Al Fatihah buat arwah Fadil yang da lama tinggalkan aku & dunia nih
Tak silap dia meninggal tahun 1997, tahun aku nak amik SPM
Arwah ni berkawan ngn aku masa aku form 4
Tak pernah jumpa berdepan pun
Just berkawan dlm phone
Masa zaman aku dulu2 ada tipon umah je
so mmg gayut guna tpn umah
Aku tau dia sama skola dgn aku
Aku perasan kewujudan dia kat skola sbb nama dia mcm pompuan
nama dia Fadilah ye
tp dia skola smpi Form 3 je
Form 4 tu dia da tak skola
dun know y..maybe sbb hidup susah kot
dia nih dpt no tpn aku dr member aku gak
kebetulan ms tu member aku tgh borak kat phone then dia menumpang borak
so dari situ la aku berkawan dgn dia
Tapi tak lama sgt berkawan sbb lps tu aku da masuk asrama
so takleh da nk bertalipon
smpi la ms aku form 5, ada member sekampung dia ni bgtau
arwah ni sakit teruk
da tahap terlantar je sbb kena barah otak
aku ada g melawat dia kat umah masa tu dgn kawan2 asrama
mmg dia da terbaring je
aku duk dekat dia
genggam tangan dia
aku bgtau aku sape
dia genggam tangan aku
yup, dia kenal sape aku cuma dia da takleh bercakap masa tu
mata dia pandang aku penuh harap masa tu
sayu je
mak dia cite dia da takleh nk cakap da
hanya terbaring mcm tu je
waktu aku nak balik tu, aku bgtau dia
aku da nak balik
dia genggam lagik tgn aku
lagi erat mcm tak bagi aku balik
but, aku still balik gak la kan
takkan nak duk umah dia
aku perasan ekor mata dia pandang je aku
ikut gerak aku
omg..masa tu macam sedey sgt
kawan yg aku penah kenal sihat walafiat
slalu berborak ngn aku
tetiba mcm tu keadaan dia kan
tak bape lama la dari tu
mybe dlm seminggu dua kot
waktu tu ptg ahad
aku dpt berita dia da takde
member bgtau
terus nangis aku...ouh sedey nye
kami g melawat jenazah dia kat umah ptg tu
alhamdulillah aku smpt melawat semasa hayat dia
tiap tahun aku tak pernah lupa tarikh nih
13 Julai....
Al Fatihah untuk arwah Fadilah bin Yusof
Moga damai engkau di sana...Insyaallah
No comments:
Post a Comment