so excited nak tunggu saat dan ketika aku dibebaskan daripada kongkongan ini. not 2 say aku tak excited menimba ilmu kat sini. definitely aku suka sangat majlis ilmu. kat sini aku ada peluang & ruang utk g library, layan buku2 kat library. serius aku suka okeh..cumanya aku tak larat ngn undang2 yang agak ketat tu. takbley nak kuar sesuka ati. terkurung kat hostel even takde aktiviti. kalu masa kat asrama skulah dulu aku bule terima keadaan nih ngn sepenuh hati sbb masa tu aku bebudak lagi. tp,now umur aku pun dah 31, punya kerjaya dah pun. ada life sendiri tetiba terkurung kat sini. mmg tak selesa lah kan.
perkara yang aku tak bule blah kat sini :
1. bilamana aku mengidam sangat2 nak mkn sesuatu di tgh2 minggu, aku tak berjaya nak dapatkannya. nak taknak kena tgu weekend br bley dapat. contoh paling tepat, bila aku teringin sgt nk mkn cheese tart pada ari selasa macam arinih. teringin sgt2 nk mkn tp tak bley nak makan sbb takleh nk kuar g cari. kena tgu ari sabtu nih la br bley mkn nmpknya. tu tak kira lagi kalu tiba2 aku nak mkn kfc ker, rasamas ker. confirm kena sabarkan diri smpi weekend br bley tebus rasa nak makan yang membuak tu..
2. teringat kat mak pastu ada rasa nak balik kg tp tak sure bule balik ker idak smpi la ada annoucement bule dapat pelepasan baru bule balik. itupun terpaksa rushing balik kg sabtu tghari. smpi kg pun dah petang, pastu aku dah penat sgt mendriving laju2 tahap cipan sensorang, sudahnya aku akan tido ngn jayanya kat kg. ahad ptg plak aku akan ada rasa malas sgt2 nak balik hostel. bley?
3. bila ada rasa rindu sgt kat incik tunang. rasa nak g diner ngn dia, rasa nak ngk movie ker, rasa nak dating ker tp tak bley sbb tak bley kuar. nak tgu weekend plak, blm tentu bule jumpa sbb masing2 ada komitmen ngn family. sudahnya nanti rasa rindu tu akan gone with d wind..tak suka tau..
apa2 pun, percaya atau tidak dah 6 bulan aku kat sini. tak lama dah nak kuar & bule jalani kehidupan normal. windu nak tido nyenyak kat umah sambil peluk momok..huhuh
No comments:
Post a Comment