our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 25, 2011

d.i.a

dia yang aku pernah kenal lewat 9 tahun yang lalu..

26.5.2011 merupakan ulang tahun kelahirannya yang ke-32 tahun. HAPPY BESDAY ku ucapkan pada dia yang ku panggil abang.

Dia pernah hadir dalam idup aku waktu aku baru bangkit dari kekecewaan ditinggalkan soulmate. dia juga banyak membantu aku dalam pelajaran, terutamanya dalam subjek bahasa arab. setiap kali nak exam, sudah pasti aku akan paksa dia mengajar aku. food court jadi tpt pertemuan kami. bukan sekadar menjadi guru tuisyen bahasa arab tapi, aku siap paksa dia buatkan karangan bahasa arab supaya aku bule hafal. so, bila masuk dewan exam, aku bule menulis karangan tersebut dengan lancar. itulah aku satu masa dulu. agak manja dengan dia yang ku anggap bagai abang sendiri. memang aku senang dengan dia. daripada classmate yang tak pernah bertegur sapa, akhirnya kami bagaikan bersaudara. aku anggap dia abang manakala dia lebih selesa memanggil aku 'adik'.

namun, hati manusia tiada siapa dapat menduga. itu juga yang terjadi pada aku dan dia. dalam diam, rupa2nya masing2 ada menyimpan rasa. lantaran itu, hubungan antara kami menjadi istimewa. Pernah jugak aku g dating dengan dia. lokasi kami sudah pastilah KLCC @ Midvalley, tpt feberet aku tuh. Malam pulak, kalu masing2 tak bz ngn assigment, kami akan g diner bersama.

pernah masa besday aku, berlaku salah paham antara aku dan dia. panggilan dia tak aku hiraukan. sudahnya, dia menggunakan orang tgh utk sampaikan pesanan padaku. siap tgu aku depan hostel dan ajak aku g diner. paling aku tak sangka, rupa2nya dia belikan kek besday buat aku. yup, mmg dia terlalu baik terhadap aku. sampailah ke episod duka apabila dia berterus-terang dengan aku;

Abang ada bagitau mak ayah abang pasal kita..
So?
Ayah abang tak kisah, tapi mak abang kalau boleh nak abang cari orang sama negeri..
Ooh...mak abang nak orang K------N jugak la nih..
Ermm, macam tu la kira2nya, dik.
(aku terdiam sekejap)..kalau macam tu takper la, kita stop kat sini jer..
Adik, jangan la macam nih. Abang bwk adik jumpa mak abang nak tak?
Takmo lah abang..takper, kita ikut cakap diorang yer..
Adik ok ker?
Ok jer..(sambil senyum paksa)


Lepas dari peristiwa tu, memang aku dah takmo contact dia lagi. Tapi, dia ada bg aku surat. dalam surat tu, dia mohon supaya kami terus berkawan. dia nak aku jadi adik dia jugak. dia mintak aku hadir masa majlis konvo dia. aku akur.

masa majlis konvo dia, memang aku g jumpa dia. hadiahkan bunga utk dia. cumanya, keadaan dah tak macam dulu. masing2 sepi. bagaikan ada kata yang tak terucap.

setahun kemudian, bila aku dah dapat kerja, baru aku berani hubungi dia. itupun utk maklumkan mengenai majlis konvo aku. dan, dia mengotakan janjinya. dia hadir ke majlis konvo aku dengan hadiah istimewa.

sejak itu, kami berkawan semula. pernah dia datang seremban utk berbuka puasa bersama aku. rupanya dia masih belum berputus asa. dia masih mengharapkan kami seperti dulu.

Bila adik nak kawen?
Kawen? lambat lagi kot. Calon pun takde..lagipun orang baru jer dapat keje nih. nanti2 la.
Abang tunggu adik yer?
Eh, jangan la. Orang taknak nanti mak abang tak suka..
...Dan dia terus terdiam..


Itu kali terakhir aku jumpa dia. Selepas itu, ada jugak dia hubungi aku. tapi, sengaja aku sibukkan diri. tak mahu dia terus berharap..

Kali terakhir aku dengar khabar dia melalui kawan aku yang sama2 buat master dengan dia. Daripada kawan ku itu, aku dapat tahu dia sedang berkawan dengan orang yang senegeri dengannya. Aku diam dalam pasrah..tipu andai ku katakan tiada rasa kecewa tapi, itu yang terbaik untuk kami..

Sejak itu, aku kehilangan dia. Dia tak lagi hubungi aku.

Sampailah dua hari lepas, aku terjumpa dia di FB. Profile picture, gambar dia sedang mendukung anak perempuan. Alhamdulillah, dia dah kawen dah pun. Dengan orang yang senegeri dengannya.

Aku tak tersilap buat keputusan satu masa dulu. Masing2 dah bahagia dengan jalan idup masing2. dia dah bahagia dengan keluarga dia manakala aku pulak sedang menghitung hari bahagia yang bakal menjelang tak lama lagi. alhamdulillah, dalam usianya yg ke-32 dia dah berjaya dalam idup. dia dah punyai keluarga yang bahagia. ada isteri dan seorang anak perempuan. dia pun dah menjadi pendidik sptmana impiannya satu masa dulu.

Andai diberi peluang aku ingin bertemu dengannya. Mengucapkan terima kasih atas segala kebaikan yang dicurahkan terhadap aku dulu. Tapi, tak mungkin itu akan berlaku.

Abang,
hepi besday adik ucapkan. moga bahagia bersama keluarga.terima kasih atas segalanya..
-ADIK-

No comments: