our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 30, 2011

m.e.n.c.i & s.u.k.a

menci tau..banyak mende tak best yang dah berlaku & akan berlaku. so, now tgh memujuk ati sendiri supaya menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku.

dah berlaku : MENCI 1 :

kasut sport pink saya ilang ada orang curik. marah tul lah. baru pakai seminggu kasut tu ms kat ulu sepri. bila balik KL, terus basuh sbb kasut kesayangan ler katakan. dalam ati dah siap plan, nak simpan kasut elok2. bule guna utk g jalan2 lenkali. siap dah ada plan mau pakai kasut tu ms g australia nnti okeh. (biar tiket & pasport takde lagik pun). sekali kasut tu ilang plak ms aku jemur kat blkg bilik. huh, bila ngk kasut dah takde ms balik kelas ptg kamis tu, mmg agak berasap gak la hati aku nih. hohoho, beruk mana plak yang berkenan ngn kasut pink aku tu. marah tul. menci tau..

blm berlaku : MENCI 2 :

esok patutnya ari cuti, tapi aku kena keje. marah tak? hr labour senin nih pun kena keje. hadoiii. stakat klu ada kelas kat KL tak marah sgt kot, skali kena g training @ gemas la plak. akan bermula lah episod sengsara dlm idup aku selama 2 minggu yg bakal mendatang nih. huhuh, tak sabar2 nak tgu 2 minggu akan datang nih berakhir. bule gitu? utk menenangkan diri, now aku tgh lepak2 kat umah. home sweet home la nih. malam kang balik hostel ngn member. janji dah nak balik sama ngn beliau. harap2 aku tabah nak lalui 2 minggu akan datang ni. harap2 aku takde masalah kesihatan. takmo dapat demam ker, batuk @ selsema. tubuh aku terlalu sinonim ngn 3 mende nih bila aku terlampau letih @ berpanas. satu lagik, takmo kena demam panas mcm dulu siap muntah2 tahap gaban. huh, jadi lembik satu badan. udah ler balik nnti dah bnyk plan yg dirancang nih..

aktiviti SUKA 1 :

last saturday aku join program larian komuter @ bangunan KTM. 7 km tu kena lari pagi tu. hohoho mmg agak jauh gak la. ms kidney run aritu br 5km. mujur berjaya menghabiskan larian dengan jayanya. start 7.30am n aku smpi kat garisan penamat around 8.30am. paling enjoy ada persembahan oleh local artist. layankan sajer lah.

ptg tu, balik mlk ngn adik. sempat g beli rantai tgn utk majlis nikah nnti. incik tunang dah bg duit 3k. harga rantai tangan yg aku berkenan tu 3.5k. agak mahal gak sbb harga emas semakin mahal sekarang nih. dah mencecah rm162 segram. ms adik beli last year br rm123 segram. apa2 pun, aku puas ati ngn rantai tangan tu. tengkiu yang teramat utk incik soulmate saye yang pemurah. bonus next year beli lagi yer INCIK..heheeh

aktiviti SUKA 2 :

balik nanti dah plan nk bwk mak g jalan2 kat KL. hopefully bule dilaksanakan klu tkde hal yg menghalang. kalu aku n mak diberikan kesihatan olehNYA. Insyaallah..

aktiviti SUKA 3 :

nak g holiday @ Fraser Hill wt frenz stok gonjeng. heheh, lama dah tak berloba2 ngn diorang nih. last skalik jumpa masa g mandi @ sg congkak rasanya. pastu, ms plan nk g jenjalan @ mlk, aku tak dpt g sbb masa tu aku demam. amatlah besar harapan dihati, moga2 plan kali nih akan menjadi kenyataan..AMIN..

: incik soulmate dah lupakan saye agaknya. senyap jer dr smlm. msg sy pun dia tak balas. tak sudi eh?

Tuesday, April 26, 2011

l.o.n.g.j.o.u.r.n.e.y

long journey...

diam tak diam, dah genap setahun 7 bulan usia pertunangan aku & dia. kalu dihitung tempoh perkenalan pula, bulan Julai nih, genap 7 tahun aku kenal dia. banyak suka duka yang dah aku lalui selama nih. banyak perit getir yang aku alami. banyak sudah tangisan & tawa yang aku dendangkan selama 7 tahun ini.

perjalanan tak jauh mana dah. tinggal 6 bulan jer lagi sblm aku bertukar status. bakal menjadi suri dihatinya. makin tak sabar nak habiskan kursus yang bagaikan tiada kesudahan nih. saat getir tak pernah padam sepanjang menjalani kursus nih. hati bertambah gusar bila dah dgr taklimat utk program minggu depan siang tadi. mampukah aku nak hadapi 2 minggu yang bakal mendatang ini? serius, sesi taklimat ptg tadi bagaikan dah melenyapkan separuh semangatku. mana hilangnya semangat abah yang mengalir dalam tubuh aku selama ini? ahh, mungkinkah pengalaman selama 2 minggu dalam Januari yang lalu dah mematahkan semangatku?

di saat aku hilang semangat, aku perlukan dia untuk menenangkan aku. untuk meyakinkan aku yang aku mampu hadapi saat2 getir. aku mengharapkan sokongan kerana aku merasakan dia mengerti perasaan aku diwaktu ini. namun, dia bagaikan tiada diantara kami. tatkala berbicara, lidah bagaikan kelu untuk berkata2. ada rasa terpendam antara kami. sudahnya, aku sendiri melayani rasa gusar dihati...

walau apa terjadi, doaku mengiringi perjalanannya. moga dia selamat pergi dan selamat kembali.

p/s : rasa frust sangat bila ngk dalam akaun, gaji utk bulan april hanya rm15.46 slps ditolak ngn duit umah. wargh, nak drive balik putrajaya dr hostel pun tak mampu la klu macam nih. huh. lagi frust bila takleh nak ngadu. sedey nyer..

Friday, April 22, 2011

o.u.t.d.o.o.r

5 hari melakukan aktiviti luar kampus. kali nih aku n sume gengs ke rembau plak. menghayati perjalanan kehidupan selama 5 hari kat sana. hidup yang dipenuhi ngn majlis ilmu. banyak mende yang dapat aku pelajari. menyedarkan hakikat siapa kita di muka bumi ini.

for me, majlis ilmu mcm nih sangat bagus memandangkan ia mampu mengejutkan kami semua dari mimpi yang lena. walaupun melalui 5 hari yg meletihkan, namun aku layankan sajer.

arini td merupakan ari paling penat. sebabnya dapat tido 2 jam jer mlm td. pkl 3.00am dah bgn utk nite walking. perjalanan yang memakan masa 2 jam sblm smpi ke check point. huh, trek yang agak mencabar sbnrnya laluan agak licin. aku jatuh dua kali dalam masa 2 jam nih. sekali jatuh terduduk n sekali lagi jatuh secara meluncur. mujur berpegang pd tali, klu idak taktau la nasib aku pagi tadi. apapun, aku bersyukur tak alami kecederaan. alhamdulillah, DIA melindungi aku dari kemudaratan.

now, kena jaga kesihatan diri. tinggal seminggu jerk lagi before g training wataniah. huh, rasa tak sabar nak abiskan modul nih. really really tak suka. TAK SUKA..TAK SUKA..TAK SUKA.. bukan aper, aku dah serik ngn condition diri aku ms sesi pertama aritu. sepanjang 2 minggu training aku asik demam + batuk + selsema. sudahnya, bila dapat cuti seminggu lps training, aku kena demam teruk sampai tahap muntah2. huhuh, sat pengalaman yang amat menyeksakan masa tuh.

really hope keadaan mcm tu tak berulang lagik.

***********

wed prep : last sunday g beli fabrik utk baju nikah @ jakel wt incik soulmate. harga agak mahal, budget larik sudah. tak pasal2 incik soulmate kena cover. aku akui both of us having financial prob 4 our wed. kalu nak difikirkan, macam tak larat. buntu jadinya. so, nak tak nak, buat taktau jer la. no point nk rasa menyesal or whatsoever.. Just terima segala ketentuanNYA..

Friday, April 8, 2011

p.i.l.u

6.4.2011
hari ke-3 di Rumah Sri Kenangan, aku & kawan2 bertugas di wad terlantar. keadaan yang amat meyedihkan. nenek2 yg dah lanjut usia tak mampu nak bergerak. hanya terbaring atas katil. tak mampu nak uruskan diri sendiri. aku jadi sayu tatkala terpandangkan mereka. sedari hari pertama lagi aku dah rasa sebak bila melewati wad yang mereka diami. namun,tak mampu nak aku elak, demi tugas terpaksa jua aku tempuhi saat getir sebegini. sepatutnya aku & kawan2 mandikan sume penghuni di wad terlantar pagi nih. tapi, disebabkan menyertai senaman pagi buatkan kami semua terlewat tiba di wad tersebut. waktu sampai kat wad tu, ramai diantara nenek2 itu dah ada kat luar & dah siap berpakaian. hanya ada beberapa org sahaja lagi yg masih dalam wad sedang tunggu utk disiapkan. tanpa membuang masa, terus ku hulurkan bantuan kpd petugas utk siapkan salah seorang penghuni disitu. aku sempat tolong pakaikan pampers & juga baju. sambil membantu, hati ku rasa hiba yang amat sangat. air mata dah bergenang dikelopakmata. rasa sayu ku cuba sembunyikan sedaya upaya.

mujur aku mampu bertahan. genangan air mata dikelopak mata segera ku usir pergi. tak mahu melayan perasaan. sesudah membantu nenek itu, segera aku keluar & bantu petugas siapkan hidangan & memberi penghuni di situ sarapan. sekali lagi rasa hiba menyapa bila melihat tangan yang menggigil sedaya upaya cuba menggunakan kudrat yang ada utk menyuap makanan. ah, ke manakah hilangnya rasa kemanusiaan seorang anak, seorang cucu? tergamak mereka biarkan si tua ini menghabiskan usia tua mereka tanpa kasih sayang..aku tak dapat bayangkan kalau aku terpaksa menghadapi keadaan ini setiap hari. sungguh, rasa sayu yang teramat. terus terfikir, bagaimana andai salah seorang antara penghuni ini merupakan saudara terdekatku? tentu tak mampu ku hadapi semua ini..

petang yang hening dgn hujan renyai itu kami penuhi dgn aktiviti friendly match-netball. berpeluang layan netball @ sek budak nakal. sekali lagi aku tersentuh. bukan sbb kalah dalam permainan @ luka di lutut sbb terjatuh ketika game, tetapi lebih kepada rasa sedih pabila melihat wajah remaja yang menjadi student di situ. semua student disitu dalam keadaan sempurna dengan dianugerahkan wajah yang indah. sayangnya, di usia muda, mereka telah tersilap langkah dan ditempatkan di sekolah ini..

Tuesday, April 5, 2011

n.e.w

dalam minggu nih, serba - serbi baru. cuma, satu jer yg tak baru, iaitu hati aku. masih merindui org lama. yg sentiasa ada dlm hati sejak lama dulu. windu sgt pd incik tunang. BLEY?

smlm, 1st day bertugas @ RSK sempena modul kemasyarakatan. cuba sedaya upaya untuk tabahkan hati n kuatkan semangat. waktu briefing, ok lagik. cuma, bila we all dibawa melawat ke wad penghuni, aku jadi sayu. rasa kesian sgt ngk org2 tua kat situ. tk dpt aku bayangkan klu aku keje kat situ. camner nak berdepan ngn orang2 tua klu aku tak bley kawal perasaan hiba aku nih. terus terpikir, manakah anak2 diorang. abis dah ker kasih sayang dr seorang anak utk mak ayah yg ada kat RSK tu? bila ngk diorang sumer, rasa sayu. sbb di wajah diorang menggambarkan rasa rindu terhadap keluarga.

pagi tadi, usai senaman pagi bersama warga tua, aku & kawan2 luangkan masa berbual ngn mereka. ada makcik yg duk ngn aku nih bercerita tentang cucu nya hinggakan ada genangan air mata di kelopak mata tuanya. aku jd hiba. terus aku tukar topik yang mampu menceriakan dia. wargh...bukan senang nk lalui semua mende nih, kan.

aku seboleh mungkin cuba mengelak daripada terlalu rapat dgn warga tua kat situ. bukan apa, aku takut aku tewas ngn kesedihan. bukan bermakna aku ego atau sombong. tp, hati aku tak sekuat mana nak hadapi mereka dan hari perpisahan nnti..

so, hari nih, lps temankan diorang layan ngk video, aku g membantu kat kantin. tolong staf hidangkan makanan & tlg mengemas dewan sesudah warga tua abis makan. siap g tolong cuci tray lagik okeh.. @ least aku cuba sumbangkan kudrat selagi terdaya. aku lebih suka buat keje mcm tu drpd yg memerlukan aku menahan emosi sedey tatkala berdepan dgn diorang semua..

esok, ada cbrn lebih hebat menunggu. seawal tujuh pagi, kena bertugas di wad C, utk mandikan penghuni. tk pasti samada aku dpat lakukan @ tidak. moga2 urusanku di permudahkanNYA...amin..

hati sayu sangat bila ngk warga tua kat situ, terus teringat kat arwah wan. moga rohnya ditempat dikalangan org beriman..AMIN..al-Fatihah

Sunday, April 3, 2011

d.e.m.a.m

demam lagik. adeh..adeh. baru demam bulan januari aritu, nih demam lagik. huhuhu, i need rest lah. tau sgt dah, aku nih kalau tak cukup rehat, badan penat sgt, sure akan demamnyer. malas nak g klinik. makan jerk ubat yg masih ada dlm simpanan. hopefully bule baik ngn segera. ptg nih nak balik kg. esok nak start keje kat mlk dah, tp seminggu jelah. 1st experience nak keje kat negeri kelahiran sendiri nih.

smlm, pepagi dah g bfast n kena berhimpun utk tgu bas yg akan membawa we all sume ke lokasi sukan memasing. sebagai peserta bowling, tentulah aku bersemangat waja. yelah, nak g training kt tpt best, dlm aircond. takyah berpanas. hehe.

ms tgh berhimpun tu, tetiba jer we all diarahkan buat senaman front support (pumping) sebanyak 50 kali. pastu, sambung plak kena buat sit up 30 kali. warghh, rerupanya kena denda sbb tak ramai turun solat jemaah subuh & aku salah sorang yg tak turun subuh. huh, ingatkan klu ari cuti takyah solat jemaah. mana tau peraturan solat jemaah terpakai utk ari sabtu. sabar jelah. tp, memandangkan nih dah nak masuk bulan ke lima we all kat kursus nih, sume keje dah jadi mudah la. stakat kena denda mcm tu, selamba jer buat ngn bersemangat. siap bule gelak2 lagik. tp, tangan & lutut agak sakit gak sebab kena wat denda atas jalan berturap. sakit la weih. biasanya wat senaman nih dalam dewan @ padang.

dah puas kena denda, tetiba dimaklumkan kelas sukan ditunda sbb bas tak datang2. ada miscommunication ngn pihak bas kot. we all sume redha jelah. klakar gak, pakai lawa2 nk g bersukan, tetiba kena wat sit up jrk. cess. balik bilik, layan wat assignment & layan tv.

ptg smlm, sempat layan pameran pengantin ngn incik tunang. tp, takde hasil la plak. booth pameran tak banyak mana pun. mende yg aku target nak layan pun takde, macam medical check up, lelongan baju nikah, souvenir, tudung yg cantik2..sumer takdok. huh, hampa. sudahnya, we all g layan chicken chop @ serdang b4 aku htr incik tunang balik sban naik komuter. incik tunang layan deer. warghh, aku takmo. deer sama macam kambing. tak mandi. kuikuikui..g layan western tu sempena aku dapat elaun jadik askar kerahan. banyak gak what, training 2 minggu, dapat rm443.00. kira orait la kan utk org yg semekin mcm aku nih. @ least bule cover duit minyak utk seminggu keje @ melaka sok. heheheh..

tghari nih, otw balik mlk, nak singgah sban. dah janji ngn incik tunang nk g umah mak andam @ desaru. nak g ngk baju yg dah disiapkan utk majlis nanti..

progress kawen, macam banyak jer lagik mende yg blm settle :

i) nak beli kain langsir & jahit
ii) nak wat bunga telur sendiri. (tp, mcm ramai yg tk menyokong. costing katanya, suh aku beli yg ready made)
iii) nak g cari fabrik utk baju nikah
iv) nak g cari fabrik utk buat baju mak, akak n adik
v) nak g amik gambar studio utk bunting / nak cari karikatur utk gmbr kat kad kawen

erm, apa lagik erk? itu jer yg aku teringat wat masa nih..banyak kan yg blm settle. nih dah bulan april okeh..hohoho

Friday, April 1, 2011

r.i.s.a.u

ada rasa risau. bley? bukan sbb assignment pun sbb dh hntr assignment ngn jayanya pagi tadi.

nih risau sbb perangai huduh yg mmg kekal dlm diri aku sejak kecik2 dulu. TIDO MATI. hah, tu ayat ganas la. kalau ayat berhemah skit, tido tak menyedar diri.

aku taktau la kalu org lain pun alami apa yg aku alami nih. aku rasa mende nih macam memberikan impak kurang bagus pada aku la. bukan apa, aku nih klu bab tido, mmg bule dikategorikan sleeping beauty lah. aku akan tido nyenyak gila + tak sedar apa mende yg berlaku + kadang2 siap mengigau = normalkah?

serius, letak jer pala aku terus terlena. selalu terjadi doa pun tak abis baca kot. pastu, bila dah tido mmg aku tak sedar langsung smpi lah alarm berbunyik. pernah jer terjadi bunyi alarm tu pun tak mampu nak sedarkan aku. sudahnya, mesti aku terlewat bangun. taktau camner nak settle kan problem nih.

macam malam tadi, aku tido dlm pkl 1am kot. ms tu roomate aku tak balik lagi. g buat assignment. so, aku tak kunci pun pintu, takut minah tu tak bawak kunci. rerupanya roomate aku mmg tk balik smpi subuh tadi. bila aku bangun pkl 5.30am, roomate aku takde kat katil & pintu pun tak kunci. huh, mujur takde apa2 terjadi pada aku. bule selamba jer erk tido ngn jayanya. pintu tak kunci, tv pun masih on lagik. hadoiii, huduh betu perangai aku nih.

pasal mengigau plak, mmg roomate aku pernah bgtau yg aku ngigau tgh malam. bercakap sambil mata pejam pastu senyum. hohoh..apakah motifnya itu? camner nak ilangkan masalah tido nih erk? aku rasa mende nih membahayakan aku sbb aku tak sedar langsung kalu tido. masa bujang nih, ok la kot. kalu dah ada anak nnti camner? bule keras la anak aku nangis agaknya tgh2 mlm sbb aku tak sedar. huhuh.

positif side : bila aku tido nyenyak, aku akan dapat tido yg berkualiti. meaning, aku tak ngantuk di siang hari. klu dalam kelas, org lain sibuk ngantuk, aku bule rilek jer dgr ceramah. tu jelah kelebihan aku nih..

apa2 pun, mcm kena cari jalan penyelesaian camner nakwat ngn aku nyer penyakit TIDO MATI nih..

s.e.l.e.s.a.i.1.p.e.r.k.a.r.a

huh, selesai dah 1 perkara malam nih. terbaik...setelah berhempas pulas mengorbankan mata & tido yang panjang semenjak 2 menjak nih, aku dah berjaya siapkan assignment utk dihantar esok.

ekcely, nih baru part 1 nih. ada manyak lagi yg sedang menunggu okeh..

yg masih pending :

a) 20 pages - effect kepada diri
b) 10 pages - apa perasaan jadi king
c) 20 pages - citer jer apa2 pun

huhuhu, banyak lagik, kan. sume nih nak kena antar 15.4.2011. still got time bebeh. ohow, ada masa la sangat. next monday kena g layan kerja amal @ melaka. so excited nak balik kg. bila lagik nak merasa keje kat melaka kan. udah 7 tahun aku menceburkan diri dlm dunia pekerjaan tp, blm pernah ada rekod keje kat melaka. so, masanya telah tiba..hip hip hoorayyyy

gumbira la sangat..

ha ah, 13.4.2011 plak, aku kena hantar report ttg keje amal @ melaka. @ least 10 pages okeh. apa plak ler nak ku gorengkan nih. warghh, hidup tak indah. rasanya masa wat degree dulu pun idup aku tak seteruk nih tau. & bukan aku sowang jerk pikir camnih, kengkawan lain pun sama. sume kata masa wat degree dulu idak la jadik mental block macam nih. huhu. tak sabar nak sampai ke garisan penamat nih..tabahlah sekeping ati yg kudus ini..

progress utk wedding...mcm takde apa2 jer. ermmm, mmg takde pung. cumanya aku dah berjaya transfer duit dr asb ke cimb utk kegunaan wedding nnti. tu jelah kot. lenlain, takdok pung..