long journey...
diam tak diam, dah genap setahun 7 bulan usia pertunangan aku & dia. kalu dihitung tempoh perkenalan pula, bulan Julai nih, genap 7 tahun aku kenal dia. banyak suka duka yang dah aku lalui selama nih. banyak perit getir yang aku alami. banyak sudah tangisan & tawa yang aku dendangkan selama 7 tahun ini.
perjalanan tak jauh mana dah. tinggal 6 bulan jer lagi sblm aku bertukar status. bakal menjadi suri dihatinya. makin tak sabar nak habiskan kursus yang bagaikan tiada kesudahan nih. saat getir tak pernah padam sepanjang menjalani kursus nih. hati bertambah gusar bila dah dgr taklimat utk program minggu depan siang tadi. mampukah aku nak hadapi 2 minggu yang bakal mendatang ini? serius, sesi taklimat ptg tadi bagaikan dah melenyapkan separuh semangatku. mana hilangnya semangat abah yang mengalir dalam tubuh aku selama ini? ahh, mungkinkah pengalaman selama 2 minggu dalam Januari yang lalu dah mematahkan semangatku?
di saat aku hilang semangat, aku perlukan dia untuk menenangkan aku. untuk meyakinkan aku yang aku mampu hadapi saat2 getir. aku mengharapkan sokongan kerana aku merasakan dia mengerti perasaan aku diwaktu ini. namun, dia bagaikan tiada diantara kami. tatkala berbicara, lidah bagaikan kelu untuk berkata2. ada rasa terpendam antara kami. sudahnya, aku sendiri melayani rasa gusar dihati...
walau apa terjadi, doaku mengiringi perjalanannya. moga dia selamat pergi dan selamat kembali.
p/s : rasa frust sangat bila ngk dalam akaun, gaji utk bulan april hanya rm15.46 slps ditolak ngn duit umah. wargh, nak drive balik putrajaya dr hostel pun tak mampu la klu macam nih. huh. lagi frust bila takleh nak ngadu. sedey nyer..
No comments:
Post a Comment