our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 14, 2011

a.k.h.i.r.n.y.a

argghhh, tak lama dah. tgk kat sticker tinggal lagik 2 minggu 3 hari. muahaha. semakin hampir nampaknya dah sehingga kini aku masih belum berperasaan. bley?

progress terkini, sedang menyiapkan cenderahati utk vip.
Tinggal separuh jer lagik. Dalam masa terdekat nih insyaallah bule siap la. Lps siap mende nih, bule la hati jadi gumbira.

Sekarang mmg dalam proses menjemput orang ramai utk hadir ke majlis daku nnti. Dengan teknologi yg ader, jemputan dibuat melalui FB pun voley, pos lagik, sms pun voley dan special delivery by hand bg yg bernasib baik la.

Bila dah menjemput, pelbagai reaksi yg aku terima daripada diorang yang ku jemput. Paling mahal rasanya, bila ayat diorang “akhirnya…”. Erm, aku kena akur ngn kalimah tu, kan. Klu mereka yg kenali aku sejak tahun 2004 mmg dah tahu citer antara aku dan dia. Memang we all sama opis dulu. Pernah rapat like couple..sedangkan hakikatnya masa tu aku dalam kekeliruan melayan sikap dia yang sukar untuk dijangka. Sudahnya, selalu jugakla aku nangis bila hati jadi sakit, jadi hampa.

Memang masa tu, ikutkan ati aku mahu pergi jauh dari dia. Pergi bawak diri meninggalkan dia kat sini. Tapi, bak kata orang “takdir penentu segala”.. itu yang terjadi pada kami. Walau sejauh mana aku lari @ dia menghilang, akhirnya inilah kami.

Lagik 2 minggu jer aku & dia akan disatukan. Impian yang dah lama sangat aku simpan. Sebagai perempuan apalah daya untuk aku memaksa dia menerima aku, kan. Tak dinafikan aku pernah memaksa dia menerima aku satu masa dulu. Aku sanggup memperjudikan nasib untuk berkahwin dengan dia semata2 mahu merealisasikan hajat mak & abah. Masa tu mmg aku takde pilihan lain. Puas aku memaksa dia, namun jawapan nyer tetap sama. Dia belum bersedia. Sudahnya, aku & mak tak bercakap selama sebulan. Masa tu, hati aku mmg hiba sangat2. Aku taktau nk mengadu pada siapa. Hanya pada DIA aku berserah. Tak putus doa ku panjatkan agar DIA tunjukkan yg terbaik untukku. Air mata yang tumpah tak mampu nk ku bendung. Hidupku bersulam duka masa tu. Memang sedih sangat2. Kalau difikirkan bule jadi fobia kot. Takmo dah lalui saat2 duka macam tu. Hanya orang yang pernah melalui jer faham apa yg aku rasa.

Apa-apa pun, aku terhutang budi pada dia sebab dia sudi nak jadi teman idup aku akhirnya. Aku bukan insan yang sempurna namun akan ku cuba lakukan yang terbaik untuk dia..INSYAALLAH

No comments: