our luv story..

our luv story..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 5, 2011

n.e.w

dalam minggu nih, serba - serbi baru. cuma, satu jer yg tak baru, iaitu hati aku. masih merindui org lama. yg sentiasa ada dlm hati sejak lama dulu. windu sgt pd incik tunang. BLEY?

smlm, 1st day bertugas @ RSK sempena modul kemasyarakatan. cuba sedaya upaya untuk tabahkan hati n kuatkan semangat. waktu briefing, ok lagik. cuma, bila we all dibawa melawat ke wad penghuni, aku jadi sayu. rasa kesian sgt ngk org2 tua kat situ. tk dpt aku bayangkan klu aku keje kat situ. camner nak berdepan ngn orang2 tua klu aku tak bley kawal perasaan hiba aku nih. terus terpikir, manakah anak2 diorang. abis dah ker kasih sayang dr seorang anak utk mak ayah yg ada kat RSK tu? bila ngk diorang sumer, rasa sayu. sbb di wajah diorang menggambarkan rasa rindu terhadap keluarga.

pagi tadi, usai senaman pagi bersama warga tua, aku & kawan2 luangkan masa berbual ngn mereka. ada makcik yg duk ngn aku nih bercerita tentang cucu nya hinggakan ada genangan air mata di kelopak mata tuanya. aku jd hiba. terus aku tukar topik yang mampu menceriakan dia. wargh...bukan senang nk lalui semua mende nih, kan.

aku seboleh mungkin cuba mengelak daripada terlalu rapat dgn warga tua kat situ. bukan apa, aku takut aku tewas ngn kesedihan. bukan bermakna aku ego atau sombong. tp, hati aku tak sekuat mana nak hadapi mereka dan hari perpisahan nnti..

so, hari nih, lps temankan diorang layan ngk video, aku g membantu kat kantin. tolong staf hidangkan makanan & tlg mengemas dewan sesudah warga tua abis makan. siap g tolong cuci tray lagik okeh.. @ least aku cuba sumbangkan kudrat selagi terdaya. aku lebih suka buat keje mcm tu drpd yg memerlukan aku menahan emosi sedey tatkala berdepan dgn diorang semua..

esok, ada cbrn lebih hebat menunggu. seawal tujuh pagi, kena bertugas di wad C, utk mandikan penghuni. tk pasti samada aku dpat lakukan @ tidak. moga2 urusanku di permudahkanNYA...amin..

hati sayu sangat bila ngk warga tua kat situ, terus teringat kat arwah wan. moga rohnya ditempat dikalangan org beriman..AMIN..al-Fatihah

No comments: