our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 8, 2011

p.i.l.u

6.4.2011
hari ke-3 di Rumah Sri Kenangan, aku & kawan2 bertugas di wad terlantar. keadaan yang amat meyedihkan. nenek2 yg dah lanjut usia tak mampu nak bergerak. hanya terbaring atas katil. tak mampu nak uruskan diri sendiri. aku jadi sayu tatkala terpandangkan mereka. sedari hari pertama lagi aku dah rasa sebak bila melewati wad yang mereka diami. namun,tak mampu nak aku elak, demi tugas terpaksa jua aku tempuhi saat getir sebegini. sepatutnya aku & kawan2 mandikan sume penghuni di wad terlantar pagi nih. tapi, disebabkan menyertai senaman pagi buatkan kami semua terlewat tiba di wad tersebut. waktu sampai kat wad tu, ramai diantara nenek2 itu dah ada kat luar & dah siap berpakaian. hanya ada beberapa org sahaja lagi yg masih dalam wad sedang tunggu utk disiapkan. tanpa membuang masa, terus ku hulurkan bantuan kpd petugas utk siapkan salah seorang penghuni disitu. aku sempat tolong pakaikan pampers & juga baju. sambil membantu, hati ku rasa hiba yang amat sangat. air mata dah bergenang dikelopakmata. rasa sayu ku cuba sembunyikan sedaya upaya.

mujur aku mampu bertahan. genangan air mata dikelopak mata segera ku usir pergi. tak mahu melayan perasaan. sesudah membantu nenek itu, segera aku keluar & bantu petugas siapkan hidangan & memberi penghuni di situ sarapan. sekali lagi rasa hiba menyapa bila melihat tangan yang menggigil sedaya upaya cuba menggunakan kudrat yang ada utk menyuap makanan. ah, ke manakah hilangnya rasa kemanusiaan seorang anak, seorang cucu? tergamak mereka biarkan si tua ini menghabiskan usia tua mereka tanpa kasih sayang..aku tak dapat bayangkan kalau aku terpaksa menghadapi keadaan ini setiap hari. sungguh, rasa sayu yang teramat. terus terfikir, bagaimana andai salah seorang antara penghuni ini merupakan saudara terdekatku? tentu tak mampu ku hadapi semua ini..

petang yang hening dgn hujan renyai itu kami penuhi dgn aktiviti friendly match-netball. berpeluang layan netball @ sek budak nakal. sekali lagi aku tersentuh. bukan sbb kalah dalam permainan @ luka di lutut sbb terjatuh ketika game, tetapi lebih kepada rasa sedih pabila melihat wajah remaja yang menjadi student di situ. semua student disitu dalam keadaan sempurna dengan dianugerahkan wajah yang indah. sayangnya, di usia muda, mereka telah tersilap langkah dan ditempatkan di sekolah ini..

No comments: