Tuesday, October 25, 2011
t.r.i.p. 2 p.e.n.a.n.g & d.a.y.a.f.t.e.r
usai incik asben settlekan keje dia, dlm pkl 1.00pm we all ke relau. carik asam jeruk utk kenkawan. port nih mmg slalu aku g klu ke sini. even pengusaha dia non-muslim tapi tpt dia mmg bersih. I LIKE hokeh. klu kompare ngn tpt aku layan makan mmg jauh sgt beza la kan.
pastu, terus shoot ke SP. jumpa member lama. dia ajak minum kat kedai mamak jugak. aku amik kesempatan makan mee goreng mamak sbb mmg kebetulan aku blm makan lagik. tetapi, tak bley nk fokus sbb sakit perut yg teramat sangat kot. huhu. stress hokeh. even mee tu sedap bangat tp aku tak mampu. beberapa kali aku cuit incik asben suh end kan conversation, tp nmpknya dia mcm tak paham. sudahnya terpaksa gak aku tumpang toilet kedai tu. mujur bersih. kalu idak, mau terseksa la aku, kan.
ayat mahal yg member aku bgtau aku masa tu ( masa ni incik asben blah jap sbb ada incoming call) : "serius, aku tak sangka korang nih.." aku just senyum & jawab, "dah jodoh". sebenarnya that guy pernah usha aku dulu ms aku sama2 keje ngn diorang. siap ajak aku kuar ngk wayang tau. hehe. tp ms tu mmg aku tak layan la kan. sbb dlm ati aku mmg dh reserved tpt utk incik asben.
pstu, ingat nk terus ke cameron, sekali ada sowang lagik member seisi keluarga dh tunggu nk bawak we all g makan2. sudahnya, selesai layan mee ketam & ikan bakar yg sedap @ juru baru we all ke cameron.
otw 2 cameron, aku demam semula. maybe sbb hujan & aircond kete buatkan aku tak tahan. pkl 11.30 pm jugak br dapat check in hotel. serius, otw mmg aku rasa kasihan sgt pd incik asben yg kena mendriving dalam gelap2 siap ujan lagik palk tu. huhu
stayed @ KIVA hotel kat area Brinchang ngn rate rm120, bule la kan..itupun, puas kot nego ngn brader tu. huh, speaking london tak hengat sbb dia indian, tak paham malay. sabo jelah.
nak check in hotel2 mahal macam tak berkemampuan jerk. hehe. sabar ye abang, ada rezeki nnti, kita layan EQUATORIAL plak yerk..
hari ketiga : 22.10.2011 (SABTU)
sabtu pagi, walaupun demam tak betul2 baik, sempat g sopping @ pasar kat EQUAToRIAL tu. abis gak la duit beli sovenir utk sume2 kerabat. sudahnya, utk diri sendirik, aku ngn incik asben beli bantal satu, sayur2an, keledek ngn jagung kot. owh, ada lagik. we all beli keropok lekor. kehkehkeh. aktiviti bergambar adalah wajib la, kan sbb ada camera baru. heheh
siap ajak incik asben singgah Lata Iskandar utk bergambar hokeh. semata2 nk guna gak camera baru..
smpi umah @ putrajaya dlm pkl 7pm. itupun lps singgah pharmacy beli ubat2an. incik asben siap tapau nasik sbb demam aku semakin kritikal. mmg sangat kasihan kat incik asben. br lagik kawen, bini demam plak. haisyyhhh...
*************************************
ahad pagi, demam seakan kritikal even sbnrnya aku janji ngn incik asben nk g amik moto dia kat umah lama. sudahnya, dia bawak aku g klinik. doktel cakap, tonsil aku bengkak. patut la susah sgt aku nk menelan. mmg seriusnya sakit.
seharian aku terbaring kat umah, layan tido. aku dh tak pedulikan umah dah. segalanya diuruskan oleh incik asben. lipat baju, mengemas umah dll. mmg demam tahap merah kot daku nih.
terasa pelik gak, tak pernah2 aku demam teruk camgini, kan. biasanya setakat 2 - 3 ari dah orait. takyah g klinik pun. memadai ngn amik panadol jer. kali nih, mmg betul2 kritikal. aku pun tak paham.
sudahnya, aku tak jadik g kursus ahad aritu. tak larat nyer pasal..
****************************************
isnin pagi pun sama, masih tak larat. layan MC lagik. huhu. duk umah rehat2 jelah.
cuma, ptg smlm aku dh borink tahap gaban. sudahnya aku ke dapur memasak. hasilnya aku rasa mual2 siap muntah hokeh. agaknya aku tak bley buat keje berat2 kot. badan belum pulih sepenuhnya.
apa2 pun, mmg aku really appreciate incik asben yg ringan tulang membantu sepanjang aku sakit nih. sian gak kat dia, kan. keje yg sepatutnya aku buat, diuruskan oleh dia. thanks abang!!!
Friday, October 21, 2011
t.u.m.p.a.n.g
kat penang nih, we all stayed @ hotel sunway. waktu incik asben g meeting, daku merayap sensorang ke Penang Times Square. tak jauh mana pun, depan hotel jerk. dapat beli sehelai t-shirt hokeh. syiok2..
ptg smlm plak, sempat melepak ngn bestfren kat kenny rogers 1st avenue. dia tu member kitorang ms keje kat sban dulu. mmg best dapat jumpa dia.
malam tadi plak, even aku dah demam, sempat kuar ngn incik asben g pasar malam bt feringgi. hajat hati nk beli perfume britney, takde la plak. tp, mlm td tak bnyk stall yg bukak. org pun tak ramai sgt. maybe sbb musim ujan kot. ada tak ada, aku beli fridge magnet utk daku, adik, mak & MIL. incik asben plak beli vcd. biasa la incik mamat tu, dia mmg ada bnyk koleksi vcd..
hajat hati nk layan nasi kandaq dah tercapai mlm tadi. incik asben bawak aku g makan nasik kandar kat KASIM MUSTAFA. nasik kandaq dia mmg terbaik la. tp, dr segi kebersihan mmg ZERO. haishyyy..ikutkan ati macam tak lalu nk makan kat situ tapi aku pejamkan mata butakan hati jelah semata2 nk layan nasik kandaq nyer pasal..
ahhh, rasa kesian sgt kat incik asben sbb aku demam plak..haissyyhh, naperla ms ni daku demam erk? aku nih mmg alah ngn aircond. duk seharian dlm aircond buatkan badan aku jadik lemah2 then terus dapat demam. incik asben yg prihatin dah membelikan panadol, air badak ngn 100 plus..malam tadi mmg berselubung ngn selimaut la. pagi nih rasa dh okeh skit. harap2 DIA anugerahkan daku nikmat kesihatan la yer. sbb bnyk lagi program menanti nih. ahad nih nak g kursus kat bangsar smpi selasa. jumaat depan plak nk g animunan @ awana kijal. haishyy...harap2 demam nih tak ke mana kan..
hajat ati nk ajak incik asben singgah cameron balik nih kang, tp tatau la. skrg nih musim ujan kan..risau jugak..
abg..so sowiey, dinda demam la plak..
Tuesday, October 18, 2011
S.o.r.o.t.a.n l.a.g.i
Majlis persandingan 2.10.2011
Majlis persandingan berjalan seperti yang dirancang. Seawal 6am mata dh terbukak. Even aku jadik perantin, still aku membantu keje di dapur pagi tu. Dalam pkl 11.30am br jurumekap sampai. Tak buang masa, terus dimake upkan oleh si gee ngn channteek sekali. Aku pun mcm tk caya ngk muka sendirik eh.
Dalam pkl 12.30 noon, upacara memotong kek dimulakan. Aku pakai gaun warna putih yang sangat chantek bersama incik asben yg sememangnya hensem dgn suite hitamnya tu.. agak rushing gak sbnrnya sbb 1.30pm nk bersanding plak. Kengkawan pun ramai gak yang datang. Sempat gak la bergambar seketul dua ngn sumer. Really terharu ngk kengkawan yg datang dari jauh & dekat..
1.30pm, maka bersanding la aku ngn incik asben dengan persalinan warna silver pink. Alhamdulillah cuaca redup. Mujur tak hujan walaupun ujan dah membasahi bumi seawal pukul 5 pagi tadi..klu sblh mlm tadi, siap ada bunga api ms bersanding, siang nih digantikan plak dengan persembahan silat yang didatangkan khas oleh my FIL. Jgn taktau, my FIL cikgu silat hokeh. Incik asben & adik2 dia pun bley bersilat. Idak la mcm aku nih kan, kosong + zero. Takde satu hape pun ilmu mempertahankan diri. Yang aku ada, ilmu cabut lari la kot. Itupun aku nih bukan jenis yg kuat lari.tahap kura2 aku nih. Mmg dh terbukti pun. Ms kursus 8 bulan tu mmg dh menampakkan betapa aku tk kuat lari. Biasanya klu kena lari pecut, mesti aku berada di barisan pertengahan jer. Tak mmpu nk jadi winner. Mujur ada kengkawan yg berbadan besar kat blkg, klu idak aku jadi pelari tercorot la kot. Hohoh..**really missed that moment**. Lama dah tk bersukan. Badan pun dah naik nih. Huh
Berbalik pada citer bersanding tadi. Lps settle menepung tawar sumer, terus ke acara makan beradap. Idak la beradap sangat pun. Daku layankan sahajer makan. Lapar beb. Abis la sepinggan nasik. Dasat kan aku nih. Takde control2 ayu nyer. Aku belasahkan sahajer. Hehe..
Ptg tu jugak, bergegas ke pantai utk outdoor photography session. Harap2 sgt gambar jadik cantik nnti. Tak sabar nk ngk la plaks hasil kreativiti abg2 cameraman tu. Aku ngn incik asben hanya menurut perintah jer. Serius kitorang nih jenis kaku. Tak reti nk berposing bagai. Pastu, dgn sikap aku yg pemalu nih kan. Lagi la payah. Bila arahan suh pandang mata incik asben mula la aku nk tergelak. Nk suh gambar 18sx pun aku dh gelak setengan mati kot. Huh, mmg payah la klu dapat pelakon yg pemalu mcm aku nih.yang aku paling suka, bila aku bule buat *PEACE* masa bergambar..hohoh, that's me!!
Sblm balik umah, sempat singgah chalet yg menempatkan FIL sekeluarga. Berborak jap pastu balik umah utk aktiviti mengemas..huhu
Incik asben mmg bernasib baik sbb waktu we all balik umah ptg tu, sume dah siap dikemas. Hanya tinggal sebijik periuk yg blm dicuci. Mmg sume org pakat tinggalkan utk bg perantin. Aku ngn incik asben layan jelah. Tak banyak manapun. Klu compare ngn majlis adik last year, asben dia siap kena cuci 2 kawah tu. Kihkihkih..
Sampai ke malam kot mengemas. Serius nyer penat. Aku bantu mengemas kat dapur manakala incik asben plak mengemas bilik tido. Mmg huru hara kot. Mujur incik asben jenis rajin. Klu idak, huh mau terpengsan aku nk mengemas sumer..
Lebey kurang pkl 12midnite kot br dapat merehatkan diri. Mmg letih teramat..
Apa2 pun, syukur majlis berjalan lancar & jemputan mmg ramai. Parent pun perasan jemputan kali nih mmg ramai. Goodies yang aku sediakan sold out. Bunga telur pun habis. takde baki dah. Goodies ada baki sikit jer pun utk sedara mara yg bnyk membantu & kawan2 yg tak dapat datang..
Lauk pauk alhamdulillah mencukupi. Tak bnyk sgt yg tak habis. Kuih muih pun sold out sumer nyer. Kek yg aku potong ms pakai gaun tu pun sold out jugak.. mmg tak membazir la. Alhamdulillah..
dari segi sumbangan plak, dapat kuih muih dari awek tak jadik adikku ngn alongku. ada kuih talam ngn kek. aku plak ada beli kuih apam. mmg sold out sumer. tak dapat nk merasa sangat pun kuih muih tu..
*******************************
klu ditanya ttg perasaan ms tu, mmg ada rasa tak caya aku nih dh jadi isteri org. setelah melalui pelbagai episod suka duka, kini aku milik dia..melihat tangisan mak & MIL, aku tau, mereka harapkan yg terbaik dari kami berdua..INSYAALLAH..
ouhh..utk hantaran daku dapat blackberry ngn camera..i like hokeh..suke sangat2..pasnih bule la bergambar sakan ngn camera baru. hohoho. duit mas kawen tu, takmo guna la. biarkan ajer dalam frame. bule kan abang?..
Monday, October 17, 2011
S.o.r.o.t.a.n
Sorotan majlis perkahwinan
Sehari sebelum (JUMAAT 30.9.2011)
Seawal 8.30 pagi lagik aku dh bawak mak g pekan utk carik barang2 keperluan majlis. List nyer agak panjang la jugak. Mmg agak rushing memandangkan banyak gak lagik keje yg belum disiapkan. Smpi kat pekan, g cari baju utk abah dulu. Dapat la sehelai bj melayu warna purple utk abah pakai ahad nih. Pastu, terus shoot ke econsave – family store – pasar MT – powertek – pasar KSB – umah dalam masa 3 jam. Aku dh lagak macam masuk amazing race dah. Terkejar2 mencari barang ngn mak. Kesian gak kat mak, kan. Tapi, aku mmg takde pilihan. Terpaksa aku lakukan sume nyer sendirik.
Kat umah plak, bantu adik sediakan bunga telur. Dalam keadaan sarat, minah tu mmg banyak membantu. Very great sister of mine lah. Pastu, tolong mak siang ayam & ikan smpi ke petang plak. Sudahnya, bila pihak lelaki dh smpi pun, muka aku masih dalam keadaan comot ngn badan ada bau ayam kot. Hahah, nama pun sedang menyiang ayam, kan. Ngehngeh. Nasib la, my future MIL & FIL ngk aku dlm keadaan gitu. Muahaha..
Malam nyer plak, dlm keadaan penat teramat, pakai inai plak. Satu lagik masalah timbul bila inai di jejari ku berwarna itam. Rasa macam mau nangis. Macam2 mende aku ubuh kat jari semata2 mau meneutralkan warna inai yg dh kehitaman tu. Mmg scary masa tu kot. Tipon incik tunang nak ngadu nasib, tp macam takde kesudahan. Sudahnya aku tertido dalam keletihan + kerisauan..
Hari pernikahan (SABTU 1.10.2011)
Walau pun nk jadi perantin lps asar, aku sempat lagik memasak di pagi hari. Masih menjalankan rutin yg sama, iaitu menyediakan kelengkapan & makan minum kat dapur. Menjelang tengahari, aku berhenti. Bersiap utk tunggu jurumekap smpi. Walau agak lewat, namun jurumekap merangkap senior skulah ku dulu dah berjaya meng’make over’ muka ku yg comot itu menjadi santeek sangat. Hehe. Mmg aku puas hati la. Bila bab nk sarung baju plak, huhuh baju nikah ku muat2 jer. Wargh, aku dah semakin menggemuk nampaknya. Agak sadis hokeh. Sampaikan anak buahku bagi statement, “takut kakak tgk baju mak lang pakai tu, Nampak macam nk pecah jer”. Cuba bayangkan budak berusia 8 tahun melafazkan kata2 azimat itu kpd mak usu nyer yg telah menjadi penyampai berita kpd aku selaku perantin. Haha, mmg aku tak langsing lor. Agak gumuks di hari perkahwinan.
Lps asar, majlis pernikahan bermula. Spt yg telah aku ceritakan sblm nih, aku tak rasa nervous sgt. Masih lagi mampu menghadiahkan senyuman kpd tetamu yang hadir. Cumanya, tak mampu nak pandang muka bakal asbenku. Aku jadik tak smpi at ink ngk muka nervousnya itew. Setelah 2 kali lafaz, aku sah bergelar isteri kpd dia yang sangat aku sayangi..suasana bertukar hiba tatkala di penghujung majlis pernikahan. My MIL menangis manakala aku nmpk mata my FIL merah. Begitu jugak ngn mak & abah. Mata abah merah tatkala minta kbnrn utk menikahkan aku. Mak plak menangis sewaktu membaca lafaz penyerahan aku kpd incik asben. Aku pun turut hanyut dalam situasi yg penuh kesyahduan itu. Tangisan tak mampu nk dibendung..apa2 pun, SYUKUR aku panjatkan kepadaNYA kerana dalam usia 31 tahun 1 bulan aku bergelar isteri. Moment ini akan aku kenang sepanjang hayat kerana dgn pernikahan ini juga maka aku telah membahagiakan mak & abah yang selama ini terlalu ingin melihat aku berkahwin.
Banyak sudah episode duka aku lalui sepanjang bergelar anak dara. Abah & mak terpaksa menelan kata2 orang kampong sbb aku tak kawen2. Sampaikan satu ketika pernah ada yg berkata, “buat apa ada kerja bagus, gaji besar, pakai kete besar, tapi tak kawen”..aku jugak pernah berselisih paham ngn mak smpikan kami tak bertegur @ bercakap selama sebulan. Sebulan yang aku rasa amat memeritkan. Puncanya bila mak memaksa aku berkawen sedangkan masa tu aku takde pakwe pun. Bley? Sudahnya aku memaksa dia utk menjadi suami penyelamat ku. Tapi, dia enggan. Aku takde ruang di hatinya pada masa itu. Mmg aku kalah dengan desakan mak. Setiap malam aku menangis mengenangkan nasib diri. Rasa macam nk lari jauh2 masa tu tapi, taktau nak g mana..
Okeh, berbalik pada citer majlis plak..
Lps settle majlis pernikahan, sempat menggayakan baju persalinan. Demi merealisasikan hasrat mak & incik asben, aku memilih utk menggayakan persalinan sanggul lintang & jawa. Wah, sangat santek hokeh walaupun keadaan agak rushing. Usai jam 9.00 malam, aku bersanding dgn mengenakan songket putih. Masa bersanding tu, aku layankan sahajer la bunga api yang banyak. Rupanya ada 10 bunga api walaupun sblm nih aku mintak abah beli 6 ajer. Wah, sungguh banyak hokeh. Bukan aper, Cuma nya aku nih penakut. Setiap kali bunga api di bakar, setiap kali tu la aku Tanya bila nk abis nih. Haisyyhhh. Mmg betul2 penakut aku nih. Aku jadik fobia sbb ms kecik2 dulu, aku pernah ngk bunga api meletop ms majlis bersanding. Trauma hokeh.. apa2 pun, Alhamdulillah sume berjalan lancar.
Malam tu, sempat tido ngn mak. Muahaha. Ada gak yg mengusik mengatakan aku nk bermanja ngn mak buat kali terakhir. Hehe. Lantak la kan. Bukan apa, ada kesilapan teknikal skit. So, bila aku ngk mak tido sensorang, aku pun mengendeng la g tido ngn mak.
*****************************************
Hokeh..2 be continue…citer mjlis kenduri akan di update skit ms lagik..
Wednesday, October 12, 2011
n.e.w.l.i.f.e
new life begin starting 1st October 2011..
majlis pernikahan merupakan detik yg terlalu aku dambakan sejak dulu. Betapa satu masa dulu aku terlalu menginginkannya untuk menjadi ratu di hatiku sekaligus menjadi suami terbaik buat diriku..
AKHIRNYA…ayat yg acapkali terluah dari rakan di sekeliling yang sedia maklum tentang perhubungan kami sejak dulu. Tempoh masa yang diambil agak lama. Setelah 7 tahun melalui berbagai episode suka dan duka, akhirnya aku menjadi milik dia. Sudah banyak air mata kesedihan yang tertumpah mahupun gelak tawa yang kami kongsikan bersama dan kini, akhirnya..kami bergelar suami isteri.
Sebaik dia selesai mengucapkan lafaz nikah & imam pun mengatakan sah, aku hanya tersenyum. Dalam hati, aku berasa sungguh lega. Apa tidaknya, dia berjaya setelah 2 kali akad. Andai satu masa dulu, idea nakalku mengatakan aku akan gelakkan bakal suamiku di hari pernikahan namun, itu tidak berlaku. Aku jadi tk sampai hati melihat wajahnya yang penuh nervous..
Hatiku jadi sayu tatkala mak membaca lafaz penyerahan aku kepada sang suami. Air mata yang merembes keluar tidak dapat aku tahan. Memang aku berasa teramat pilu. Setelah sekian lama menghadapi cabaran dan dugaan, tanggungjawab mak n abah terhadap aku kini berpindah ke atas sang suami. jangankan kata mak, aku juga nmpk mata abah merah tatkala meminta persetujuan aku utk dinikahkan..
Terima kasih tak terhingga utk mak & abah