our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 7, 2011

b.a.h.a.g.i.a.k.a.h

dah tengah2 malam nih, tetiba aku terpikir. bahagiakah mak n abah ngn apa yg aku buat selama nih? aku cuba sedaya upaya utk jd anak terbaik, namun kekhilafan yg ku lakukan sbgai manusia biasa terkadang menidakkan niatku utk jd yg terbaik utk mereka berdua.

mcm yg pernah aku katakan sblm nih, lately ak selalu merindui both of them. taktau naper, tp mmg ada rasa mahu dekat selalu dgn mereka. tapi, apakan daya. perasaan ini hanya akan mampu bermain di sanubari tnpa ada kudrat utk aku merealisasikannya. tak mmpu nak ku luahkan pada sesiapa kerana aku taktau apa yg ada di hati mereka yg bergelar manusia. sudahnya, diam aku sendiri melayan rasa yang mendatang ini.

rabu nih (9.3.2011) besday abah yg ke 60. "hepi besday in advance abah!!". dah ada idea dah nk bg hadiah utk abah, cuma rasanya kewangan tak mengizinkan. macam kena tangguhkan jer hasrat dihati aku ini. hopefully, aku mampu realisasikannya nanti.

rasa lega gak sbb abah dah sambut besday yg ke 60. ini bermakna, umur 60 memastikan abah terpaksa berundur dari dunia pekerjaan. sejak awal bulan aritu mmg abah dh tak keje dah. rasa syukur sbb pasnih takyah risaukan mak sensorang kat umah sbb abah dah ada bule temankan mak @ all time. ekcely, lama dah aku suh abah berhenti keje. ms aku baru2 berkecimpung dlm dunia pekerjaan dulu lagik. aku suh abah duk umah jaga mak. tapi abah takmo. yup, aku akui abah mmg seorang pekerja yg rajin, taat n patuh pd arahan ketua. keje yg dilakukan pun bersungguh2. dan aku yakin, aku banyak mewarisi sifat yg ada pd abah. hasilnya, aku blm pernah menghampakan majikan aku selama 7 tahun aku di alam pekerjaan ini. sangat berharap aku mampu jd anak yg terbaik utk abah smpi bila2..

mak pulak, sempena besday nyer yg ke 61 pd feb yang lalu, aku hadiahkan mak 3 helai tudung warna putih, hitam dan biru yang mmg dihajatinya sblm nih. aku tahu, cara mak. dia tak pernah meminta pada anak2. tak pernah mintak belikan barang yg dihajati mahupun mintak duit anak2. dia reda atas segala yg dilakukan oleh anak2nya. dia just terima segala pemberian anak2nya & dia juga terima bilamana ada anak yg melupakan dia. even aku tahu, jauh didasar hati, dia teramat merindui anak yg seorang itu cuma tak terluah olehnya. sbgai anak, aku tak pernah bertanya melainkan klu dia yg bercerita. kerana, aku tak mahu dia terus dirundung duka.

berbalik psl hadiah, aku perasan mak nakkan tudung warna putih n hitam bilamana dia menyatakan yg dia tak pernah ada tudung warna putih n hitam. 2 hari gak la aku n adik mencari tudung kat area pekan ngn mak. tp, mak taktau pun yang aku mmg nak carikan tudung utk dia. cuma, ms ari ahad tu, bila dh terjumpa ngn design tudung yg aku berkenan tu, terus aku suh mak pilih mana yang dia berkenan. nmpk muka mak happy bila aku katakan tudung tu sempena adiah besday mak.

sbnrnya, situasi begini merupakan antara moment terindah dlm idup aku. aku percaya, bukan aku sorang jer yg rasa macam nih. even klu org lain kat tpt aku sekalipun, tentu dia rasa bahagia bila dia mampu buatkan parents dia tersenyum gembira, kan.

cuma, aku terkilan bila ada antara kita yg leka dgn dunia sendiri hingga lupakan mak n abah yg dah berkorban utk menjadikan mereka manusia..moga Dia bukakan pintu hati saudaraku yg seorang itu agar mengingati mak n abah..AMIN

No comments: