nk campur urusan adik n hubby dia. bila adik bgtau yg dia akan balik dulu n hubby dia mau ikut aku balik ari kamis nih, aku diam jelah. Diam tanda setuju okeh..
tapi, rupanya abah tak setuju. aku pun taktau apa butir bicara antara mak n adik, cuma adik bgtau abah tak benarkan adik balik dulu n tinggalkan aku n hubby dia kat umah. aku paham maksud abah. aku pun bukannya budak kecik yang taktau nak bezakan antara hak & batil. bila aku dgr adik kata mcm tu, terus aku rasa pilu. terasa betapa aku menyusahkan org lain. terasa seakan aku jadi bebanan pada adik n hubby dia.
slama ni aku bayangkan bila adik dah kawen, masalah akan setle tapi rupanya tidaklah begitu. aku ingat lagi, dulu aku pernah gaduh besar ngn mak sbb mak suh aku bertunang tapi aku takmo. sampaikan mak kenakan syarat adik2 aku tak bley bertunang selagi aku tak lepas. then, terpaksalah aku memaksa incik tunang utk bertunang ngn aku semata2 nak bagi laluan utk adik2 aku. alhamdulillah, daripada paksaan akhirnya hati incik tunang terbukak juga utk aku. then, bila bab nak kawen pun sama, aku terpaksa pujuk mak utk benarkan adik kawen dulu. alasan mudah, aku mau g kursus sblm kawen. (sedangkan masa tu aku mmg dah rasa bersedia sgt nk kawen. masa majlis adik tu pun, hati aku berkata2, "patutnya arini aku yg berkawen"..hehe. betapa ready nya aku nak kawen masa tu) so, kawen lah adik aku tu. dah bahagia pun dia ngn hubby tersayang. now, aku jugak yg merana. bukan aper, masih tak dapat umah lagik. terpaksa menumpang di umah adik. abah plak tk setuju. maybe dia pk aku tak serius mau blah dari umah adik. hadoiii, bukan senangkan nk bahagiakan ati semua org. sbb tu aku rasa exhausted sangat2..
tak cukup dgn perkabaran itu, pada sebelah paginya mak dah bgtau aku yg abah tak bayarkan zakat fitrah utk aku. nih pun buatkan aku rasa pilu yang amat. seumur idup aku, aku tak pernah bayar sendirik zakat fitrah okeh. lps dah pegang duit sendirik nih, mmg tiap2 tahun aku akan bagi abah duit utk bayarkan zakat utk sumer yang berkaitan. so tahun nih pun niat aku masih sama. mau bagi abah duit utk bayar zakat. namun, blm smpt aku suarakan niat aku tu, mak dh bgtau yg abah suh aku bayar sendirik. abah hanya bayar zakat utk mak jer. aku taktau naper abah buat aku camni. apa salah aku pada dia sbnrnya. serius aku taktau. udah la sblm nih, incik tunang ada bercerita yg dia bayarkan zakat utk parent dia. pun sama, dia tak bayarkan pun untuk aku. yang aku tk bley terima, dia citer kat aku, dulu dia bayarkan zakat utk ex-tunang dia. tapi, naper bila ngn aku dia tak bayarkan? sbb aku keje poyo ker? sbb aku ada gaji poyo ker? ntah. aku takde jawapan.
apa2pun, one thing yg aku bley belajar dari situasi ini, aku kena terus berdiri atas kaki sendiri a.k.a berdikari. aku tak bley nak harapkan sesaper dah. never ever okeh. aku kena blajar utk bahagiakan diri sendiri..
lps puas nangis mlm tu, incik tunang bgtau yg dia dah bayarkan zakat utk aku last friday. thanks 2 him..
not 2 say aku tak mampu nak bayar zakat tu. stakat rm7 kan, makanan yg kita beli seharian pun lebey dari itu. cuma, ada rasa pilu bilamana takde saper dah nk tulung g bayar utk kita...
“Jika engkau telah tunaikan zakat hartamu, maka engkau telah menghindari kejahatannya daripadamu.”
(Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim)
“Sesungguhnya Allah telah memfardukan zakat sebagai pensuci kepada harta.”
(Riwayat Al-Bukhari).
No comments:
Post a Comment