our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2012

c.o.m.p.l.e.m.e.n.t

after 3 months ++ living in new life as husband & wife, now i agreed wt the statement that husband & wife complement each other within marriage life..

ada saper2 nak nafikan statement tu? hope not.

weekend yg br berlalu nih has proved 2 me that me & husband are complement each other. apa taknya sepanjang 2 ari menjalankan aktiviti mengemas rumah nih, we divided job based on specialties. & of course la daku yg bijaksana ni tidak memberi peluang LANGSUNG pada incik asben 2 skip any of his job. jahat kan daku nih? ahahaha

antaranya :

1. daku bagi option pd incik asben samada mau mop lantai @ buat breakfast? of coz la dia pilih nak mop lantai, kan.. ahaha

2. daku bagi option samada dia mau kemas + sapu bilik @ just tlg pindahkan brg dr master bedroom ker 2nd room? of coz dia pilih utk tlg angkat brg

siap terbersin2 incik hensem tu. alergik habuk rupanya. menjelang tghari ahad, mmg dah tertido nyenyak la beliau. letih sangat yer mencuci toilet. daku klu siang mmg gagah la. cumanya bila smpi malam hari, hamik ko. tido tak hengat dunia. akakaka..

lps 3 bulan kawen nih jugak daku tau yg incik asben tak reti nak pasang kepala gas. apa daa. dah kantoi asben ku ini, kan. kiranya ms bujang tak tulun mak ler nih kan. ahaks..

so far, umah tu dah ada peti ais ngn mesin basuh dah. jumaat malam tu jugak g soping mende tu kat senheng. abis duit lor. haishyy, harga barang mmg dah mahal skrg. ada gak rasa nyesal naper daku tak start beli barang2 nih ms bujang dulu, kan? sure masa tu murah lagik. well, what can i say. mende dah pun berlalu kan. so, no turning back okeh. look forward n proceed with what u've dear.

now, aimed nak beli coffee table, shoe rack ngn dinner table yg belum dapat lagik. so, ari2 makan secara bersila depan tv. macam time bujang2 dulu. klakar, kan? ahahah..

nway, regardless all d sadness happened before, i feel so excited wt this new life. i can't imagine to live life without him wt me. sangat membahagiakan u know, when u woke up at early morning u can see somebody u loved most beside u. prepare breakfast for him and make jokes wt him all d day.. so interesting.

thanks GOD for giving him to be with me..

Friday, January 27, 2012

s.e.n.d.i.r.i.k

okeh. setelah sekian lama (ye ker? baru 3 bulan kot) kehidupan lps kawen nih ditemani adik kini tibalah masanya daku n incik asben memulakan hidup secara berdiri atas kaki sendirik. dalam erti kata lainnya, BERDIKARI.. heheh

bukan apa, sblm nih, sejak first day lps akad nikah sampai la semalam, daku n asben berkongsi umah ngn adik. n sejak awal bulan aritu, diorang dah start bawak kuar barang skit2 sbb dah dapat umah lain. malam tadi, final angkat barang n diorang dah start tido umah baru dah.

so, maka bermulalah kehidupan aku suami isteri. wah...

sekali ngk, rerupanya banyak barang yg we all takde lagik. banyak barang yg harus dibeli sbb sblm nih bnyk guna brg adik. daku plak, mmg dah merengek2 kat asben mintak tlg belikan peti ais ngn washing machine. hehe.. 2 barang tu mmg amat penting lah, kan..

macam pagi tadi, tak bley nak masak sbb tong gas takde. haha. tong gas daku dah abis gas so sblm nih pakai tong gas adik. bila adik angkut barang dia, baru haru dibuatnya. sudahnya pagi tadi daku mengamalkan diet idup sihat. just boiled sosej & roti bakar for breakfast. really2 gud breakfast rite?

patut la dah kurus sikit arini, kan? hahah. gelak kuatkuat sambil ketuk pala lajulaju..

jap2. apa kaitan antara peti ais ngn dapur gas??? sile jawab sendirik!

insyaallah malam nih nak g cari peti ais ngn incik asben. harap2 bule jumpe yg bagus n murah. hurmmm, klu ngn aku nih mmg MURAH menjadi target utama la kan.

weekend aritu, incik asben dah belikan saya rak pinggan mangkuk. rm50 jer. MURAH la kan.
pastu, saya mintak rak baju jenis kayu tu jugak. so 2 barang tu berharga RM83.00. mekasih abang!!

weekend nih tak balik kg. kena duk umah n buat keje lajulaju sbb umah saya dah huru hara sangat. mmg tak selera lor ngk umah camgitu. heheh

kena kemas umah, sapu sampah n mop lantai lajulaju supaya bule berehat ngn tenang. hehe.

*****************************

ouch, saya ngn incik asben dah daftar utk g haji. insyallah bule g tahun 2045.. tapi kalau duit dah cukup saya mau g awal la...

Wednesday, January 25, 2012

d.u.g.a.a.n

lately asik mode sedey jerk. air mata mmg bnyk dah tumpah. haishyy, tatau samada daku nih yg sensitip @ mmg benar DIA datangkan pelbagai ujian padaku. kena muhasabah diri nampaknya. mybe aku yg alpa ngn kehidupan seharian buatkan aku leka dr mengingati dia. natijahnya didatangkan ujian padaku, terus di hati kecil ku terdetik nama NYA..

bermula dgn kisah budak besar yg kena marah ngn mak sendirik sebaik kembali dr bercuti. hurmm, itulah aku yg bagaikan serik dan jauh hati akibat kena herdik ngn mak. alasannya cuma satu. sbb aku masih berkawan dgn kawan2 bujangku. masih follow n aktif ngn aktiviti diorang. siap angkut mr hubby sekalik. hati tua mak risau seandainya kawan2 ku ada yg ngorat mr hubby. ok fine. aku bule terima kalu betul itu andaiannya. sbb aku tahu setiap mak inginkan yg terbaik. cuma, cara tegurannya itu betul2 buatkan daku kecik ati yg amat sangat. dalam ati mmg hiba sangat2. nak mengadu pd mr hubby tp tak terluah sbb dia demam. sudahnya aku memendam perasaan sendirik. hanya setelah 5 hari berlalu baru aku citerkan pd mr hubby. mak pula, langsung tak aku hubungi. mmg rasa sedey yg amat.

mode silent aku ngn mak berterusan smpi la aku balik kg sbb dah ditugaskan utk bwk mak g buat operation. yup, ms malam smpi umah tu mmg rasa tak mmpu nk pandang muka mak. ada tak ada pun, aku layan anak buahku berceloteh. bercakap ngn mak hanya sekadarnya..

hari operation..

spt yg dijanjikan, daku n mr hubby bawak mak g spital. aku cuba pujuk ati agar ketepikan perasaan jauh hati. alhamdulillah, akal warasku mampu mengawal keadaan. tiba waktu mak dibawa ke dewan pembedahan, setitik dua air mataku gugur jugak. sayu sangat..mujur mr hubby ader. klu idak, berbakul2 agaknya air mata masa tu..

skrg, rasanya keadaan dah spt sedia kala. sepanjang 6 hr bercuti, daku cuba jadi anak terbaik utk mak n abah. cuba sedaya upaya bahagiakan mereka..

************

kali kedua hati terusik sewaktu berada di kg mr hubby. sebagai manusia biasa, daku punya hati n perasaan. daku cuba jadi menantu yg terbaik namun gagal. daku macam tak mmpu dah nk bertahan bila MIL berkata2. aku tau, bnyk kata2 nya yg seakan menyindir aku. smpi satu tahap, dia memperkatakan ttg aku kpd FIL sedangkan aku berada di situ n dgr setiap butir bicaranya. dia bercerita bagaikan aku tak wujud. ah, hati mana yg mampu bertahan. aku bukannya manusia yg gagah yg mampu terima segala kritikan dgn hati terbuka..

sudahnya, spnjg perjalanan balik dr kg ke mlk, air mata tak henti mengalir. mr hubby jadi tempat meluahkan perasaan. sian kat mr hubby. aku tau dia tersepit antara kasih pada seorang ibu n cinta pd seorang isteri. tapi, aku tak mmpu nk pendam seorang diri..

***********

kisah ketiga yg mmg dah meleburkan hati aku berlaku semalam. bilamana aku terjumpa msg antara hubby ngn minah indon mana ntah. bila ku tanya, katanya tak kenal pun, saja suka2. hati tambah pedih bila dia call incik asben. aku taktau apa yg berlaku antara mereka. sepanjang perjalanan dr mlk ke putrajaya aku tak mmpu nak bersuara. ada tak ada pun, aku bersuara bila aku tnya dia kisah sbnr. rasa sakit hati sangat2. dlm minda aku terpikir kenapa mende nih bule berlaku sedangkan usia perkahwinan baru 3 bulan. aku tertanya2 apa yg menyebabkan mr hubby melayan pempuan tu..

sesampai kat umah, air mata jatuh lagik. rasa pilu sangat. rasa takut pun ada. aku jadi risau kalau2 mr hubby ulang balik apa yg pernah dia buat pada aku suatu masa dulu. yup, sblm bahagia ini menjelma aku dah banyak bersedey sbb dia, mr hubby. aku takmo dah nak lalui sume tu lagik. aku nak rasa bahagia. susah sangat ker? ntah la..

sudahnya, aku mandi n tunaikan solat. mengadu hanya pada DIA. mohon keampunan & berdoa moga aku diberikan kekuatan. then, aku mengaji sbb aku tau itu jer cara yg bule buatkan aku tenang..alhamdulillah, siap mengaji hatiku rasa tenang sangat2.

then, bila bangun dari tido pagi tadi aku dah dapat kembali diriku yg hilang semalam. alhamdulillah, terima TUHAN atas nikmat yg KAU berikan..

doaku :

moga DIA kuatkan rasa sayang & rasa cinta antara kami suami isteri..
moga kami berdua dijauhkan dari sebarang bencana yang tak diingini..
moga suamiku mampu menjadi suami terbaik yg mampu menyayangi & melindungi aku selamanya.. sampai akhir hayat kami berdua..

deary hubby, i am really hope that u'll luv me as i loved u till death make us apart..

Friday, January 13, 2012

2.0.1.2.m.o.d.e

okeh2..

2012 : sila abaikan segala duka yang bertandang.
even jauh disudut ati masih ada kelukaan, pendamkan sahajer lor..

daku dapat rasakan tahun nih akan banyak sangat duit dileburkan utk holiday trip. huhu. hokeh, let mi list down trip yg dah confirm utk 2012 nih yerk. ekcely, banyak lagi idea dlm pala otak nih. idea mencurah2 @ menggila2. banyak sgt tpt nak g, cuma memikirkan kehidupan yang serba sederhana, ku pendamkan sajer jebat!! haha

holiday trip 2012 :

1. cameron highland - 6.1.2012 (alredi done)
2. fraser hill - 8.1.2012 (alredi done)
3. kota kinabalu - 12.4.2012
4. kuching - 11.5.2012
5. cameron highland - 15.6.2012

yg blm confirm lagik : hatyaai - 26.5.2012 (tgu news from fren)

baru 6 erk tetapi, suka dinyatakan sume nyer memerlukan banjer yg besar hokeh. mana mau carik uwang nya? sendiri mau ingat lor..

dalam tempoh 3 bulan daku menjadik isteri orang nih, dah 3 kali kot daku g cameron. sangat suke eh ngn cameron tu? kunun.. hahah

1. 21.10.2011 : singgah cameron otw back from penang
2. 8.12.2011 : holiday trip wt schoolmate
3. 6.1.2012 : holiday trip wt family

okeh. rasanya cameron pun dah muak ngk muka daku kot. haha. g sana pun dah tatau nk beli apa. just jalan2 sambil cuci mata. excited sbb dpt spend ms ngn incik asben..hurmm

skrg nih plk tgh sibuk nk carik hotel utk trip bln april n mei nih. puas ku menggugel dalam agoda. bnyk dah jumpa cumanya tgu duit bnyk skit br bley beli. haha

klu ikut hajat ati plk, rasanya daku mau bercuti ngn incik asben kat genting, bley? tatau bila nak pegi nyer. duit pun tak berapa nak ader nih. huhu. tgu dulu la yerk..

masih blm ada feel nak citer ttg trip g cameron ngn fraser aritu..
mode malas. bley?

esok nk g bercuti kat PD plak. ada besday celebration.. ho yeah..

Tuesday, January 10, 2012

m.o.d.e.r.e.s.a.h

banyak mende yg nak daku citerkan.

banyak mende excited yg berlaku lately.

mmg berkobar2 semangat nk bercerita sblm nih.

tapi.. hari nih mmg takde mood.

mood spoilt. harus tenangkan diri terlebey dahulu..

cuba makan banyak tapi, resah tak mau padam.

cuba berbual dgn org sekeliling, masih resah dalam diam.

cuba calling incik asben, masih ada rasa resah sbb tak mampu nak luahkan.

sudahnya, hanya memendam rasa. kecewa dgn sekeliling.

inilah apa yg diinginkan dulu tapi, bila dah terjadi masih ada rasa tak puas ati..

sume yg ku buat serba tak kena. apalagi yg selayaknya..

bilakah masanya dapat daku rasa bahagia- sebahagianya..ouch

hidup tidak semudah yg disangka..

masa sukar masih belum berakhir.

Thursday, January 5, 2012

t.a.k.s.t.a.b.i.l

okeh. mood tak stabil.

dalam ati ada kupu2 maki hamun sedang bertebaran.
perlu bnyak beristigfar.
kalu tak, kang ada plak yg hanyut dalam tawanan syaiton.
sabarlah duhai hati..

okeh, cuma aku nak cakap satu jer..

dalam idup nih mmg bnyk mende yg kita akan rasa tak puas ati..
so, kita kena redha. jgn asik nak mengkritik..
sume pihak mahukan yg terbaik & cba buat yg terbaik..
usaha + doa + tawakal.. kalau ada rezeki, insyaallah..
tak perlu ada rasa tak puas ati dalam diri..
try 2 put ourself in their shoes..

insafi diri sendiri..

naper tak sume org bule jadik macam ak yg slalu rilek?
naper perlu asik nak kritik? cermin diri & pandang sekeliling.
utk apa nak mengkritik sedangkan org terhampir dgn diri sendiri adalah part of it!!

sekian.

mode : bengang tahap tenuk..

Tuesday, January 3, 2012

n.e.w.y.e.a.r

2012... yup NEW YEAR begin.

tahun 2012 nih, first time sambut new year masihi ngn incik asben. dah idup berdua ler katakan. tapi, nothing interesting. malam new year nih we all kt kg asben @ tangkak. just ngk tv jelah. nothing spesel.

tarikh 1 jan 2012 jugak menandakan dah genap 3 bulan daku menjadik wife. stakat nih, mmg enjoy ngn new life. beruntung sgt dapat hubby yg sgt memahami. ouch, LUV U a lot abang!!

perangai daku masih macam dedulu. suka bising2. very notty. slalu ada rasa nak sumo asben. bley?
hahah.

last sunday jugak daku ngn incik asben dah membelanjakan voucher parkson rm200 yg we all dapat ms majlis kawen aritu. ada member incik asben yg bermurah ati memberikan voucher tu. daku telah menggunakan voucher tu utk membeli handbag ngn sandal kat parkson sban. mekasih sgt2 kat incik asben yg sporting morting. luv u. muahhhh...

sejak kawen ngn incik asben nih, daku didedahkan ngn satu dunia lain. meaning, dunia yg daku tk pernah amik port b4 this, iaitu dunia seni silat. hurm, sejak dr majlis kawen daku aritu, daku dapat ngk persembahan silat. manakan tidak, my FIL merupakan cikgu silat. dia jugak la yg susah payah nk bawak jugak team silat buat persembahan ms majlis daku kt kg. asben pun ada ilmu silat jugak. daku nih, takde apa2, bule? hahah. mmg kosong sangat2 lor..

last week, temankan FIL & MIL attend majlis kawen kat asahan plak. sempadan johor & mlk. ada persembahan silat jugak. daku jadi seronok plak ngk show tu. dalam ati, terdetik gak rasa rugi sbb daku tak blajar langsung seni mempertahankan diri nih, kan..takper lah.

nih antara gambar yg incik asben rakamkan. syiok kan klu bule bersilat macam diorang nih. hehe

p/s : azam tahun baru nak mengkuruskan diri. ouch, berat badan sudah mencecah 60kg kot. padahal 3 bulan lps baru 52kg. penangan kawen nih.. ajak incik asben g gym. tatau takat mana yg mampu we all nih.. hurmm