our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 25, 2012

d.u.g.a.a.n

lately asik mode sedey jerk. air mata mmg bnyk dah tumpah. haishyy, tatau samada daku nih yg sensitip @ mmg benar DIA datangkan pelbagai ujian padaku. kena muhasabah diri nampaknya. mybe aku yg alpa ngn kehidupan seharian buatkan aku leka dr mengingati dia. natijahnya didatangkan ujian padaku, terus di hati kecil ku terdetik nama NYA..

bermula dgn kisah budak besar yg kena marah ngn mak sendirik sebaik kembali dr bercuti. hurmm, itulah aku yg bagaikan serik dan jauh hati akibat kena herdik ngn mak. alasannya cuma satu. sbb aku masih berkawan dgn kawan2 bujangku. masih follow n aktif ngn aktiviti diorang. siap angkut mr hubby sekalik. hati tua mak risau seandainya kawan2 ku ada yg ngorat mr hubby. ok fine. aku bule terima kalu betul itu andaiannya. sbb aku tahu setiap mak inginkan yg terbaik. cuma, cara tegurannya itu betul2 buatkan daku kecik ati yg amat sangat. dalam ati mmg hiba sangat2. nak mengadu pd mr hubby tp tak terluah sbb dia demam. sudahnya aku memendam perasaan sendirik. hanya setelah 5 hari berlalu baru aku citerkan pd mr hubby. mak pula, langsung tak aku hubungi. mmg rasa sedey yg amat.

mode silent aku ngn mak berterusan smpi la aku balik kg sbb dah ditugaskan utk bwk mak g buat operation. yup, ms malam smpi umah tu mmg rasa tak mmpu nk pandang muka mak. ada tak ada pun, aku layan anak buahku berceloteh. bercakap ngn mak hanya sekadarnya..

hari operation..

spt yg dijanjikan, daku n mr hubby bawak mak g spital. aku cuba pujuk ati agar ketepikan perasaan jauh hati. alhamdulillah, akal warasku mampu mengawal keadaan. tiba waktu mak dibawa ke dewan pembedahan, setitik dua air mataku gugur jugak. sayu sangat..mujur mr hubby ader. klu idak, berbakul2 agaknya air mata masa tu..

skrg, rasanya keadaan dah spt sedia kala. sepanjang 6 hr bercuti, daku cuba jadi anak terbaik utk mak n abah. cuba sedaya upaya bahagiakan mereka..

************

kali kedua hati terusik sewaktu berada di kg mr hubby. sebagai manusia biasa, daku punya hati n perasaan. daku cuba jadi menantu yg terbaik namun gagal. daku macam tak mmpu dah nk bertahan bila MIL berkata2. aku tau, bnyk kata2 nya yg seakan menyindir aku. smpi satu tahap, dia memperkatakan ttg aku kpd FIL sedangkan aku berada di situ n dgr setiap butir bicaranya. dia bercerita bagaikan aku tak wujud. ah, hati mana yg mampu bertahan. aku bukannya manusia yg gagah yg mampu terima segala kritikan dgn hati terbuka..

sudahnya, spnjg perjalanan balik dr kg ke mlk, air mata tak henti mengalir. mr hubby jadi tempat meluahkan perasaan. sian kat mr hubby. aku tau dia tersepit antara kasih pada seorang ibu n cinta pd seorang isteri. tapi, aku tak mmpu nk pendam seorang diri..

***********

kisah ketiga yg mmg dah meleburkan hati aku berlaku semalam. bilamana aku terjumpa msg antara hubby ngn minah indon mana ntah. bila ku tanya, katanya tak kenal pun, saja suka2. hati tambah pedih bila dia call incik asben. aku taktau apa yg berlaku antara mereka. sepanjang perjalanan dr mlk ke putrajaya aku tak mmpu nak bersuara. ada tak ada pun, aku bersuara bila aku tnya dia kisah sbnr. rasa sakit hati sangat2. dlm minda aku terpikir kenapa mende nih bule berlaku sedangkan usia perkahwinan baru 3 bulan. aku tertanya2 apa yg menyebabkan mr hubby melayan pempuan tu..

sesampai kat umah, air mata jatuh lagik. rasa pilu sangat. rasa takut pun ada. aku jadi risau kalau2 mr hubby ulang balik apa yg pernah dia buat pada aku suatu masa dulu. yup, sblm bahagia ini menjelma aku dah banyak bersedey sbb dia, mr hubby. aku takmo dah nak lalui sume tu lagik. aku nak rasa bahagia. susah sangat ker? ntah la..

sudahnya, aku mandi n tunaikan solat. mengadu hanya pada DIA. mohon keampunan & berdoa moga aku diberikan kekuatan. then, aku mengaji sbb aku tau itu jer cara yg bule buatkan aku tenang..alhamdulillah, siap mengaji hatiku rasa tenang sangat2.

then, bila bangun dari tido pagi tadi aku dah dapat kembali diriku yg hilang semalam. alhamdulillah, terima TUHAN atas nikmat yg KAU berikan..

doaku :

moga DIA kuatkan rasa sayang & rasa cinta antara kami suami isteri..
moga kami berdua dijauhkan dari sebarang bencana yang tak diingini..
moga suamiku mampu menjadi suami terbaik yg mampu menyayangi & melindungi aku selamanya.. sampai akhir hayat kami berdua..

deary hubby, i am really hope that u'll luv me as i loved u till death make us apart..

No comments: