our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 9, 2014

b.r.u.n.e.i.



MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN
sambung citer aritu..

perjalanan dari Miri ke Bandar Seri Begawan mmg sangat selesa.
highway yg tenang.
pemanduan lancar
tak la serabut macam kita drive kat KL kan..

signboard mmg sangat membantu masa kat Brunei
just follow exit Bandar Seri Begawan (BSB) / Gadong
masa dah masuk exit tu ntah camane kami dh terlepas simpang..
sepatutnya bule ikut flyover direct ke BSB
tapi, kami dah terambil jalan bandar
namun, dgn kecekapan n keyakinan yg sgt jitu, alhamdulillah
smpi jugak ke kawasan tumpuan pelancong, iaitu pinggir kawasan Kampung Air..

memasuki kawasan bandar

semasa melalui tepi masjid

Pejabat Pos di BSB

roundabout di tgh2 BSB

antara bangunan di BSB

pemandangan masjid dari kawasan mall


rasa macam tak percaya saya ke sini lagik..
ekcely, 13 tahun yg lalu, sy pernah smpi di sini
masa tahun 2000, bersama rombongan universiti
saya menyertai program MISI KENYALANG..
dari kuching kami ke Bintulu (program Bakti siswa)
then ke Miri dan seterusnya ke Brunei..
bermalam di Brunei dan kemudian ke Miri..
perjalanan menggunakan bas yang mengambil masa 16 jam dari Miri ke Kuching..

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien nih mmg famous..
kubahnya diperbuat dari emas..
dalaman masjid pula memang berhawa dingin..
mmg sgt selesa..

sesudah melawat masjid, kami mengambil keputusan untuk makan tengahari.
disebabkan duit yg dibawa hanya 80BND, maka kami terpaksa menggunakan secara berhemah..
masuk ke dalam mall, tapi tatau nk makan apa..
sudahnya, kami hanya makan di Singa Chicken Rice..



Singa Chicken Rice

SCR

Nasi Ayam BBQ Chicken = 4BND

Nasi Ayam Black Paper = 5BND
Total lunch tghri di BSB bagi kami berdua hanya 11BND..(murah plak, kata dalam hati..hihi)
ekcely, SCR nih bukan dalam mall tapi kat deretan kedai menghadap Kampung Air tu..
souvenir pun kami beli di kedai bersebelahan SCR nih..
ok la jugak, dapat fridge magnet 4 = 10BND (utk kedua2 parent + Adik kesayangan masing2)
utk kami sendirik, beli 1 FM = 4.90BND
utk anak kesayangan plak, belikan t-shirt = 10.90BND

then, kami ke tebing Kampung Air..
mmg takde plan nk naik bot pada asalnya..
asben la kata takmo..
me pernah naik bot dah masa pertama kali ke sini dulu..

tapi, incik bawak bot tu offer utk bawak pusing2 Kampung Air dengan bayaran 15.00BND utk dua orang
katanya, kalau musim cuti sekolah 20.00BND..
me pun terus setuju memandangkan duit masih berbaki..
dalam setengah jam jugak la kami pusing2 Kampung Air nih..
mujur dapat incik bawak bot yg rajin bercerita..
banyak gak knowledge yg kami dapat
fasiliti di Kampung Air nih lengkap..
ada sekolah, masjid, balai bomba, klinik, restoran dan kerajaan Brunei juga ada menyediakan
rumah double storey di kawasan Kampung Air tersebut..
jangan tak percaya yek..



Kampung Air

sekolah

bot sebagai pengangkutan utama

balai bomba

masjid

balai polis

peminat MU

double storey

sekolah

petrol pam
 see...macam2 ada kan kat sini..

ok..stop kat sini dulu..
nanti sambung lagik la..

No comments: