our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 26, 2011

k.e.p.u.a.s.a.n

tinggal lagik 4 ari nk raya & tinggal lagik sebulan 6 hari nak kawen. huhu.

memandangkan raya makin hampir, aku ketepikan dulu citer nk kawen. mmg dua tiga ari nih fokus psl nk raya jer. dah 3 hari dah aku tido lewat. menjelang 2 pagi baru leh berbaring atas katil. buat kuih nyer pasal lah nih. huhu. bermula ngn ari pertama aritu wat kuih elmend london, hari kedua plak kuih sarang semut. malam tadi sambung lagik buat sarang semut + kek cokelat lagik. warghhh, mmg mood raya suda mari la nih kan. kek cokelat tu sbnrnya bukan utk aku pun. aku buatkan khas utk incik tunang. bukan stakat kek cokelat, siap dapat kek batik hokeh. kira macam pakej la. haha.

: teringatkan dia, ada citer sedih yg tak terucap. tp, biarkan jelah. aku redha ngn hidup aku yg serba sederhana ini. teringat ms kecik dulu, nak dapat baju baru bukannya senang. slalu aku akan dgr ayat, "nanti klu akak dah tk muat, amik la baju tu." maknanya baju baru utk akak jer. aku akan dapat baju BARU tu bila dia dah tkmo pakai. smpi sek menengah okeh aku dgr ayat nih. cuma, bila dah masuk universiti, ngn duit loan, aku dh pandai beli baju sendirik. itupun sikit nyer ikat perut tu klu bab makan. (takmo sedey2, nak raya dah kan..) sekurang2nya nasib aku taklah teruk sangat berbanding ngn mereka yg takde mak ayah tu kan..



sambung balik citer pasal buat kuih..

disebabkan ari2 tido lambat, makanya pagi2 pun aku terlambat. tak sedar hokeh. pkl 7 baru bule bukak mata, ngk2 dah terang kat luar. muahaha. mau tak gelabah. ngn baju tk iron lagik. macam lipas kudung la kan di pagi hari.

pagi tadi plak, tk tersedar nk kejut mak. letih nyer pasal aku hnya tersedar dh pkl 5.15 pagi. alarm bunyik pkl 4.30 td aku tak sedar. sian kat mak. mesti terkejar2 nk bersahur. kiranya smpi ari ni, dah 26 ari aku tlg kejutkan mak utk sahur. guna tipon la, kan. klu masa kecik2 dulu (ermm, smpi skrg kot) aku lah anak yg paling susah nk mangun sahur. slalu mak kena jerit2 baru aku nk bangun. macam tahun nih plak, klu time balik kg tu, aku kunci gak jam pkl 4.30am. aku mangun g kejutkan mak pkl 4.30 tu, pastu bila mak dah bangun, aku sambung tido plak. pastu kang mak kejut aku plak utk sahur. tak senunuh, kan. bukannya nk tlg mak masak. anak tak mengenang budi tul aku nih. hehe

tahun nih jer aku ada peluang tk masak masa sahur masa kt umah mak..
tahun nih jer aku ada peluang takyah bangun sahur klu kat umah sendirik. hehe

No comments: