our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 19, 2011

E.L.L.E

Hari ke 19 Ramadhan. Mood raya semakin jelas kelihatan sebab lagu raya dah mula berkumandang di radio. Kat opis nih pun, kengkawan sumer dah sibuk pasang lagu raya. Hehe, sume dok pakat excited nk beraya nampaknya. Daku jugak la yg masih cool. Taktau apa perasaan yg sepatutnya cuma daku rasa risau sebab kuih raya belum siap. Huhu, camner nih. Hajat hati nkwat kuih almond London, snow almond, sarang semut..wah. macam banyak plak nih. Sempat kah? Masa yg ada hanya lebih kurang seminggu jerk lagik. Langsir kawen pun belum siap lagi. Baru 2nd phase. Belum masuk 3rd phase lagik. Bagi aku :

1st phase : menjahit sekeliling base
2nd phase : cantumkan renda ngn base
3rd phase : lekatkan ngn mende alah putih utk cangkuk tu (amende ntah nama dia)
: Nih sumer istilah yg aku guna ikut pemahaman sendirik. Setiap tukang jahit berhak berkarya mencipta terminology sendirik kan. Haha

Semalam jugak, aku & Incik Tunang layan Kenny Rogers masa bbuka posa sempena dapat bonus ari senin aritu. Bonus tk banyak mana pun. Tak sampai 1k pun sbb tolak kwsp yerk. Tetapi, sungguhpun memiliki duit bonus yg tak banyak mana ini, tidak menghalang daku daripada membeli sunglasses cap ELLE hokeh. Mmg takdok plan pun. Saja usha2 jer. Sekali bila masuk kedai tu, dah jumpa yg terbekenan la plak. Harga yang ditawarkan agak memberangsangkan. Daku bayar rm465 manakala rm60 lagik ditanggung oleh incik tunang (amik kanta yg nipis skit).

Klau dipikirkan, aku dh ngidam nk spek itam nih sejak tahun 2004 kot. Lps aku mula ada kereta sendirik. Nak mendriving sambil bergaya la kununnya. Tapi, non ader la mampu nk membeli, kan memandangkan asik tak cukup budget jer. Sampai kete dah abis utang baru berani nk membeli. So, smlm kira macam dh malas nk pikir. Terasa nk beli gak walaupun duit banyak lagik nk guna utk majlis kawen yg tinggal sebulan jerk lagik nih..tak cukup duit nak kawen nnti padan muka! muahahaha..

incik tunang botak skrg. eii, tak suka tau. macam gangster kg Pinang. Siap sound dia suh make sure ader rambt ms majlis kawen nnti. klau tidak, "takmo kawan budak botak..."


No comments: