our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 13, 2012

n.i.k.m.a.t.

NIKMAT merupakan kurniaan ILAHI..

dah beberapa hari nikmat kesihatan ditarik balik olehNYA.
maybe sbb aku dah melupakan dia, terlalu sibuk dgn urusan duniawi.
Thank you ALLAH for reminding me..

yup, automatically, bila aku mengalami sakit gigi sejak jumaat lepas, mmg ingat sangat2 kat DIA.
dalam ati tak putus berdoa, moga diampunkan segala kesalahan yang telah aku lakukan.
sakit yang tak mampu untuk aku gambarkan. mmg rasa sakit sangat2. dalam tido pun masih sakit.
mmg benar spt yg dikata, sakit gigi nih sakit di ranking ke-2 selain sakit nak bersalin.
hurmm, blm ada experience lagik utk menjadi mama, so sakit no-1 tu no komen la kan..

harini, alhamdulillah. rasa sakit dah makin menghilang. tapi, serius mmg rasa serik sangat2.
mmg dah plan nak ajak asben g jumpa dentist utk cabut jer mana2 gigi yang perlu. huhu
lama giler kot tak jumpa dentist. rasanya last skali jumpa dentist dalam tahun 2007.
bayangkan berapa lama dah tak g? tak ke naya diri namanya tuh..

slama sakit nih jugak aku dah mengabaikan incik asben.
sangat kesiankan dia. aku jadi takmo bercakap. lebih masa untuk tido jer selain melayan sakit.
macam malam tadi, aku tido dari pkl 8pm hingga pkl 11pm baru bley bangun.
sian incik asben layan tv sensorang. udah la moto dia rosak siangnya, malam plak wifey tido jer..
tak layan borak langsung. bila aku bgn pkl 11 tu, incik asben plak dah ngantuk, mau tido.

huhuh, sedeykan.. rasa bersalah sangat kat dia.

maafkan saya yer abang!!

******************************

nak citer ttg weekend lepas :

ari sabtu, sungguhpun sakit gigi namun aku layankan jugak g midvel ngn adik sekeluarga.
spt biasa la incik asben mendriving kete mewahnya itew.

adik la, sibuk nak g maternity fair. banyak gak makcik tu memborong. sumenya untuk si apek comel tu la. daku ngn asben tlg tengok jerk. masuk expo tu pun tak sampai 10 minit kot. tak pusing abis, aku dah borink. terus ajak incik asben kuar dr hall tu sambil tanya, "Motif kita masuk dalam tu?" huhu..

hajat hati incik asben nak beli belt kat expo hush puppies tak kesampaian eventho kat hall bertentangan jer pun. sebabnya blackout la plak. silap aku jugak la. tgh beria2 incik asben nak pilih belt, aku ajak dia g layan area ladies. sudahnya, tak sempat beli apa2 sbb tiba2 DUNIA MENJADI GELAP GULITA..haiyooo.. penat tgu tapi, mmg sampai sudah kot blackout tak pulih2 jugak. stress mak kot.

lps abis soping, adik ajak layan HAAGEN DASZ. okeh, mmg aku la antara org yg paling menentang. apa tidaknya, satu scoop ice cream pun rm13. hilang akal ker ko nak makan kat situ disaat2 duit tak berapa nak ader nih, kan..


tapi, namapun adikku yg bongsu. apa yg dia nak, mesti dapat punyer.

yelah2, we all layankan ajer sambil aku tak sudah2 membebel masa masuk dalam kedai tu. mahal lah, taka mampu nak bayar la, macam2 aku bebel, kan..

sudahnya dia pilih set yg dirasakan berbaloi la kot. layan eskrem ngn cokelat. set yg berharga rm60++.. total bil, rm70++ gak la including tax. dalam ati, kali nih jelah aku layan makan kat sini. hehe. sikit nyer berkira aku nih kot. tapi, kekangan kewangan buatkan aku jadi begitu..


pastu, lepak2 kat jusco jap. aku+ asben pun borink lagik. tatau nak beli aper (sbnrnya tak mampu nak soping sbb duit takde) haha. so sementara adik g soping lagik( banyak plak duit minah tu eh?) daku jalan2 ngn incik asben tanpa arah tujuan. last2 smpi la lower ground.

g repair tali jam yg incik asben bagi tu. Mekasih abg!! jam casio yg santek!!

pastu beli ice blended mocha kat San Fransisco. lama giler aa tak layan air kat situ.. sangat sodap..murah sahajer. 2 = rm15++..saya suker. hehe

pastu, sambung aktiviti soping kat KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM plak. soping baju kurung tu.
kononnya utk majlis tunang adik lelaki aku ujung bln nih. sempat la aku rembat 2 pasang baju kurung. harganya murah2. lebih kurang rm50++ jer gitu. so, drpd buang duit beli kain ela kat jakel, pastu nak pikir nak g antar kat tailor lagik, baik beli yg ready made, kan. hehe

tp tatau lagi la nk pakai baju apa ms majlis tunang si abang ujung bulan nih. sbb tgh tgu baju glemer yg da antar kat tailor tu. ngk mana yg santek lor.. haha. lagipun, daku plan nak buat baju keje jer baju2 kurung yg daku beli tu. siap basuh dah. mujur malam tadi collapsed. tak sempat nak iron. kalu idak, daku dah wat melaram g keje arinih. haha..

********************************

rasa kesian kat asben, moto dia rosak. so, lps siap repair kena dalam rm600++.
huh, duit lagik. sudahnya tertunggak lagi la duit kete utk bulan nih.
last month dh berhabis bayar roadtax.

takper yer abang. kuatkan ati. kuatkan semangat.

nih dugaan DIA utk kita, sayang...
syg percaya,
DIA hilangkan mentari, tapi DIA berikan kita hujan then,
slps ujan DIA berikan kita pelangi..INSYAALLAH

yakin dengan takdirNYA..terus berSYUKUR atas kurniaannya
jangan lupakan DIA..yer sayang..

No comments: