our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 17, 2011

S.o.r.o.t.a.n

Sorotan majlis perkahwinan

Sehari sebelum (JUMAAT 30.9.2011)

Seawal 8.30 pagi lagik aku dh bawak mak g pekan utk carik barang2 keperluan majlis. List nyer agak panjang la jugak. Mmg agak rushing memandangkan banyak gak lagik keje yg belum disiapkan. Smpi kat pekan, g cari baju utk abah dulu. Dapat la sehelai bj melayu warna purple utk abah pakai ahad nih. Pastu, terus shoot ke econsave – family store – pasar MT – powertek – pasar KSB – umah dalam masa 3 jam. Aku dh lagak macam masuk amazing race dah. Terkejar2 mencari barang ngn mak. Kesian gak kat mak, kan. Tapi, aku mmg takde pilihan. Terpaksa aku lakukan sume nyer sendirik.

Kat umah plak, bantu adik sediakan bunga telur. Dalam keadaan sarat, minah tu mmg banyak membantu. Very great sister of mine lah. Pastu, tolong mak siang ayam & ikan smpi ke petang plak. Sudahnya, bila pihak lelaki dh smpi pun, muka aku masih dalam keadaan comot ngn badan ada bau ayam kot. Hahah, nama pun sedang menyiang ayam, kan. Ngehngeh. Nasib la, my future MIL & FIL ngk aku dlm keadaan gitu. Muahaha..

Malam nyer plak, dlm keadaan penat teramat, pakai inai plak. Satu lagik masalah timbul bila inai di jejari ku berwarna itam. Rasa macam mau nangis. Macam2 mende aku ubuh kat jari semata2 mau meneutralkan warna inai yg dh kehitaman tu. Mmg scary masa tu kot. Tipon incik tunang nak ngadu nasib, tp macam takde kesudahan. Sudahnya aku tertido dalam keletihan + kerisauan..

Hari pernikahan (SABTU 1.10.2011)

Walau pun nk jadi perantin lps asar, aku sempat lagik memasak di pagi hari. Masih menjalankan rutin yg sama, iaitu menyediakan kelengkapan & makan minum kat dapur. Menjelang tengahari, aku berhenti. Bersiap utk tunggu jurumekap smpi. Walau agak lewat, namun jurumekap merangkap senior skulah ku dulu dah berjaya meng’make over’ muka ku yg comot itu menjadi santeek sangat. Hehe. Mmg aku puas hati la. Bila bab nk sarung baju plak, huhuh baju nikah ku muat2 jer. Wargh, aku dah semakin menggemuk nampaknya. Agak sadis hokeh. Sampaikan anak buahku bagi statement, “takut kakak tgk baju mak lang pakai tu, Nampak macam nk pecah jer”. Cuba bayangkan budak berusia 8 tahun melafazkan kata2 azimat itu kpd mak usu nyer yg telah menjadi penyampai berita kpd aku selaku perantin. Haha, mmg aku tak langsing lor. Agak gumuks di hari perkahwinan.

Lps asar, majlis pernikahan bermula. Spt yg telah aku ceritakan sblm nih, aku tak rasa nervous sgt. Masih lagi mampu menghadiahkan senyuman kpd tetamu yang hadir. Cumanya, tak mampu nak pandang muka bakal asbenku. Aku jadik tak smpi at ink ngk muka nervousnya itew. Setelah 2 kali lafaz, aku sah bergelar isteri kpd dia yang sangat aku sayangi..suasana bertukar hiba tatkala di penghujung majlis pernikahan. My MIL menangis manakala aku nmpk mata my FIL merah. Begitu jugak ngn mak & abah. Mata abah merah tatkala minta kbnrn utk menikahkan aku. Mak plak menangis sewaktu membaca lafaz penyerahan aku kpd incik asben. Aku pun turut hanyut dalam situasi yg penuh kesyahduan itu. Tangisan tak mampu nk dibendung..apa2 pun, SYUKUR aku panjatkan kepadaNYA kerana dalam usia 31 tahun 1 bulan aku bergelar isteri. Moment ini akan aku kenang sepanjang hayat kerana dgn pernikahan ini juga maka aku telah membahagiakan mak & abah yang selama ini terlalu ingin melihat aku berkahwin.

Banyak sudah episode duka aku lalui sepanjang bergelar anak dara. Abah & mak terpaksa menelan kata2 orang kampong sbb aku tak kawen2. Sampaikan satu ketika pernah ada yg berkata, “buat apa ada kerja bagus, gaji besar, pakai kete besar, tapi tak kawen”..aku jugak pernah berselisih paham ngn mak smpikan kami tak bertegur @ bercakap selama sebulan. Sebulan yang aku rasa amat memeritkan. Puncanya bila mak memaksa aku berkawen sedangkan masa tu aku takde pakwe pun. Bley? Sudahnya aku memaksa dia utk menjadi suami penyelamat ku. Tapi, dia enggan. Aku takde ruang di hatinya pada masa itu. Mmg aku kalah dengan desakan mak. Setiap malam aku menangis mengenangkan nasib diri. Rasa macam nk lari jauh2 masa tu tapi, taktau nak g mana..

Okeh, berbalik pada citer majlis plak..

Lps settle majlis pernikahan, sempat menggayakan baju persalinan. Demi merealisasikan hasrat mak & incik asben, aku memilih utk menggayakan persalinan sanggul lintang & jawa. Wah, sangat santek hokeh walaupun keadaan agak rushing. Usai jam 9.00 malam, aku bersanding dgn mengenakan songket putih. Masa bersanding tu, aku layankan sahajer la bunga api yang banyak. Rupanya ada 10 bunga api walaupun sblm nih aku mintak abah beli 6 ajer. Wah, sungguh banyak hokeh. Bukan aper, Cuma nya aku nih penakut. Setiap kali bunga api di bakar, setiap kali tu la aku Tanya bila nk abis nih. Haisyyhhh. Mmg betul2 penakut aku nih. Aku jadik fobia sbb ms kecik2 dulu, aku pernah ngk bunga api meletop ms majlis bersanding. Trauma hokeh.. apa2 pun, Alhamdulillah sume berjalan lancar.

Malam tu, sempat tido ngn mak. Muahaha. Ada gak yg mengusik mengatakan aku nk bermanja ngn mak buat kali terakhir. Hehe. Lantak la kan. Bukan apa, ada kesilapan teknikal skit. So, bila aku ngk mak tido sensorang, aku pun mengendeng la g tido ngn mak.

*****************************************

Hokeh..2 be continue…citer mjlis kenduri akan di update skit ms lagik..

No comments: