dan wedding prep pun bermula..huhuh
iye ker br bermula? rasanya dh mula dah b4 nih lagi tp, takper la. now, mcm dh nmpk progress.
siang tadi, bertemankan mak n adik, aku dah g booking mak andam yang mana ianya merangkumi make up, baju2 utk bersanding, pelamin dan jugak hiasan bilik. harga yang dinyatakan agaklah mahal tapi, mcm malas nk amik port sgt. setelah berbincang sebutir dua ngn incik tunang,aku bayar deposit tanda setuju. harga yang dinyatakan setakat nih rm4100. so, deposit yang aku letakkan hanyalah rm500. manyak lagi tu nak smpi ke rm4100 kan. huhu, mana mau cari duit nih? agak risau sbnrnya..warna tema yang telah dipersetujui, pink silver. tapi rerupanya incik tunang pun punyai plan yang sama. so, cmner? terasa macam nk proceed jer. takper la, kita layankan sahajer.
so, lps nih antara tugasan yang perlu diselesaikan adalah :
a) next week : incik tunang kena sms ukuran badan kpd en mak andam utk dibuat baju
b) be alert : nnti incik mak andam akan dtg umah utk ukur tingkap utk dibuat langsir
c) bulan posa : aku ngn incik tunang kena g fitting baju utk majlis
so far, aku janji ngn incik mak andam yg aku mau seperti yg adik dapat dulu. meaning, dapat 5 baju persalinan termasuklah baju potong kek. tp, risau gak kalu2 ada halangan plak kan. hopefully sume berjalan lancar seperti yang diharapkan.
utk bilik tido, incik mak andam akan buatkan langsir warna pink.
utk pelamin, akan gunakan kerusi perahu yang takde penyandar. so, aku ngn incik tunang kena prepare utk duduk secara tegak dgn bersahaja dari skrg..
next step, nak bawak mak g cari langsir. pastu, aku plan mau buat bunga telur sendiri. aku akan buat bunga telur warna pink. tak banyak mana pun, dalam 100 jer kot. hopefully berjaya lah yerk..
siang tadi, mak bgtau member skulah merangkap jiran yang tertinggal bas nak masuk meminang aku dulu, nak kawen dah 8.4.2011 nih. but, so far blum dapat jemputan lagi. apa2 pun, aku mendoakan yang terbaik buat dia. sesungguhnya, dia adalah manusia yang baik. tak malu utk aku nyatakan, seandainya aku takde sapa2 n dia dtg melamar, aku akan terima dia tanpa ragu. sbb sememangnya dia adalah kawan yang baik. tapi, itu takkan berlaku lah kan. sbb sedari dulu, incik tunang mmg dah ada dlm ati aku cuma, dia jer yang cuba menafikan kewujudan aku suatu masa dulu.
No comments:
Post a Comment